omniture

UPS Aturkan Penghantaran Khas Dari UPS Access Point kepada Pemandu Scuderia Ferrari Sebastian Vettel

UPS
2015-08-21 00:07 356

COLOGNE, Jerman, 21 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- UPS, Penaja Rasmi Logistik dan Pengiriman Ferrari, hari ini melakukan penghantaran khas kepada pemandu Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel dari lokasi UPS Access Point™ yang unik, untuk satu kali sahaja, berhampiran Lapangan Terbang Cologne/Bonn sebelum hujung minggu Grand Prix Belgium bagi memperlihatkan kefleksibelan kemudahan kiriman antarabangsa ini.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150819/259669)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150819/259670)

Pemenang dua kali Grand Prix Belgium, membincangkan kepentingan perkhidmatan yang fleksibel dan boleh disesuaikan dalam dunia yang semakin sibuk, sebelum menerima penghantaran khasnya: kunci kepada sebuah kereta jalan raya Ferrari 458.

Juara dunia empat kali dan pemenang Grand Prix terakhir di Hungary kemudian memberikan pertunjukan pemanduan kepada penonton dan membawa beberapa penumpang bertuah mengikutinya dalam beberapa "pusingan pemanduan yang mengujakan" dalam acara yang tidak dapat dilupakan, dibawakan oleh UPS, untuk meraikan kerjasama Ferrari dengan organisasi itu, yang kini mencapai tahun ketiganya.

Frank Sportolari, Presiden, UPS Jerman, berkata: "Ini merupakan satu keraian hebat untuk kerjasama kami dengan Scuderia Ferrari dan meningkatkan kesedaran terhadap rangkaian UPS Access Point™ antarabangsa kami yang dijangka berkembang kepada 22,000 lokasi di peringkat global menjelang hujung tahun ini. Cologne pula merupakan tempat yang hebat buat acara ini memandangkan ia menempatkan hab udara Eropah kami, yang membolehkan kami mengirim bungkusan melalui kiriman ekspres ke lokasi-lokasi UPS Access Point di seluruh dunia."

Sportolari meneruskan, "Rangkaian UPS Access Point™ kami merupakan kemudahan perniagaan yang hebat dan bersama UPS My Choice™, ia dapat memberikan kawalan kepada para pelanggan untuk melakukan penetapan semula laluan dan penjadualan semula kiriman. Dengan menggabungkan kedua-dua penyelesaian ini, ia memberikan perkhidmatan yang amat fleksibel kepada pelanggan kami di Jerman - dan kami turut menawarkannya dalam rangkaian global kami."

Sebastian Vettel mengulas: "Ini adalah suatu yang hebat untuk berada di sini di Jerman bersama UPS menjelang hujung minggu Grand Prix Belgium. Rangkaian UPS Access Point™ merupakan penyelesaian perniagaan yang hebat untuk orang seperti saya yang menjalani kehidupan yang amat sibuk dan sering ke luar negara. Hari ini, ia turut membolehkan saya bergembira, suatu yang sememangnya bagus."

Latar Belakang Rangkaian UPS Access Point

Lokasi-lokasi UPS Access Point menawarkan penyelesaian mudah yang dibina berpusatkan pelanggan yang membolehkan mereka mengambil dan meninggalkan bungkusan mereka mengikut masa dan tempat yang mudah untuk mereka. Bertempat dalam perniagaan tempatan seperti kedai-kedai serbaneka, stesen-stesen minyak atau pondok kecil (kios), para pelanggan menghargai kemudahan dan kefleksibelan yang ditawarkan oleh penyelesaian ini. Lokasi-lokasi UPS Access Point terdapat di pasaran-pasaran penting di seluruh Eropah dan Amerika, dengan 22,000 lokasi dijangka akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2015.

Latar belakang kerjasama UPS dengan Ferrari

UPS menjadi Penaja Rasmi Logistik dan Pengiriman untuk Ferrari pada Februari 2013, melalui satu perkongsian yang merangkumi Formula Satu dan Siri Eropah Kejohanan Cabaran Ferrari.

UPS juga merupakan Rakan Rasmi Logistik Ferrari sepanjang penyepaduan berperingkat perkhidmatan pengangkutannya sendiri, menyediakan pergerakan kargo pada peringkat global.

Latar Belakang UPS

UPS (NYSE: UPS) merupakan peneraju global dalam logistik, menawarkan rangkaian luas penyelesaian termasuk mengangkut bungkusan dan kargo; memudahkan perdagangan antarabangsa, dan melaksanakan teknologi canggih untuk mengurus dunia perniagaan dengan lebih cekap. Beribu pejabat di Atlanta, UPS memberi khidmat kepada lebih 220 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Syarikat ini dapat ditemui di internet melalui ups.com® dan blog korporatnya dapat ditemui melalui longitudes.ups.com. Untuk mendapatkan berita UPS secara langsung, kunjungi pressroom.ups.com/RSS.

SUMBER  UPS

Source: UPS
Related Stocks:
NYSE:UPS
Related Links:
Keywords: Auto Sports Transportation Trucking and Road Transportation