SAN FRANCISCO, 19 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Cyara (www.cyara.com) mengumumkan pelancaran Cyara Crawler hari ini, iaitu perisian berautomasi pertama dunia yang meneroka, memetakan dan mendokumentasi aplikasi tindak balas suara interaktif (IVR) dan mewujudkan kes ujian Cyara. Cyara Crawler menggantikan proses intensif secara manual dengan automasi dan mengurangkan masa serta kos untuk memberi kemampuan pengalaman pelanggan (CX) baharu ke pasaran. Kefungsian Crawler khususnya signifikan dengan keperluan yang kerap untuk membuat perubahan kepada aplikasi IVR bagi menambah baik pengalaman pelanggan.
Cyara Crawler adalah berasaskan awan, berteknologi agnostik dan tidak menceroboh. Ia berfungsi dengan melakukan panggilan sintetik kepada IVR sedia ada untuk meneroka aliran panggilan. Automasi Crawler akan merevolusikan industri pusat hubungan global dengan menggantikan dokumentasi yang tidak tepat atau tidak dikemas kini dengan dokumentasi yang tepat dan tersuai serta menghapuskan sebahagian besar kerja-kerja manual untuk menulis kes ujian.
Sebelum Crawler, perubahan yang dibuat ke atas aplikasi IVR adalah berisiko dan mengambil masa, terutamanya jika IVR tidak didokumentasikan sepenuhnya, atau dokumentasi itu adalah tidak tepat atau tidak dikemas kini. Syarikat-syarikat terpaksa meneroka laluan dan pilihan dalam aplikasi IVR secara manual, atau cuma membuat perubahan lalu mengharapkan yang terbaik. Usaha untuk emindahkan atau membuat perubahan kepada IVR legasi adalah mustahil kerana risiko tinggi dalam mengubah suai IVR tanpa mengetahui bagaimana IVR telah direka. Apabila syarikat bergabung atau vendor ditukar, kemampuan penemuan berautomasi Crawler juga akan menjadikannya satu kemungkinan untuk memindahkan atau menaik taraf IVR legasi secara selamat.
"Pelancaran Cyara Crawler, satu penyelesaian berautomasi dan pintar berasaskan awan, merupakan pengubah permainan bagi industri pusat hubungan global memandangkan ia akan menggantikan hampir 90 peratus proses manual," kata Alok Kulkarni, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Cyara. "Kemampuan untuk menginovasi dengan pantas dan berterusan bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa adalah amat penting dalam dunia omnisaluran pada masa kini. Crawler akan mempertingkat kebolehan sesebuah syarikat untuk menambah baik pengalaman pelanggannya dengan lebih berkesan dan tangkas."
Ciri-ciri penting Cyara Crawler termasuk:
Cyara telah ditubuhkan di Australia pada tahun 2006 untuk membantu para pelanggannya menginovasikan CX dengan pantas dan mencapai hasil yang lebih baik. Pengujian dan pemantauan CX berautomasi daripada Cyara dapat mengurangkan kos secara mendadak dalam membangunkan serta menyediakan pengalaman pelanggan yang optimum. Ia telah membina reputasi dengan pantas dalam industri pusat hubungan global sebagai penginovasi sebenar. Para pelanggan Cyara terdiri daripada lebih 100 jenama yang paling terkenal di dunia, termasuk Google, Tesla, FirstData, USAA, Barclays, EDF, Alcatel-Lucent, Verizon, ING, ANZ, National Australia Bank, Commonwealth Bank, Telstra, Vodafone dan Optus. Kebiasaannya pelanggan Cyara menginovasi antara 40 hingga 70 peratus lebih pantas daripada pesaing mereka, dan mengurangkan masa serta perbelanjaan untuk menguji perisian mereka sebanyak satu pertiga atau lebih berbanding ujian yang dilakukan secara manual, sambil memberikan liputan ujian yang lebih baik untuk mengenal pasti dan membetulkan isu-isu.
Cyara Crawler akan dilancarkan secara rasmi hari ini di SpeechTEK 2015 di New York (Gerai #603) setelah berjaya diuji oleh sebilangan syarikat Fortune 500.
LATAR BELAKANG CYARA
Cyara merupakan penyedia platform pengujian dan pemantauan pengalaman pelanggan omnisaluran yang menerajui pasaran global dan baru-baru ini telah dipilih sebagai Garner Cool Vendor dalam Perkhidmatan Pelanggan dan Sokongan Pelanggan CRM, 2015. Cyara membolehkan pelanggannya menginovasi dengan pantas sambil mengurangkan secara mendadak kos untuk membangunkan dan menguji serta risiko mendedahkan pelanggan mereka kepada pengalaman pelanggan yang kurang baik. Setiap hari, berjuta-juta hubungan pelanggan yang sempurna disediakan oleh antara jenama paling terkemuka di dunia menggunakan Platform Cyara. www.cyara.com
Einsteinz Communications untuk Cyara
Sue Ralston
+61-2-8905-0995
sue@einsteinz.com.au