BANGKOK, 10 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Sanhua akan menghadiri pameran dagangan Bangkok RHVAC 2015 yang diadakan di Bitec Banga Bangkok Thailand dari 13-16 Ogos dengan produk, teknologi dan penyelesaian terkininya.
Gerai pameran Sanhua bernombor B18, dan Sanhua akan menampilkan teknologi terkininya dalam tiga bahagian masing-masing:
1) Aplikasi Tipikal: penyelesaian penyaman udara komersial dan penyelesaian peruncitan makanan.
Komponen dan penyelesaian kawalan automatik cekap tenaga Sanhua boleh diaplikasikan kepada bidang-bidang berbeza untuk menghadapi cabaran tenaga dan persekitaran.
2) Produk menjimatkan tenaga dan Mesra persekitaran: pengawal inverter, penukar haba saluran mikro dan produk untuk penyejuk CO2 / R290.
Sanhua telah membangunkan produk-produk yang menjimatkan tenaga seperti pengawal balikan, penukar haba saluran mikro untuk mengurangkan penggunaan penyejuk dan telah menyelidik produk-produk untuk penyejuk CO2 / R290 bagi mendemonstrasikan komitmennya dalam menyediakan teknologi hijau yang meninggalkan kesan karbon rendah dan menyumbang kepada pencapaian "Inovasi Eko, Menerajui ASEAN untuk Dunia Lebih Baik" yang bersesuaian dengan tema Bangkok RHVAC 2015.
3) Penyelesaian Bersepadu: penyelesaian bersepadu injap pengembangan elektronik (EEV, pengawal EEV)
Sanhua mempromosikan penyelesaian bersepadu injap pengembangan elektronik (EEV, pengawal EEV dan sensor tekanan) yang diaplikasi kepada bidang-bidang seperti RAC, HP, penyaman udara komersial, penyejukan komersial dan penyejukan pengangkutan untuk menjamin operasi yang stabil dan cekap terhadap sistem-sistem ini.
Setelah tiga dekad berusaha, Sanhua tetap setia menyediakan produk dan penyelesaian canggih dengan tujuan penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan, dengan sasaran untuk mewujudkan persekitaran yang selesa bagi masyarakat manusia. Sanhua mengalu-alukan pengunjung ke gerai pamerannya untuk mengetahui lebih lanjut produk dan teknologi terkininya.