omniture

Kolam Renang Singapore Marriott Tang Plaza Hotel Dibuka Semula

Singapore Marriott Tang Plaza Hotel
2015-08-12 20:47 570


Keterujaan Semakin Hangat dengan Pembukaan Semula Kolam Renang Termasuk Kabana Baru, Bilik Pool Teres yang Mengagumkan, serta Restoran Pool Grill yang Baru Diubah Suai dan juga Astaka

Percutian Pasangan yang Istimena

SINGAPURA, 12 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Terletak di lokasi strategik di sepanjang enklaf beli-belah dan hiburan utama Singapura, Singapore Marriott Tang Plaza Hotel mempertingkat pengalaman tetamu dengan membuka semula kawasan kolam renang di Tingkat 5. Antara penambahan yang dibuat adalah bilik Pool teres yang baru diubah suai serta kawasan teres peribadi, kabana baru di sepanjang kolam renang, astaka yang baru diubah suai, selain restoran Pool Grill yang memenangi anugerah, pada 1 Ogos 2015. Saat anda melangkah masuk ke Tingkat 5, anda tentu akan tertawan dengan wadi tropika mengagumkan yang menenangkan, yang mana alam semula jadi, seni bina Asia, dan landskap penuh indah membawa bersama keharmonian gaya resort dengan kemewahan bandar. Setiap bilik tetamu dilengkapi hiasan serba canggih, termasuk TV Pintar HD Penuh 46 inci, tab mandi, kawasan rias diri lebih luas, dan banyak lagi.

Kolam renang dan Bilik Teres Kolam Renang yang baru diubah suai di Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.
Kolam renang dan Bilik Teres Kolam Renang yang baru diubah suai di Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

Kediaman jauh dari rumah yang sempurna, anda dapat berehat dengan tenang di sini dengan teres persendirian anda serta akses terus ke kolam renang hotel itu yang dibarisi kabana baru yang bergaya serta kerusi pantai.

Ambil beberapa langkah lagi dan anda akan memasuki syurga gastronomi di restoran Pool Grill yang baru diubah suai, terletak di lokasi strategik berhampiran kolam renang. Tidak kira sama ada anda mahu menikmati hidangan tengah hari yang santai atau makan malam romantik, mahupun berehat dengan koktel menyegarkan, restoran ini mempunyai hidangan melebihi jangkaan dengan menu makanan yang pelbagai. Dengan pilihan baharu hidangan Barat yang lazat, daging yang dipanggang sempurna, dan hidangan bersama salad Caesar kami yang terkenal, antara sajian istimewa termasuklah Daging Kambing Batang Pinang Layur, diilhamkan daripada hidangan tradisional Wellington; Tuna Segar dengan Sos Balsamik & Skordalia Bawang Putih; Burger Mini Kek Ketam; serta banyak lagi.

Bukan itu sahaja. Ciptalah percutian pasangan yang sempurna, padat dengan pengalaman indah!

Promosi Istimewa Percutian Pasangan - SG$898++ sebilik untuk satu malam.

  • Penginapan satu malam di Bilik Pool Teres
  • Koktel untuk dua orang
  • Sarapan Amerika dengan champagne untuk dua orang, dihidangkan di teres atau dalam bilik
  • Makan malam 3 sajian yang romantik berserta wain untuk dua orang di kabana
  • Khidmat pelayan tetamu khas (butler) secara peribadi sepanjang penginapan anda

Promosi sah mulai 1 Ogos hingga 31 Disember 2015. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempah percutian anda hari ini di www.marriott.com/sindt.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150731/8521504989

Source: Singapore Marriott Tang Plaza Hotel
Related Stocks:
NASDAQ:MAR
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services