omniture

Continental Jadi Rakan Kempen 'Hentikan Kemalangan' Global NCAP

- Divisyen Casis & Keselamatan serta Tayar sertai kempen untuk meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemasangan standard teknologi keselamatan canggih terutamanya dalam kereta subkompak
- Global NCAP merupakan badan penaung berpangkalan di London, UK bagi sembilan badan pengujian keselamatan kereta baharu pengguna NCAP di seluruh dunia
- Kempen maklumat untuk mengetengahkan kepentingan ESC, Pembrekan Kecemasan Berautonomi dan ABS Motosikal, selain tekanan serta kedalaman bunga tayar yang betul
- Permulaan rasmi kempen akan diraikan dengan acara pelancaran di Brazil pada pertengahan November untuk sebilangan besar pemimpin politik dunia, wakil media dan pengurus flit
Continental Tires
2015-08-20 10:18 622

HANNOVER, Jerman, 20 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Divisyen Casis & Keselamatan serta Tayar bagi pembekal automotif antarabangsa utama dan juga pengeluar tayar Continental menjalin kerjasama dengan kempen maklumat 'Hentikan Kemalangan' Global NCAP, iaitu badan penaung berpangkalan di London, UK bagi pertubuhan pengguna NCAP sedunia untuk tujuan pengujian keselamatan kereta baharu.  

Demonstrasi 'Hentikan Kemalangan'
Demonstrasi 'Hentikan Kemalangan'

"Kami telah mengusahakan strategi kami iaitu 'Vision Zero' selama bertahun-tahun. Dengan inovasi dan dengan memperhalusi serta menambah baik komponen dan sistem kami secara berterusan, kami memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya," kata Frank Jourdan, Ahli Lembaga Eksekutif Continental AG dan Presiden Divisyen Casis & Keselamatan. "Angka tahunan lebih 1.2 juta orang yang terkorban di jalan raya masih berada pada paras yang tinggi. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan angka ini."

Sepanjang kempen 'Hentikan Kemalangan, Global NCAP dan rakan kerjasamanya, termasuk Continental, akan mengadakan demonstrasi pemanduan untuk meningkatkan kesedaran terhadap manfaat teknologi keselamatan. Fokus serantau akan diberi kepada negara-negara membangun yang berpopulasi padat, yang mana sebilangan besar kenderaan dijual dalam segmen kenderaan ini. Dari segi teknologi kenderaan, fokus akan diberikan kepada ESC, AEBS dan ABS Motosikal, manakala dari segi tayar pula, kepentingan tekanan tayar dan kedalaman bunga yang mencukupi akan ditonjolkan.

"Tayar merupakan titik sentuhan tunggal antara kenderaan dan jalan raya. Dalam situasi kritikal, tayar yang menentukan sama ada kenderaan dapat berhenti tepat pada masanya – atau jika ia kekal selamat di laluan semasa melalui selekoh. Inilah sebabnya kami ingin memberitahu seramai mungkin pemandu di seluruh dunia, tentang manfaat keselamatan menggunakan tayar berteknologi tinggi yang diisi sehingga tekanan yang betul dan mempunyai kedalaman bunga yang mencukupi," kata Nikolai Setzer, Ahli Lembaga Eksekutif Continental AG dan Presiden Divisyen Tayar. "Kami akan menempatkan  jenama tayar premium Continental yang berorientasikan teknologi secara lebih dekat dengan 'Vision Zero', satu bidang yang mana Continental sebagai syarikat akan menerima manfaat daripada sinergi dalam kalangan portfolio teknologi keselamatannya yang luas."

Continental menjangkakan demonstrasi 'Hentikan Kemalangan' dua kali setahun di negara-negara seperti China, India, Malaysia dan Mexico, untuk meningkatkan kesedaran terhadap manfaat sistem keselamatan canggih, dan topik-topik berkaitan tayar.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Continental: www.continental-corporation.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150819/0861507561

Source: Continental Tires
Keywords: