omniture

Hyatt Regency Suzhou Raikan Ulang Tahun Pertamanya dengan Siri Aktiviti Sambutan

Hyatt Regency Suzhou
2015-08-12 19:46 551

SUZHOU, China, 12 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Hyatt Regency Suzhou sedang menyediakan empat minggu masa yang menyeronokkan dan acara istimewa pada Ogos 2015 untuk meraikan ulang tahun pertama hotel itu.

Hyatt Regency Suzhou menggabungkan unsur klasik kepada unsur kontemporari
Hyatt Regency Suzhou menggabungkan unsur klasik kepada unsur kontemporari

 

Bahagian Luar Hyatt Regency Suzhou
Bahagian Luar Hyatt Regency Suzhou

 

Bilik @ Hyatt Regency Suzhou
Bilik @ Hyatt Regency Suzhou

 

Dibuka pada 24 Ogos 2014 di pusat Daerah Pusat Perniagaan (CBD) terkini di Suzhou, hotel Hyatt Regency Suzhou menawarkan 355 buah bilik tetamu dan suit, lima buah restoran dan bilik-bilik istirehat, lokasi acara berkeluasan 15,000 kaki persegi, serta kemudahan spa dan juga kesejahteraan.

"Tahun pertama kami adalah begitu menakjubkan, kerana kami telah melangkaui semua jangkaan dari segi perniagaan, kedudukan hotel dan standard perkhidmatan. Kami amat berpuas hati melihat segala yang telah kami capai dalam masa yang begitu singkat. Pujian harus diberikan kepada para tetamu, rakan-rakan perniagaan, para pemilik dan kakitangan kami kerana menjalankan tugas yang hebat," kata Pengurus Besar, Gary Chan.  

Hyatt Regency Suzhou terletak hanya 25 minit melalui kereta api dari Shanghai, satu jam melalui kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai, dan 10 minit melalui kereta dari Stesen Kereta Api SIP Suzhou. Dengan akses laluan bawah tanah di depan pintu masuknya, Hyatt Regency Suzhou merupakan sebahagian daripada Jinghope Plaza, sebuah kompleks yang mempunyai pusat beli-belah mewah, pusat hiburan dan dua buah bangunan pejabat gred A yang terletak bersebelahan dengan Tasik Jinji yang mempunyai pemandangan yang indah, Pusat Budaya dan Seni serta Ekspo dan juga Taman Roda Ferris sebagai gabungan mudah antara Suzhou lama dan baharu.

Hyatt Regency Suzhou telah menerima lebih 20 anugerah semasa tahun pertamanya dan bagi menghargai sokongan pelanggan, pengguna dan pengunjung hotel itu, Hyatt Regency Suzhou melancarkan beberapa siri aktiviti sambutan selama lebih sebulan, termasuk:

Pakej Mesyuarat Ulang Tahun

Sehingga 24 September, hanya CNY 824 bersih sebilik semalam, termasuk penginapan bilik, sarapan untuk dua orang, sewaan bilik mesyuarat, waktu minum kopi dan keperluan mesyuarat. Penganjur mesyuarat juga layak menyertai program ganjaran Hyatt Gold Passport. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi pasukan jualan kami di talian +86 512 6288 1234 atau e-melkan kepada joyce.zheng@hyatt.com.

Pakej Bilik Sambutan

Sehingga 31 Ogos, hanya CNY 888 + 15% caj perkhidmatan untuk penginapan hari minggu, dan CNY 988 + 15% caj perkhidmatan untuk penginapan hujung minggu. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi pejabat tempahan kami di talian +86 512 6288 1234 atau e-melkan kepada suzhou.regency@hyatt.com.

Pakej Manjaan Ulang Tahun

Sehingga 31 Ogos, pakej manjaan ulang tahun Yue Spa menggunakan produk AINHOA yang direka khas untuk hotel itu pada hanya CNY 1,088 + 15% caj perkhidmatan, pakej termasuk 60 minit urutan khas, 60 minit rawatan muka jeli raja dan sepinggan buah-buahan. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungu Yue Spa di talian +86 512 6288 1234 atau e-melkan kepada yuespa.suzhou@hyatt.com.

Kongsikan Memori dan Menangi HADIAH HEBAT

Bermula pada 31 Julai, hotel tersebut mengundang para tetamu untuk berkongsi memori atau pengalaman Suzhou kegemaran mereka sepanjang setahun lalu dan berpeluang memenangi set kamera, pencetak foto atau penginapan hotel semalaman secara percuma dan makan malam untuk dua orang. Penyertaan yang berjaya akan diumumkan di Koktel Sambutan pada 24 Ogos, selain melalui laman Weibo dan Wechat hotel itu pada 25 Ogos. Gambar-gambar perlu dimuat naik ke laman Wechat hotel atau dihantar melalui e-mel kepada  aileenailin.chen@hyatt.com.

Minum, Nikmati dan Raikan Sepanjang Bulan di Hyatt Regency Suzhou

31 Julai hingga 24 Ogos 2015

Sebagai ucapan terima kasih atas sokongan mereka, para tetamu dan penduduk setempat layak menyertai program cabutan bertuah untuk setiap perbelanjaan CNY 200 di hotel itu dengan pelbagai hadiah ditawarkan termasuk iWatch dan penginapan hotel mewah. Untuk maklumat lanjut, hubungi hotel di talian +86 512 6288 1234 atau e-melkan kepada suzhou.regency@hyatt.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150811/0861507361-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150811/0861507361-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150811/0861507361-b

Source: Hyatt Regency Suzhou
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel