KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital menyambut kedatangan para pelabur serta pengurus aset dari Perancis, Jerman dan Switzerland ke pusat penyulingan dan kilang yang baru di Johor, Malaysia. Dibuka pada Februari 2015, kemudahan-kemudahan ini dijadualkan akan beroperasi sepenuhnya lewat tahun ini. Ia akan menjadi pusat penyulingan dan kilang pemprosesan kayu gaharu serta produk yang berkaitan yang terbesar di Asia Tenggara.
Sejak kebelakangan ini, permintaan terhadap kayu gaharu semakin bertambah di seluruh dunia. Permintaan yang tinggi terhadap produk kayu gaharu seperti minyak kayu gaharu, serpihan kayu gaharu dan arca kayu gaharu menjadikan ianya produk perhutanan yang termahal (mengikut per kilogram) di dalam pasaran hari ini. Oleh kerana nilai kayu gaharu dan permintaanya yang tinggi, pembalakan haram telah berlaku secara berleluasa dan telah mengancam kepupusan spesies pokok Aquilaria (sumber kayu gaharu).
Asia Plantation Capital memberi komitmen sepenuhnya untuk memastikan kemampanan spesies pokok Aquilaria dengan menumpukan perhatian terhadap aspek-aspek kritikal seperti cara penanaman dan penuaian pokok Aquilaria.
Di dalam usaha untuk memastikan pengurusan sumber alam semulajadi yang mampan, Asia Plantation Capital telah mewujudkan beberapa program inisiatif. Salah satunya adalah pematuhan akta CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar), di mana semua produk kayu gaharu yang dihantar ke luar negara mestilah diperiksa untuk memastikan ianya daripada sumber yang sah. Program inisiatif lain adalah seperti aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh bagi memaksimumkan hasil tuaian pokok Aquilaria. Untuk memastikan kemandirian spesies, Asia Plantation Capital komited untuk menggantikan setiap pokok Aquilaria yang telah dituai dengan sekurang-kurangnya satu pokok Aquilaria yang lain.
Asia Plantation Capital telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan semula spesies pokok Aquilaria ke pelbagai negara yang telah mengalami kepupusan spesies itu di Asia, seperti Hong Kong dan Sri Lanka.
"Lawatan bersama Asia Plantation Capital ke ladang, pejabat urusan dan butik Fragrance Du Bois telah memberikan maklumat yang padat kepada kami," kata Cik Weiss, seorang pelabur dari Jerman. "Bagi saya, pengalaman melihat sendiri setiap peringkat pemprosesan bermula dengan penanaman pokok sehingga penyulingan minyak kayu gaharu dan dapat merasai keharuman minyak wangi yang berasaskan minyak kayu gaharu sungguh menyeronokkan dan mengagumkan. Saya terpesona dengan aroma kayu gaharu dan minyak kayu gaharu yang memang luar biasa".
Para pelawat sangat berpuas hati dan gembira dengan pengalaman yang mereka timba di dalam lawatan ini, seterusnya pulang dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang setiap peringkat pemprosesan serta pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Asia Plantation Capital bagi memberikan hasil produk yang mampan dan berkualiti tinggi.
Lawatan saya ke bahagian operasi Asia Plantation Capital di utara Thailand dan timur Thailand, Johor, ibu pejabat di Singapura dan butik Fragrance Du Bois di Hotel Fullerton sangat memuaskan hati," kata Dr Daniel Delevaux MD, Konsuk Terhormat Republik Madagascar ke Thailand sejak tahun 1996. "Lawatan ini sememangnya telah memberikan banyak manfaat dan pengetahuan yang mendalam mengenai kayu gaharu dan minyak kayu gaharu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Asia Plantation Capital di atas kemesraan mereka dan telah berjaya mengaturkan lawatan ini dengan begitu baik.
