omniture

Ameyo Diberi Penghormatan Dengan Anugerah Inovasi TMC Labs CUSTOMER MAGAZINE 2015

Ameyo.com
2015-08-19 16:01 221

GURGAON, India, 19 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Ameyo (http://www.Ameyo.com), pakar teknologi pusat hubungan dan pengalaman pelanggan terkemuka dengan kepimpinan amalan dalam lebih dua belas industri penting, hari ini mengumumkan TMC, sebuah syarikat media bersepadu global, telah menamakan Ameyo sebagai pemenang Anugerah Inovasi TMC Labs CUSTOMER Magazine 2015. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Ameyo telah meraih Anugerah Inovasi TMC Labs CUSTOMER Magazine itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/10110170 )

Teknologi Pusat Hubungan Ameyo merupakan suit teknologi pusat hubungan generasi baharu yang menyatukan semua aset pusat hubungan yang memfokuskan untuk membantu syarikat-syarikat membina dan menjenamakan semula proses interaksi pelanggan mereka bagi mencapai Hubungan Pelanggan Omnisaluran. Ameyo telah menunjukkan peranan penting dalam mengubah pusat hubungan kepada platform Berpusat-Pengalaman-Pelanggan yang menambahkan peringkat dinamik baharu kepada kitar hayat pelanggan.

Strategi pertumbuhan perniagaan berpengetahuan dan infrastruktur pelaksanaan mantap Ameyo merupakan faktor-faktor penting yang telah membawa mereka menerima anugerah berprestij ini bersama Sebutan Khas dalam laporan Gartner Magic Quadrant 2015 baru-baru ini.

  • Seni bina Ameyo yang fleksibel melaksanakan hab interaksi pelanggan yang menyampaikan pengalaman pelanggan secara tekal merentasi semua saluran interaksi -- mewujudkan sinergi kepentingan pelanggan dan sinergi merentasi operasi mereka sendiri.
  • Pelaporan dan alatan analitik Ameyo menawarkan para pelanggan untuk mendapatkan laporan perniagaan pintar tentang operasi khidmat pelanggan, melengkapi pakar-pakar pusat hubungan dengan maklumat untuk membina semula serta menambah baik proses-proses sedia ada mereka.

"Kami berbesar hati dalam menerima Anugerah Inovasi TMC Labs CUSTOMER Magazine 2015 bagi tahun kelima berturut-turut. Pengiktirafan ini terus mengukuhkan tujuan kami dalam membangunkan teknologi merintis dan inovatif untuk para pelanggan kami. Kami teruja untuk meneruskan kemajuan kami ketika kami melancarkan ciri-ciri dan produk-produk baharu dalam masa terdekat,"kata Bishal Lacchiramkha, Ketua Pegawai Eksekutif Ameyo.  

Anugerah Inovasi TMC Labs CUSTOMER Magazine memberi penghormatan kepada produk-produk yang mendemonstrasikan inovasi, ciri-ciri unik dan sumbangan penting ke arah menambah baik teknologi komunikasi. Anugerah Inovasi TMC Labs diberikan kepada syarikat-syarikat yang menampilkan sumbangan merintis dalam industri. TMC Labs hanya memilih beberapa produk yang dilihat paling hebat dalam penyelesaian pusat hubungan, pusat panggilan, dan CRM.

"Tahniah kepada Ameyo kerana dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi TMC Labs CUSTOMER Magazine 2015. Ameyo telah dipilih kerana menampilkan inovasi, kualiti hebat dan ciri-ciri unik yang telah membawa impak positif kepada teknologi berkaitan pelanggan," kata Rich Tehrani, Ketua Pegawai Eksekutif, TMC. "Kami berbesar hati dapat mengiktiraf pencapaian luar biasa ini dengan Anugerah Inovasi TMC Labs."

Wakil Media:
Kartik Kakar
pr@ameyo.com
+91-124-4771000
Ameyo.com

Sumber: Ameyo.com

Source: Ameyo.com
Related Links:
Keywords: Outsourcing Businesses Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards