omniture

Loceng HMS Hood Telah Berjaya Dikeluarkan (Video)

Vulcan Inc.
2015-08-10 09:02 181

SEATTLE, 10 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Pada 7 Ogos 2015, satu pasukan penyelidikan yang diketuai oleh dermawan dan usahawan AS, Paul G. Allen telah berjaya mengeluarkan loceng milik kapal tempur HMS Hood, yang tenggelam pada tahun 1941 semasa Perang Dunia Kedua. Setelah dipulihkan, loceng tersebut akan dapat menjadi peringatan yang penting dan sesuai untuk 1,415 nyawa yang terkorban apabila Bismarck menenggelamkan kapal itu di Atlantik Utara. Pasukan En. Allen mengetuai operasi itu menggunakan kapal layarnya M/Y Octopus, yang dilengkapi kenderaan beroperasi jarah jauh (ROV) yang canggih.  

Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/257082-Vulcan-Inc-HMS-Hood-Bell-Recovery.mp4

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Hebahan Akhbar Penuh: http://www.prnewswire.com/news-releases/hms-hoods-bell-has-been-successfully-recovered-300125821.html

Imej dan maklumat tambahan: http://www.paulallen.com/Hood-Bell-Recovery 

UNTUK PERTANYAAN MEDIA: 

Vulcan Inc.: hoodbell@vulcan.com atau +1-206-342-2526

Tentera Laut Diraja: 44-7748932702

Latar Belakang Paul G. Allen
Paul G. Allen merupakan pelabur, usahawan dan dermawan penting yang telah menyumbangkan lebih $2 bilion kepada tujuan amal sepanjang hayatnya. Beliau mengasaskan Vulcan Inc. pada tahun 1986 bersama Jody Allen untuk menyelia perniagaan dan aktiviti amalnya. Beliau juga merupakan pengasas bersama Yayasan Keluarga Paul G. Allen. Kini, Vulcan Inc. menyelia rangkaian luas pelaburan dan inisiatif Allen di seluruh dunia. Pada tahun 2003, beliau mengasaskan Institut Allen untuk Sains Otak bagi mendorong kefahaman tentang otak manusia dalam bidang kesihatan serta penyakit dan, sedekad kemudian, melancarkan perluasan Institut Allen untuk Kepintaran Buatan bagi meneroka peluang pembangunan dalam bidang Kepintaran Buatan (AI). Pada tahun 2014, beliau mendermakan $100 juta untuk menubuhkan Institut Allen untuk Sains Sel dan membuat komitmen tambahan sebanyak $100 juta untuk membasmi Ebola. En. Allen juga merupakan pengasas bersama Microsoft dan pemilik Seattle Seahawks serta Portland Trail Blazers. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.paulallen.com dan www.vulcan.com

Source: Vulcan Inc.
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Maritime/Shipbuilding Broadcast feed announcements Veterans