SINGAPURA, 14 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- J.D. Power dan Percipient hari ini mengumumkan keinginan mereka untuk membentuk aliansi strategik untuk menyediakan rangkaian program peningkatan kepuasan pelanggan untuk bank-bank dan institusi-institusi kewangan lain di Asia.
J.D. Power merupakan sebuah syarikat khidmat maklumat pemasaran global yang mempunyai beberapa cawangan di Singapura, Tokyo, Beijing dan Shanghai. Kadar kualiti dan kepuasan yang disediakan olehnya merangkumi pasaran-pasaran di China, India, Australia dan Asia Tenggara serta menyediakan maklum balas pengalaman pelanggan yang terperinci merentasi pelbagai industri seperti automotif, insurans dan juga perbankan.
Percipient merupakan sebuah syarikat teknologi dan analitik data yang berpangkalan di Singapura. Syarikat itu memberi tumpuan untuk membantu organisasi-organisasi mengaplikasikan data pelanggan yang komprehensif bagi membina budaya yang berpusat pada pelanggan yang mantap.
J.D. Power dan Percipient merancang untuk melancarkan perikatan mereka melalui program Pengoptimuman Saluran yang ditawarkan kepada bank-bank runcit di beberapa negara Asia, termasuk Singapura, Malaysia dan India. Ini membolehkan bank-bank menilai cara terbaik untuk mengagihkan sumber saluran bagi tujuan memaksimumkan kepuasan pelanggan. Program tersebut memanfaatkan kepakaran J.D. Power dari segi penanda aras dan pemacu kepuasan pelanggan, digabungkan dengan kemampuan Percipient dalam bidang segmentasi pelanggan, kebolehuntungan pelanggan serta analitik saluran.
"Agar kekal berdaya saing, bank-bank pada masa kini perlu melabur dalam beberapa saluran, yang melibatkan cawangan, ATM dan pusat panggilan, kepada perbankan Internet dan mudah alih. Namun begitu, bagaimanakah bank-bank dapat memastikan pelanggan mereka mendapat perkhidmatan saluran yang mereka ingini? Kefahaman mendalam kami terhadap indikator kepuasan pelanggan membolehkan kami membantu bank-bank menjawab persoalan ini," kata Gerrit Kuyntjes, naib presiden dan pengurus besar J.D. Power Asia Pasifik.
"Kami amat teruja kerana mendapat peluang untuk bekerjasama dengan J.D. Power," kata Navin Suri, ketua pegawai eksekutif Percipient. "Bersama kemahiran analitik pelanggan dan pengalaman sektor kewangan kami, kami yakin kami dapat membawakan sesuatu yang unik kepada bidang perbankan Asia."
J.D. Power dan Percipient telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman. Mereka menjangka untuk meneruskan program Pengoptimuman Saluran Perbankan dengan program-program lain yang dapat meningkatkan kepuasan pelanggan bersama para penyedia perkhidmatan kewangan mereka, seterusnya membantu institusi-institusi kewangan meningkatkan penetrasi pelanggan serta pulangan pelaburan mereka.
Latar Belakang J.D. Power Asia Pasifik http://asean-oceania.jdpower.com
Latar Belakang McGraw Hill Financial www.mhfi.com
Latar Belakang Percipient www.percipientcx.com
Xingti Liu
J.D. Power Asia Pasifik; Singapura
+65-6733-8980
xingti.liu@jdpower.com.sg
Ai Meun Lim
Percipient, Ketua Pegawai Produk; Singapura
+65-9795-4931
aimeun@percipientcx.com