omniture

BRAND'S(R) Bekerjasama Dengan World Vision International -- Taja 180 Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Cerebos
2015-08-17 11:00 589

SINGAPURA, 17 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- BRAND'S® telah bekerjasama dengan World Vision International dan menyasarkan untuk mengumpul S$180,000 bagi menaja 180 kanak-kanak di seluruh rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Tanah Besar China pada tahun 2015. Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) serantau ini menandakan komitmen yang diberikan oleh  BRAND'S® selama 180 tahun dalam menyediakan kesejahteraan secara keseluruhan dan membantu orang ramai mencapai potensi mereka demi kehidupan yang lebih baik.  

Antara Mekanisme pengumpulan dana oleh BRAND'S® termasuk jualan Pek Edisi Terhad BRAND'S® yang ke 180 Tahun dan pek Hope In A Bottle, jualan pek biasa BRAND'S® Essence of Chicken (6s) untuk menyumbang kepada dana tersebut serta Kempen Memberi Hadiah Pesta Pertengahan Musim Luruh. Fokus penting kerjasama dengan World Vision ini adalah untuk mengubah nasib kanak-kanak yang benar-benar kurang bernasib baik dan dengan kelestarian menjadi pertimbangan yang penting, objektif jangka panjang BRAND'S® adalah untuk membantu kanak-kanak terbabit memperoleh masa depan yang lebih baik untuk diri mereka.

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada inisiatif termasuk:

Projek Sarapan untuk Kanak-kanak dengan sasaran menaja sebanyak 125,000 sarapan untuk kanak-kanak di Thailand dan bertujuan memperjuangkan kepentingan serta impak sarapan sihat terhadap pertumbuhan fizikal dan juga intelek kanak-kanak. Tujuan Projek Generasi Baru Indonesia yang Sihat & Pintar, adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan 1,000 ibu dan bakal ibu tentang kepentingan asid folik kepada fetus.

Di Singapura, kempen Hope In A Bottle BRAND'S® menggalakkan orang ramai membeli Penutup Berslot Syiling BRAND'S® pada harga dua dolar setiap satu, yang akan didermakan kepada World Vision. Penutup Berslot Syiling itu menukarkan botol BRAND'S® terpakai menjadi tabung syiling, yang boleh diisi dan didermakan kembali kepada World Vision atau disimpan sebagai barangan koleksi. Dana yang dikumpulkan akan dapat membantu 20 kanak-kanak kurang bernasib baik; latihan kepimpinan untuk hampir 1,000 belia tempatan yang berfikiran kemanusiaan melalui program Kebuluran 30-jam World Vision yang memperjuangkan nasib kanak-kanak serantau yang kurang bernasib baik.

Satu katalog hadiah BRAND'S® - World Vision telah dihasilkan untuk kakitangan Ibu Pejabat menyumbang dan memberi kepada usaha amal yang mereka percaya adalah penting dan ingin menjadi sebahagian daripadanya, dengan ramai yang turut serta memilih untuk menaja kanak-kanak World Vision secara bebas.

"Model World Vision yang bekerja bersama kanak-kanak, keluarga dan komuniti untuk mencapai potensi penuh mereka, adalah bersesuaian dengan visi BRAND'S® untuk membantu masyarakat memperoleh masa depan yang lebih cerah, lebih bermakna dan indah. Kerjasama dengan World Vision ini bersifat sinergistik dan merupakan projek yang sesuai untuk meraikan ulang tahun ke-180 BRAND's®," kata En. Gen Saito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cerebos Pacific Limited.

Kerjasama Cerebos - World Vision telah dimulakan pada tahun 2014 dengan pemeteraian sebuah Memorandum Persefahaman. Satu lawatan pengenalan kakitangan ke Bo Kluea, di Thailand, telah dianjurkan, yang mana kakitangan BRAND'S® telah terlibat dalam kerja komuniti dan mendapat gambaran sendiri tentang kesukaran golongan kanak-kanak serta keluarga mereka yang memerlukan. Setelah mendalami sendiri keadaan hidup tersebut ianya telah membuatkan mereka tersentuh oleh daya tahan, harapan dan juga impian kanak-kanak ini di sebalik kesukaran yang mereka hadapi.

"World Vision amat meyakini pembangunan transformasi berasaskan program amal dalam membina komuniti global. BRAND'S® memahami pendekatan lebih meluas ini melalui pemberian penuh impak bukan sahaja kepada masyarakat terdekat tetapi turut melihat sedikit melepasi sempadan mereka. Kami berharap kajian kes yang begitu berjaya dapat membantu menyebarkan kesedaran dan pendidikan tentang pendekatan global yang lestari ke arah pembasmian kemiskinan," kata Cik Foo Pek Hong, Ketua Pegawai Eksekutif, World Vision Singapura.

Tentang BRAND'S®

Untuk informasi lebih lanjut tentang BRAND'S®, sila layari http://www.brandsworld.com

Tentang Cerebos Pacific Limited

Untuk informasi lebih lanjut tentang Cerebos Pacific Limited sila layari http://www.cerebos.com

Tentang World Vision International

Untuk informasi lebih lanjut tentang World Vision International sila layari http://www.worldvision.org

Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi:    

Lakshmi K S / Janice Loh
Dunbar-Jones & Associates
1 Goldhill Plaza
#03-45 Podium Block Singapore 308899
Tel: +65-6356-2830
Email: lakshmi@dunbarjones.com.sg, jloh@dunbarjones.com.sg

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150722/8521504791LOGO-a 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150722/8521504791LOGO-b

Source: Cerebos
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Corporate Social Responsibility Not for profit