SHANGHAI, 12 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Prolight + Sound Shanghai merupakan pameran antarabangsa teknologi dan perkhidmatan untuk acara, pemasangan dan produksi. Pameran dagangan utama Asia bagi sektor itu akan berlangsung tahun ini dari 14 hingga 17 Oktober 2015 dan menawarkan pengunjung dengan pameran produk dan teknologi terbaik daripada lebih 500 jenama serta pempamer merentasi 38,000 meter persegi ruang lantai di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, yang terletak di 2345 Longyang Road.
Setiap tahun, Prolight + Sound Shanghai akan mengadakan siri acara canggih untuk membantu rakan industri kekal mendahului pasaran yang berubah, dan tahun ini juga tidak terkecuali. Acara baharu yang menonjol termasuk Seminar Kemajuan Baharu Sistem Bunyi 3D dan Pameran Sistem Bunyi 3D. Bersama pakar kejuruteraan muzik utama dunia, Siwei Music Engineering Design Group, acara tersebut akan memperkenalkan kemajuan terkini dalam teknologi dan aplikasi sistem bunyi 3D, disertai dengan demonstrasi langsung dalam pameran tersebut.
Satu lagi ciri baharu ialah Kursus Latihan Audio Antarabangsa, yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Pencahayaan & Bunyi Profesional Jerman (VPLT) dan syarikat-syarikat audio profesional terulung. Dipimpin oleh pemain penting industri yang berpengaruh, kursus-kursus tersebut akan memberikan standard antarabangsa, latihan lanjutan dan pendidikan pakar dalam produk serta teknologi baharu. Satu 'Pas Komunikasi Data Teknologi Hiburan Asas' akan diberikan kepada para peserta selepas sesi latihan.
Lebih banyak acara berorientasikan teknologi akan diadakan semasa pameran selama empat hari itu untuk mempertingkat pengetahuan industri serta peluang rangkaian peserta. Ini termasuk:
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi pameran tersebut: www.prolightsound.com
HUBUNGI:
Vicky Fu
fuhaiqiang@intex-sh.com