omniture

Panggilan Penyertaan ICMA - Anugerah Media Kreatif Antarabangsa kali ke-6

International Editorial-Design & Research Forum
2015-08-17 11:00 243

MEERBUSCH, Jerman, 17 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

ICMA merupakan pertandingan rekaan seluruh dunia. Ia termasuk kategori bagi rekaan majalah, rekaan buku, logo, rekaan korporat dan penerbitan korporat. Pertandingan kelima ini telah menarik penyertaan bagi 364 penerbitan dari 17 buah negara.

Panggilan penyertaan boleh didapati di sini:   http://www.creative-media-award.com

Tarikh tutup: 1 Oktober 2015. 

Tujuan pertandingan ini adalah untuk menonjolkan trend rekaan sedunia dan meraikan hasil kerja yang luar biasa. Di kebanyakan negara, pertandingan diadakan sekitar tema media korporat, rekaan korporat serta rekaan buku dan majalah yang diadakan sebagai acara berasingan. ICMA memberikan pandangan keseluruhan bagi kesemua bidang rekaan grafik kontemporari ini. Ia merangkumi pencetakan, dalam talian malah rekaan berfungsi pada Telefon Pintar, iPad dan Tablet.

Pertandingan ini terbahagi kepada 22 kategori: 

  • Anugerah Media Kreatif: Untuk rekaan majalah. Terdapat beberapa kategori untuk rekaan kulit majalah, infografik, laporan foto dan penceritaan visual.
  • Anugerah Buku Kreatif: Kategori ini adalah tentang rekaan buku. Terdapat 11 subkategori, termasuk buku foto, buku seni, buku sekolah malah buku dalam iPad.
  • Anugerah Rekaan Korporat: Untuk logo, rekaan korporat dan jenis rekaan.
  • Anugerah Media Korporat: Untuk kakitangan media, laporan tahunan, majalah pengguna dan penerbitan perniagaan-kepada-perniagaan dan perniagaan-kepada-pelanggan.
  • Anugerah Pelajar ICMA: Projek-projek pelajar dialu-alukan dalam semua kategori.

Mengapa saya patut mengambil bahagian dalam pertandingan ini: 

Dalam majalah "Page" terdapat petikan berikut daripada seorang pereka tentang hal ini: "Kami telah bersetuju selama beberapa tahun bahawa tiada pengiklanan lebih murah berbanding penyertaan dalam pertandingan rekaan. Berapa banyak lagi yang perlu kita belanjakan tanpa kaedah ringkas ini untuk menarik perhatian! Dan apa yang lebih baik daripada sanjungan rakan-rakan dalam bidang yang sama?"

Hubungi 

International Editorial-Design & Research Forum
d/a Norbert Kuepper
Gutenbergstreet 4
40670 Meerbusch
Jerman

No. telefon: +49-2159911615
mail@creative-media-award.com
http://www.creative-media-award.com

SUMBER  International Editorial-Design & Research Forum

Source: International Editorial-Design & Research Forum
Keywords: Advertising Magazines Publishing/Information Service Awards