omniture

Syarikat Baharu China ZUK Lancarkan Z1, Telefon Pintar Generasi Baharu

ZUK
2015-08-12 20:15 500

BEIJING, 12 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Pada 11 Ogos 2015, syarikat baharu China ZUK, disokong oleh Lenovo, melancarkan telefon pintar pertamanya, Z1. 

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150811/257526

Direka untuk pengguna tegar, ZUK Z1 menampilkan sensor cap jari, pemproses Qualcomm Snapdragon 801, storan eMMC 64GB, bateri 4100mAh dan port USB 3.0 Jenis-C. Telefon ini dijual pada harga RMB 1799 dan akan mula dijual di China pada 18 Ogos. Versi antarabangsa dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

U-Touch: butang rumah yang unik

ZUK Z1 menampilkan kelainan unik butang rumah Android, U-Touch, dengan sensor cap jari, menggabungkan fungsi rumah, kembali, menu, penukaran aplikasi dan tugas serentak ke dalam satu butang tunggal.

U-Touch mempunyai sensor cap jari berkuasa rendah 508-DPI menawarkan kelajuan pengecaman 0.31s yang berketepatan tinggi. U-Touch didatangkan dengan persekitaran pengesahan TEE dalam cip TrustZone. Sensor cap jari itu membolehkan pembayaran selamat dijalankan melalui kaedah pembayaran elektronik, termasuk Alipay dan JD Wallet.

Ciri-ciri perkakasan

Edisi standard ZUK Z1 menawarkan storan 64GB dan bateri polimer 4100mAh. Pengecasan telefon selama 5 minit akan memberikan 120 minit masa bercakap. Pengoptimuman dapat melanjutkan hayat bateri sebanyak 20% melebihi purata. 

ZUK Z1 merupakan telefon mudah alih pertama di dunia yang menyokong USB3.0 Jenis-C, membolehkan lebar jalur 500MB/s, 10 kali lebih pantas berbanding USB 2.0. Dengan USB OTG, Z1 juga dapat digunakan untuk mengecas telefon mudah alih lain. 

Selain itu, dengan platform utama Qualcomm, Z1 menyokong Dwi SIM Dwi Siap Sedia (Dual SIM Dual Standby), dan pengguna tidak perlu menetapkan kad SIM primer dan sekunder apabila memasangnya.

Kamera diperkemas dengan penghasilan semula warna berketepatan tinggi

Z1 dilengkapi kamera belakang CMOS bertindih 13 juta piksel dan sistem penstabilan imej optikal OIS profesional dengan lensa Largent. Ia hanya mengambil masa 0.5s untuk sedia digunakan, dan menyempurnakan fokus dalam masa 0.3 saat. Kamera hadapan 8 juta piksel dengan apertur besar f/2.2 dan saiz piksel 1.4-μm memberikan selfie yang lebih jelas. Sentuhan semula foto terbina dalam menghasilkan yang terbaik dalam sebarang imej.

ZUI OS: Kesederhanaan adalah suatu bentuk keindahan

ZUI merupakan antara muka pengguna amat tersuai yang direka oleh ZUK berdasarkan Android 5.1.1. Para pereka telah melanjutkan konsep bingkai gambar selangkah lagi dan mencipta semula skrin kunci yang unik.

ZUI didatangkan dengan lebih 1,500 ikon direka semula yang bersesuaian dengan konsep "kesederhanaan adalah suatu bentuk keindahan" ZUI. Ia mengendalikan SMS daripada vendor perkhidmatan awam dalam cara yang memudahkan pembacaan teks. ZUI turut menampilkan perlindungan privasi automatik, pembersihan sistem dan pemecutan memori.

Source: ZUK
Keywords: