BEIJING, 12 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan tanpa henti Beijing-Johannesburg pada 29 Oktober 2015, yang akan menjadi hubungan udara pertama oleh syarikat penerbangan China antara Tanah Besar China dan Afrika Selatan serta laluan Air China pertama ke Afrika. Perkhidmatan itu akan memudahkan pelancong China ke Afrika Selatan dengan menjimatkan mereka daripada perlu melakukan pindahan ketika melakukan perjalanan. Dengan penerbangan selama 14 jam, penumpang dapat terbang ke hujung selatan benua Afrika untuk menerokai Afrika yang menakjubkan dan penuh misteri.
Tahun 2015 bertembung dengan Tahun Afrika Selatan-China. Johannesburg akan menjadi destinasi pertama yang dihubungkan Air China pada 29 Oktober, selepas ketiadaannya selama beberapa tahun dalam pasaran Afrika, dan perkhidmatan baharu itu akan terus mengukuhkan hubungan politik, ekonomi dan juga budaya antara China serta Afrika. Tahun ini, Air China akan turut memulakan perkhidmatan Beijing-Addis Ababa. Dua laluan itu merupakan sebahagian daripada usaha Air China untuk membina rangkaian laluan globalnya dengan habnya di Beijing, dan menjadikannya lebih mudah untuk penumpang dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan serta Singapura untuk terbang ke dan dari Afrika Selatan dan juga Afrika secara keseluruhannya serta menawarkan pilihan penerbangan tambahan untuk para penumpang.
Tahun ini, Air China terus membina kehadiran antarabangsanya dengan memulakan lebih banyak laluan antarabangsa. Tahun 2015 menjadi tahun bagi memulakan bilangan laluan baharu terbanyak oleh syarikat penerbangan itu. Selain dua laluan baharu ke Afrika, Air China turut memulakan khidmat Chengdu-Colombo pada bulan Februari, khidmat Hangzhou-Osaka pada bulan Mac, khidmat Tianjin-Dalian-Sapporo pada bulan April, Beijing-Minsk-Budapest pada bulan Mei, khidmat tanpa henti Beijing-Melbourne pada bulan Jun dan khidmat Beijing-Hakodate pada bulan Julai. Kesemua perkhidmatan baharu ini menjadikan Air China sebagai salah satu daripada beberapa syarikat penerbangan di dunia yang memberi khidmat kepada kesemua enam benua dan merupakan satu-satunya syarikat penerbangan China yang melakukan sedemikian.
Latar belakang penerbangan tersebut
Penerbangan CA867/8 Beijing-Johannesburg akan beroperasi pada Selasa/Khamis/Ahad (keluar) dan pada Isnin/Rabu/Jumaat (masuk). Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 23:15 waktu Beijing, dan tiba di Johannesburg pada 7:35 waktu tempatan pada hari berikutnya. Penerbangan masuk berlepas dari Johannesburg pada 11:50 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 7:30 waktu Beijing. Penerbangan akan beroperasi melalui pesawat Boeing 777-300ER, jenis pesawat yang agak popular dalam kalangan penumpang perniagaan di dunia.
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO