omniture

Pencapaian Berinovasi: Pada 1949, Badan Pontoon Hansa 1500 Tempatkan BORGWARD Jauh Mendahului Pesaingnya

BORGWARD Group AG
2015-08-13 16:12 292

STUTTGART, Jerman, 13 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1949, BORGWARD mendahului pesaingnya apabila Hansa 1500 menetapkan standard baharu sepenuhnya bagi rekaan badan. Salun tersebut merupakan kemajuan pertama oleh pembuat kereta yang berpangkalan di Bremen itu selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini membantu menggalakkan penyebaran pantas rekaan badan yang sebelumnya tidak diketahui di Jerman dan bahagian lain Eropah: bentuk pontoon. Ketika kesemua kenderaan selepas perang yang dihasilkan oleh pihak pesaing menyerupai produk sebelum perang, BORGWARD dengan berani telah meninggalkan masa lampau. Mulai detik tersebut, bahagian seperti lengkung roda kembang dan lampu berasingan hanya tinggal sejarah. Semua pesaing syarikat itu mendapati kepentingan mereka merosot secara serta-merta, dan mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk kembali bersaing. Dengan rekaan baharu itu, kilang BORGWARD dengan jelas telah memaksa industri automotif Eropah untuk bertindak. Fiat 1500 (1950), Ford 12 M (1952), Opel Olympia (1953) dan Mercedes-Benz 180 (1953) semuanya dihasilkan kemudian dan dicipta oleh pembuat kenderaan yang sebelum ini tidak dapat melihat trend merintis baharu ini dalam rekaan badan.

Kini, tidak mungkin lagi untuk menentukan bagaimana Carl F.W. Borgward mendapat idea rekaan baharu itu. Dalam satu temu bual, beliau menyatakan bahawa beliau mendapat ilham daripada sayap bersepadu Hanomag "Kommissbrot", sebuah kereta kecil pada tahun 1927 dengan enjin yang dipasang di belakang. Sumber-sumber lain meramalkan beliau telah melihat gambar-gambar awal Kaiser K 100 dan K 101 baharu semasa menjadi tawanan perang Amerika dari September 1945 hingga Mac 1946. Model empat pintu ini merintis kemajuan bentuk badan pontoon di Amerika Syarikat.

Tidak kira dari mana Carl F.W. Borgward mendapat idea beliau, beliau jelas sekali kagum dengan kelebihan rekaan baharu yang jelas kelihatan itu untuk para pelanggan. Badan pontoon tidak dapat ditandingi dalam caranya menggunakan ruang bagi manfaat penumpang dan but. Dengan mengurangkan saiz permukaan hadapan tanpa mengorbankan ruang dalaman, badan pontoon meningkatkan aerodinamik dan turut menjimatkan bahan bakar. Ini merupakan isu yang amat penting buat BORGWARD, yang memfokuskan aerodinamik sejak awal lagi. Selain itu, bentuk pontoon memberikan pereka dengan peluang baharu yang sepenuhnya untuk menunjukkan keanggunan sesebuah kereta. Hasil semangat perintis Carl F.W. Borgward, bentuk baharu itu meneruskan kemajuannya di seluruh Eropah. Gaya pontoon juga dikenali sebagai rekaan tiga kotak, kerana kenderaan tersebut mempunyai "kotak" berasingan untuk enjin, ruang penumpang dan but. Pereka Amerika lain menggelar gaya baharu itu sebagai rekaan "rumah hijau".

Pertimbangan yang jauh lebih penting bagi syarikat yang berpangkalan di Bremen itu selepas Perang Dunia Kedua adalah Hansa 1500 bukan sahaja produk pascaperang baharu yang pertama tetapi juga memiliki rupa serba baharu. Tanpa sebarang perhiasan "baroque", salun biasa ini dengan meyakinkan dapat menggabungkan nilai estetika dengan utiliti pelanggan. Tambahan pula, Hansa 1500 mengandungi banyak inovasi merintis lain seperti lampu penunjuk arah elektrik yang dipasang sebagai standard - yang pertama bagi kereta buatan Jerman.

Semangat yang ditunjukkan oleh Carl F.W. Borgward yang terus membangunkan gaya pontoon baharu di syarikatnya juga ditunjukkan pada Lloyd 300, yang muncul hanya setahun selepas Hansa 1500 dan secara sistematik memindahkan rekaan tiga kotak kepada kelas kenderaan yang jauh lebih kompak. Gaya itu juga amat menarik di sini.

Langkah seterusnya dalam pembangunan lanjut Hansa 1500 juga merupakan kereta bentuk pontoon dua pintu. Ia masih dianggap sebagai salah satu kereta tercantik di dunia: BORGWARD Isabella.

-Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/115998/bild/

Maklumat lanjut:

BORGWARD Group AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart, Jerman

Jürgen Schramek
Ketua Komunikasi Produk
Telefon  +49-711-7941851043
e-mel media@borgward.com
http://www.borgward.com

Sumber: BORGWARD Group AG

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Machinery