"Di Asia Plantation Capital, kami bukan sahaja komited untuk menghasilkan produk agroperhutanan yang berkualiti tinggi, tetapi dalam pada masa yang sama kami juga akan memastikan kemampanan semua tanaman ini. Kami juga bekerja keras dalam usaha menggalakkan kesedaran alam semulajadi. Ia adalah penting bagi kami mengetahui bahawa usaha-usaha yang kami telah laksanakan dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh. Kami gembira dan sangat mengalu-alukan kedatangan para pelawat ke kemudahan-kemudahan kami di seluruh Asia. Kami juga berbangga kerana dapat membantu pihak-pihak yang berminat mengenai keistimewaan dan kelebihan pokok Aquilaria yang menjadi sumber untuk produk kayu gaharu", kata En Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik Asia Plantation Capital. Simpul beliau, keseluruhan proses ini adalah untuk menyebarkan mesej yang kemampanan alam semulajadi adalah sangat kritikal untuk masa depan dunia kita.
Pusat penyulingan dan kilang yang bertapak di Johor, Malaysia merupakan sebahagian pelaburan yang bernilai AS$50 juta oleh Asia Plantation Capital bagi memperluas operasinya di Malaysia untuk beberapa tahun yang akan datang. Asia Plantation capital juga kini dalam proses untuk mengambil alih ladang melalui pengambilalihan dan perkongsian, untuk memperluas operasinya di negara ini. Perancangan syarikat ini juga turut melibatkan pembinaan tapak semaian dan pusat penyelidikan spesis pokok Aquilaria di bahagian selatan Malaysia dengan kerjasama pakar-pakar akademik yang mahir di dalam tanaman pokok Aquilaria dan lembaga pusat penyelidikan syarikat ini sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zureina Maidin
PR & Marketing Director, Malaysia
Email: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Mobile: +6013 774 1009
Zaahira Muhammad
Senior PR & Marketing Executive, Malaysia
Email: zaahira@fragrancedubois.com
Mobile: +6012 203 5344
Latar Belakang Asia Plantation Capital
Fakta ringkas:
Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali dalam pelbagai perniagaan agroperhutanan dan prtanian komersial merentasi rantau Asia Pasifik dan diseluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Group. Fokus syarikat ini adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian bagi memenuhi permintaan domestik dan komersial di negara-negara ia beroperasi. Bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan merupakan prinsip teras perniagaan Asia Plantation Capital bagi menyediakan pelaburan dan sokongan sosial dan budaya. Ini adalah penting untuk membawa komuniti ini agar tidak lagi melakukan pembasmian hutan dan menjauhi kegiatan pembalakan haram, dimana aktiviti-aktiviti ini merupakan punca pendapatan utama bagi sesetengah rantau di Asia sebelum ini. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (namun beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), syarikat ini kini mempunyai ladang dan projek pertanian di empat benua, dengan projek yang sedang dijalankan dalam pelbagai peringkat di negara-negara seperti Thiland, Malaysia, China, Laos,India,Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan eropah.
Asia Plantation Capital menggalakkan penggunaan kayu mapan dan diperakui cara yang terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi, dan membasmi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Dalam sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati), yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah juga terlibat dalam usaha perlindungan alam semulajadi. Ini adalah cara untuk memastikan bahawa kayu yang digunakan bukan daripada sumber pembalakan haram.
Latar Belakang Fragrance Du Bois
Fragrance Du Bois merupakan syarikat minyak wangi mewah yang bekerjasama rapat dengan ladang yang mapan di Asia. Fragrance Du Bois membawakan wangian berasaskan minyak Oud 100% organik yang mengujakan pasaran minyak wangi eksklusif di seluruh dunia. Dengan mendapatkan sumber bahan mentah terbaik secara mapan diseluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat minyak wangi dari Perancis serta menyediakan wangian tempahan khas mengikut keperibadian setiap individu, Fragrance Du Bois adalah merupakan wangian mewah. Dengan butik wangian eksklusif di seluruh dunia seperti di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois menjanjikan pengalaman yang terindah dalam penghasilan wangian yang tersendiri.
Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan di negara-negara lain, ianya dikenali sebagai Fragrance Du Bois.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150807/8521505181-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150807/8521505181-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150807/8521505181-c