omniture

LSBF Singapura merupakan salah satu 10 Kolej Paling Menjadi Pilihan untuk Perakaunan & Kewangan

London School of Business & Finance
2015-08-11 09:00 160

SINGAPURA, KUALA LUMPUR dan JOHOR BAHRU, Malaysia, 11 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- LSBF Singapura telah dinamakan sebagai salah satu daripada 10 Kolej Paling Menjadi Pilihan untuk Perakaunan & Kewangan di Singapura.

Ini didapati daripada kajian tahunan daripada senarai kedudukan pendidikan tinggi swasta dan kecenderungan pembelajaran di Singapura oleh portal pekerjaan dalam talian, Jobs Central. Kajian ini merupakan penyelidikan terbesar dan paling komprehensif terhadap landskap pendidikan swasta Singapura.

Reputasi program LSBF di Singapura telah memberikan kolej tersebut pelbagai kerjasama daripada universiti-universiti, kolej-kolej dan sekutu. Sepanjang perjalanan LSBF di Singapura, kolej itu juga telah menerima pelbagai anugerah yang mengiktirafkan LSBF Singapura sebagai institusi pendidikan swasta pilihan.

Latar belakang London School of Business and Finance

LSBF di Singapura telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan sokongan LSBF di UK, di bawah penaung diraja, Duli Yang Teramat Mulia Putera Michael of Kent GCVO.

Sebagai sebuah institusi global, Kolej tersebut telah berkembang pesat; menerima pelbagai anugerah dan akreditasi di Singapura serta memiliki dua kampus yang mengagumkan, di tengah-tengah Daerah Perniagaan Pusat.

LSBF di Singapura melengkapi para pelajarnya dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan melalui 6 unit perniagaan yang unik -- Fakulti Pendidikan Profesional, Fakulti Perniagaan, Fakulti Hospitaliti, Fakulti Bahasa Inggeris, Jabatan Perniagaan China selain Pembangunan Eksekutif.

Dengan pensyarah yang menjadi pilihan ramai, perkhidmatan dan sumber pelajar holistik, LSBF di Singapura telah mendidik lebih 10,000 orang pelajar dalam tempoh 4 tahun ini. Kolej ini beriltizam untuk menghapuskan kekangan geografi dengan menyediakan pendidikan berkualiti tertinggi kepada para pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang program dan aktivitinya, lungsuri lelaman, www.lsbf.edu.sg atau www.cn.lsbf.edu.sg.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150803/8521505033

Source: London School of Business & Finance
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Awards