omniture

Pameran Perfect World Terima Pujian Meluas di ChinaJoy 2015

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2015-08-15 04:40 362

BEIJING, 15 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- ChinaJoy ke-13 telah diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai dari 30 Julai hingga 2 Ogos 2015. Para pembangun permainan terkemuka, organisasi-organisasi media utama dan sebilangan besar pemain telah hadir dari seluruh dunia untuk berhimpun di acara pemain yang berlangsung selama empat hari itu.

Perfect World sentiasa menjadi antara pempamer utama di ChinaJoy, dan tahun ini, di bawah tema "Dunia Persaingan Baharu yang Sempurna", pembangun permainan itu menampilkan 27 tajuk pilihan kepada pemain, termasuk permainan arena tempur dalam talian DOTA2 dan Panzar, permainan komputer peribadi (PC) dalam talian berasaskan pelanggan NeverwinterZhu Xian 3 dan HEX, permainan web TOUCH, Neverwinter versi konsol Xbox serta Warframe versi konsol, Knights of Valour versi PS4 dan juga Nothing Beyond versi Xbox selain permainan mudah alih Legend of the Condor Heroes3D, Return of the Condor Heroes dan The Airbender, memberikan pemain di seluruh dunia pengalaman menyeronokkan yang tiada bandingan. 

Semasa menghadiri ChinaJoy pada tahun ini, En. Robert Xiao, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World mengulas bahawa tema "Dunia Persaingan Baharu yang Sempurna" memperlihatkan hasrat Syarikat itu untuk menjadi peneraju dalam melancarkan lebih banyak produk berkualiti untuk para pemain serta menggalakkan pembangunan industri permainan dengan mempelbagaikan penawarannya.

Di ChinaJoy 2015, ruang pameran Perfect World telah dibahagikan kepada beberapa zon: zon arena, zon pengalaman, zon resepsi, zon interaksi, zon mengambil gambar, dan zon hadiah periferal, setiap satunya menerima maklum balas yang menarik daripada para pemain. Perfect World menunjukkan pelbagai pilihan kandungan baharu dan bermaklumat yang menyediakan pengalaman lebih baik untuk para pengunjung dan turut menerima pujian kritis.

Dengan penambahan beberapa permainan baharu dan permainan yang dinanti-nantikan, zon pengalaman menjadi tempat berkumpul paling popular daripada keseluruhan dewan N2. Semasa berlangsungnya acara empat hari itu, zon pameran merupakan tempat yang menjadi pilihan para pemain daripada seluruh dunia kerana mereka dapat mengalami pelbagai tajuk akan datang yang mengujakan. Permainan yang ditawarkan di zon itu merupakan pernyataan terhadap keghairahan tanpa penghujung yang dimiliki oleh para pemain dari seluruh dunia, menunjukkan sejauh mana permainan dapat berfungsi sebagai medium untuk menghapuskan sempadan kenegaraan dan mewujudkan rasa kesatuan antara masyarakat berbilang negara apabila mereka berkongsi pengalaman hiburan yang baharu.

Antara 30 Julai dan 2 Ogos, Perfect World telah mempamerkan beberapa permainan canggih yang baharu dan produk-produk periferal sambil menyediakan pengalaman hiburan baharu kepada para pengunjung. Bagi memenuhi jangkaan pemain dari seluruh dunia, Syarikat itu akan kekal komited kepada strategi globalnya untuk menyediakan penawaran berkualiti terbaik, tanpa mengira negara, pasaran atau rantau, dan menyampaikan pengalaman hiburan yang lebih mengujakan, sambil terus memperkenalkan budaya China melalui permainan bagi memberikan peluang kepada masyarakat di seluruh dunia untuk memahami, menghormati serta mencintai negara China.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Trade show news