omniture

Pameran Alat Muzik Terbesar Asia Pasifik bakal Diadakan pada Bulan Oktober

INTEX Shanghai Co., Ltd.
2015-08-11 10:00 307

SHANGHAI, 11 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Music China, pameran alat muzik utama di China, akan diadakan mulai 14-17 Oktober 2015.

Music China 2015 menyasarkan untuk menawarkan peluang hebat untuk bersemuka antara pembeli dan penjual yang penting untuk pertumbuhan perniagaan berterusan dalam keadaan ekonomi mencabar.

Dilancarkan pada tahun 2002, Music China kini merupakan pertunjukan muzik terbesar di Asia dan gerbang ideal bagi banyak peluang perniagaan dalam pasaran China dan Asia. Sejak 13 tahun lalu, Music China perlahan-lahan mendapat reputasi sebagai platform perniagaan, pendidikan, dan pemasaran premium untuk alat muzik, serta sektor budaya dan juga hiburan umum.

Tahun ini, Music China akan menampilkan hampir 1,900 pempamer tempatan dan luar negara dari 30 buah negara dan wilayah. Pelbagai alat muzik tradisional barat dan China akan dipamerkan dalam sembilan buah dewan dan ruang pameran seluas 105,000 meter persegi.

Banyak jenama mantap, seperti Marshall, ESP, Bluethner, Buffet, D'Addario, Fazioli, Fender, GEWA, Laney, Line 6, Ludwig, Orange, Roland, Selmer, Samick, Schimmel, Steinway, Tama, Taylor, Yamaha, Zildjian, Pearl River, Hsinghai, KAPOK, Jinyin, Fengling, dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory, telah mengesahkan kedatangan mereka semasa pameran Music China 2015. Semua dialu-alukan untuk menghadiri Music China 2015, tidak kira sama ada ia jenama antarabangsa terkemuka, mahu pun produk tempatan dengan kualiti tinggi serta harga berdaya saing.

Sebagai 'Pameran Paling Inovatif', seperti yang digelar oleh majalah perdagangan terkemuka China Events Fortune, Music China memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya dan pendidikan. Tahun ini, pelbagai forum dan seminar ditawarkan agar dapat memastikan para pengunjung mengikuti perkembangan perubahan dalam industri. Ini termasuk Kursus Latihan Peniaga, Forum Global untuk Muzik Tradisional China, Program Pendidikan, Bengkel Pakar Violin, dan Alam Muzik Kanak-kanak. Satu lagi sorotan daripada pameran ini adalah ratusan pertunjukan muzik luar secara langsung yang akan memberikan pengalaman penuh berinspirasi untuk para pembeli profesional serta pencinta muzik.

Untuk maklumat lanjut tentang Music China 2015, sila rujuk laman sesawang rasmi kami www.musicchina-expo.com. Pendaftaran kini dibuka untuk kemasukan percuma.

Hubungi:

Cik Dorothy Yang
+86-21-6295-6881
yangyachun@intex-sh.com

Source: INTEX Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Entertainment Music Trade show news