KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Kejohanan Duathlon Powerman Asia kembali ke Putrajaya pada Ahad, 6 Mac 2016 selepas pemberhentian selama 2 tahun di rantau ini. Penganjur perlumbaan, E-Plus Entertainment Productions, menyasar 3,000 peserta dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan format larian-basikal-larian.
"Di peringkat antarabangsa, Powerman dianggap sebagai kemuncak pertandingan Duathlon dan sebagai proses perkembangan untuk pelari dan penunggang basikal. Pertandingan larian dan basikal akan terus berkembang sebagai sukan yang kompetitif, dan kami bergembira bahawa Powerman Asia Championship akan dihidupkan semula sebagai platform untuk penyertaan dan cabaran olahragawan dan olahragawati. Malaysia telah menjadi tuan rumah Powerman sejak 2002 dan merupakan lokasi yang paling sesuai sebagai tuan rumah Kejohanan Asia," kata John Raadschelders, Presiden Persatuan Powerman Antarabangsa.
"Bagi meneruskan usaha dalam menamakan Malaysia sebagai hab sukan di Asia, kami berharap untuk menganjurkan lebih banyak acara skala global. Sebelum ini, Powerman telah menarik peserta dari lebih kurang 30 buah negara. Dengan menganjurkan Powerman di Malaysia, kami menyasarkan sebanyak 2,500 peserta dan penonton dari seluuh dunia, dengan anggaran kesan ekonomi sebanyak RM16 juta yang akan dihasilkan daripada perbelanjaan pelancong. Kejohanan Powerman Asia bukan sahaja akan menarik pesaing elit dua kali mata lebih berbanding dengan perlumbaan Powerman biasa, ia juga akan menarik duathlon dan peminat kecergasan dari seluruh rantau ini ke Malaysia," tambah Tony Nagamaiah, Pengurus Besar, Malaysia Major Events.
Peserta boleh memilih untuk bertanding dalam Powerman Classic dan Powerman Short jarak pendek, yang akan menawarkan cabaran 10 kilometer larian, 60 kilometer berbasikal, 10 kilometer larian dan 5 kilometer larian, 30 kilometer berbasikal dan 5 kilometer larian.
Peserta yang ingin bertanding sebagai sebuah pasukan juga akan diberi pilihan untuk mengambil bahagian dalam sama ada kategori 2 orang dalam Powerman Classic Relay yang meliputi jarak Classic 10km-60km-10km, atau kategori 3 orang dalam Corporate Sprint, yang menampung jarak pendek 5km-30km-5km.
Pengarah Pembangunan Perniagaan E-Plus Entertainment Productions, Iskandar Shahril, yakin dengan kejayaan acara itu. "Kami melihat pertumbuhan yang besar dalam pasaran sukan di Asia. Dengan komitmen untuk menjadi sebuah syarikat yang pakar dalam pertandingan sukan, kami percaya bahawa E-Plus akan terus menembusi pasaran sukan," katanya.
Pendaftaran dan pengumuman harga penyertaan untuk perlumbaan dijangka pada bulan September 2015.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti laman Facebook di Powerman Malaysia – Asia Championships.
DIKELUARKAN OLEH:
E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd
B806 Block B, Kelana Square, No. 17, Jalan SS7/27, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
MENGENAI POWERMAN: KAMI DUATHLON
Powerman merupakan label utama bagi duathlon jarak jauh. Powerman menyatukan duathlon jarak jauh terbesar dan paling terkenal di bawah Persatuan Powerman Antarabangsa (IPA). IPA bekerjasama dengan Kesatuan Tiatlon Antarabangsa dalam pembangunan dan pertumbuhan duathlon sebagai sukan secara umum, dan khususnya duathlon jarak jauh.
www.powerman.org
MENGENAI MALAYSIA MAJOR EVENTS
Malaysia Major Events (MME) merupakan sebuah bahagian di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC). MME ditubuhkan khas di bawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP) untuk mengenalpasti, mempromosi dan menyokong acara-acara antarabangsa yang berpotensi untuk dianjurkan di Malaysia. Selaras dengan objektif utamanya untuk membantu perkembangan ekonomi negara dan meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa, MME juga berperanan untuk mengenalpasti dan menyokong bidaan acara-acara utama dalam bidang sukan, seni, gaya hidup dan hiburan serta memberi sokongan kepada acara-acara penganjuran dalaman (home-hosted) atau acara-acara yang dibangunkan sendiri (home-grown) bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk acara-acara antarabangsa di rantau ini. MME juga bertindak sebagai pemudahcara antara sektor awam dan swasta dalam memastikan kelancaran proses terlaksana melalui hubungan sinergi dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan acara-acara antarabangsa di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymajorevents.com.my dan ikuti perkembangan kami di www.facebook.com/MyCEB, twitter @MyMajorEvents dan Instagram @mymajorevents
MENGENAI E-PLUS ENTERTAINMENT PRODUCTIONS
Ditubuhkan pada tahun 2004, E-Plus Entertainment Productions terdiri daripada pasukan yang dinamik dan kreatif untuk menjana idea-idea yang inovatif dalam industry pengurusan acara. Kumpulan syarikat ini telah memenangi pelbagai anugerah serta memegang portfolio yang luas, dengan pelbagai pelanggan antarbangasa dari sektor swasta, sektor awam dan pertubuhan bukan keuntungan. Diiktirafkan sebagai sebuah agensi pengurus acara yang berkedudukan tinggi dan berpengalaman di rantau ini, E-Plus Entertainment Productions sasar untuk meningkatkan taraf industri dengan idea-idea yang unik, kreatif dan inovatif. Pada tahun 2015, kumpulan ini telah memperkenalkan Pengurusan Media dan Komunikasi sebagai salah satu perkhidmatan terbaru, bagi menyediakan penyelesaian pemasaran bersepadu untuk pelanggan, serta mengembangkan perkhidmatan yang tersedia ada ke Singapura.
www.eplusglobal.com