omniture

Doxee Perluas Rangkaian Global ke Amerika Selatan Melalui Kerjasama dengan Seidor

Doxee
2015-08-13 11:00 364

SAN JOSE, California dan SANTIAGO, Chile, 13 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Seidor Technologies bakal menambah penawaran Doxee Cloud CCM kepada khidmat IT bertaraf dunia.

Melalui pengumuman kerjasama keduanya dalam masa sebulan, Doxee,peneraju bagi penyelesaian dan perkhidmatan Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM) dan Pengeluaran Output Dokumen berkelas perusahaan berasaskan awan, hari ini mengumumkan Seidor Technologies akan menjual dan menyokong platform Doxee untuk akaun-akaun perusahaan di rantau itu. Kerjasama tersebut berkuat kuasa serta-merta.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150325/736010-a )

Beribu pejabat di Sepanyol, Seidor merupakan syarikat global dengan 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan dan khidmat runding IT dengan 2,700 kakitangan yang beroperasi di 17 buah negara, termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika. Bersama rangkaian rakan kerjasama global VARnya, syarikat itu mempunyai lebih 7,000 pelanggan perusahaan. Divisyen Chile mengkhusus dalam perundingan SAP, perundingan pengurusan serta khidmat IT dan teknologi, mengendalikan operasi-operasi pusat datanya sendiri.

"Platform Doxee untuk perkhidmatan awan CCM merupakan penambahan paling sesuai kepada portfolio semasa kami," kata Pablo Berro, Pengurus Besar Seidor Technologies. "Dengan kombinasi platform Doxee serta perundingan IT kepakaran dan SAP kami, kini kami dapat menawarkan khidmat CCM komprehensif yang dapat disesuaikan sepenuhnya untuk keperluan pelanggan kami. Kami yakin penawaran Video Komunikasi dan Terperibadi Interaktif eDox daripada Doxee akan menarik minat pelanggan sedia ada dan prospektif ketika mereka beralih kepada perniagaan tanpa kertas."

"Rancangan perluasan kami berjalan dengan pesat," kata Ketua Pegawai Operasi Doxee, Ron Friedman. "Perjanjian dengan Seidor Technologies ini yang sebahagian daripada konglomerat ICT antarabangsa dihormati yang besar, terus membuktikan nilai yang dibawakan oleh pendekatan Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) kami untuk penyedia perkhidmatan perundingan IT dan pengurusan."

Latar Belakang Doxee 

Doxee merupakan penyedia teknologi dan perkhidmatan terkemuka di peringkat global bagi CCM berkelas perusahaan dan berasaskan awan. Perusahaan seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan Doxee untuk menyampaikan komunikasi yang amat terperibadi dan interaktif kepada pelanggan mereka.

Latar Belakang Seidor  

Seidor merupakan syarikat multinasional Sepanyol yang berdedikasi dalam menyediakan penyelesaian bersepadu dalam bidang perundingan perisian dan khidmat komputer, strategi, pembangunan, operasi, infrastruktur, penyelenggaraan aplikasi dan khidmat luar, antara lainnya. Seidor merupakan salah satu rakan kerjasama utama SAP, IBM, Microsoft dan Adobe, terutamanya di Sepanyol serta Amerika Latin.

Wakil Akhbar

Doxee
Larry Zusman
Pengarah Pemasaran, Operasi Global
lzusman@doxee.com
Tel. Bimbit: +1-508-808-4807

Seidor
Carolina Contreras
Pengarah Komunikasi Korporat
ccontreras@seidor.com
Tel. Bimbit: +569-7999-8076

Source: Doxee
Keywords: