omniture

Doxee Menambah GEOCOM ke dalam Senarai Rakan Kongsi Perniagaannya yang Semakin Bertambah di Amerika Selatan

Doxee
2015-08-18 11:00 422

SAN JOSE, California dan MONTEVIDEO, Uruguay, 18 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- GEOCOM bakal melengkapkan portfolio perkhidmatan IT mereka dengan tawaran Platform CCM Doxee

Doxee, peneraju dalam Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM) kelas perusahaan berasaskan awan, hari ini mengumumkan perkongsian baharu dengan GEOCOM Uruguay untuk menjual dan menyokong platform Doxee kepada akaun perusahaan di Uruguay.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150325/736010-a )

GEOCOM merupakan peneraju Uruguay dalam penyelesaian teknologi maklumat dan perkhidmatan awan serta NAP (Titik Akses Rangkaian) untuk negara itu. GEOCOM mengurus prasarana perusahaan persendirian dan awam serta sejumlah besar pelanggan mengehoskan data mereka dalam pusat-pusat data GEOCOM.

"GEOCOM merupakan penyedia khidmat IT yang kukuh dengan kepakaran awan serta organisasi jualan dan sokongan yang mantap di negara mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Doxee, Sergio Muratori Casali. "Kami berharap perkongsian ini akan meningkatkan hasil GEOCOM daripada pelanggan baharu dan sedia ada yang terdapat di rantau ini."

Perkongsian baharu ini akan memperluas tawaran CCM semasa mereka dalam pasaran Uruguay daripada komunikasi bercetak sehinggalah perkhidmatan interaktif. GEOCOM akan melengkapkan perkhidmatan awan semasa mereka dengan Komunikasi Interaktif dan Video Tersuai eDox. Syarikat itu merancang untuk mempromosikan tawaran perkhidmatan Doxee kepada sejumlah besar pelanggan sektor awamnya, dan terus diperluas ke sektor utiliti, perbankan dan pasaran insurans.

"Doxee merupakan pelengkap sempurna kepada tawaran perkhidmatan CCM semasa kami untuk perusahaan besar," kata Jorge Baptista, Naib Presiden. "Banyak pelanggan perusahaan kami sedang beralih kepada komunikasi elektronik. Dengan menambah platform berasaskan awan Doxee dengan penyelesaian Komunikasi Interaktif dan Video Tersuai eDox kepada portfolio perkhidmatan terurus kami, kami dapat memenuhi keperluan pelanggan kami untuk komunikasi yang lebih murah, lebih pantas dan lebih berkesan. Selaras dengan kebolehan IT dan pusat-pusat data kami yang bertaraf dunia yang mana kualiti tinggi adalah apa yang menonjolkan kami, platform Doxee jelas meletakkan kami sebagai peneraju dalam perkhidmatan CCM di Uruguay."

Latar Belakang Doxee 

Doxee merupakan penyedia teknologi dan perkhidmatan global terkemuka untuk CCM kelas perusahaan berasaskan awan. Syarikat-syarikat di seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan Doxee untuk menyediakan komunikasi pelanggan yang sangat tersuai khusus dan interaktif kepada para pelanggan mereka.

Latar Belakang GEOCOM 

GEOCOM Uruguay SA menyediakan penyelesaian global, dengan kualiti yang diperakui, menggunakan teknologi IT termaju yang paling sesuai dengan permintaan serta keperluan pelanggannya berserta matlamat berterusan untuk melangkaui jangkaan mereka. GEOCOM mempunyai beberapa cawangan tempatan di Uruguay, Chile, Colombia dan Peru.

Wakil Akhbar
Doxee
Larry Zusman
Pengarah Pemasaran, Operasi Global

lzusman@doxee.com
Telefon Bimbit: +1-508-808-4807

GEOCOM
Valeria Dias
Pengurus Jaminan Kualiti
vdias@geocom.com.uy
Telefon Bimbit: +59824817777

Source: Doxee
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology