omniture

JA Solar Lancarkan Modul Kaca Dua Lapisan Baharu

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-08-17 08:50 513

SHANGHAI, 17 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) (JA Solar), salah satu daripada pengeluar terbesar produk kuasa suria berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan modul kaca dua lapisan 60 sel standardnya telah berjaya lulus kesemua ujian keandalan yang diperlukan oleh piawaian IEC61215 dan IEC61730 serta memperoleh pensijilan TUV SUD, selain pelancaran pengeluaran besar-besaran modul kaca dua lapisan itu untuk pasaran global.

Baru-baru ini, seiring dengan pemasangan penjanaan elektrik suria yang berkembang pada kadar paling pesat di seluruh dunia setakat ini dan prestasi produk PV yang bertambah baik dengan tetap, permintaan terhadap modul PV berkualiti dan berkeandalan tinggi yang dapat beroperasi dalam persekitaran sukar tanpa degradasi pantas telah meningkat dengan pesat. Bagi memenuhi permintaan ini, JA Solar telah berjaya menyempurnakan pembangunan modul PV kaca dua lapisan dan memulakan pengeluaran besar-besaran modul tersebut dari awal Ogos 2015. Modul berbilang Si 60 sel standard JA disalut menggunakan kaca bajaan dengan kekuatan tinggi setebal 2.5mm pada kedua-dua bahagian dengan rekaan tanpa bingkai. Berbanding modul PV biasa dengan kaca yang hanya menutupi bahagian depan, modul kaca dua lapisan adalah terbukti lebih andal dan tahan, selain kalis cuaca untuk pemasangan dalam persekitaran melampau bersuhu tinggi, berkelembapan tinggi, berangin, bergaram, atau kering seperti di kawasan pesisir pantai, kolam penternakan ikan serta padang pasir. Tambahan pula, modul kaca dua lapisan JA direka berdasarkan standard IEC untuk sistem 1500V dengan jaminan prestasi selama 30 tahun, iaitu, degradasi kuasa tidak lebih 2.5% dalam tahun pertama diikuti degradasi tahunan linear sebanyak 0.5%. Pada penghujung jaminan ini, tahap prestasi modul kaca dua lapisan sedemikian masih berada pada paras 85% daripada kuasa terkadar awalnya.  

En. Jian Xie, Presiden Eksekutif JA Solar, mengulas, "Kejayaan kelulusan ujian piawaian IEC61215 dan IEC61730 di TUV SUD dan permulaan proses pengeluaran besar-besaran modul kaca dua lapisan untuk pasaran global sekali lagi memperlihatkan tradisi JA Solar menyediakan untuk para pelanggan kami produk PV berprestasi tinggi dengan kualiti serta keandalan tinggi, selain komitmen kami untuk memenuhi permintaan seluruh dunia yang semakin meningkat terhadap tenaga bersih, melalui inovasi berteknologi serta peningkatan prestasi yang berterusan."

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities