omniture

YES BANK Art Bengaluru 2015 - Festival Seni Paling Dinantikan di India Selatan!

Art Bengaluru
2015-08-21 20:48 353

BANGALORE, India, 21 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- The Collection, UB City dan Sublime Galleria dengan kerjasama Prestige Group sedang bersiap sedia untuk 'YES BANK Art Bengaluru 2015'. Salah satu festival seni tersohor di India, 'Art Bengaluru' Edisi ke-6 ini bertujuan untuk melangkaui kanvas, meraikan seni dalam pelbagai bentuknya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7602651-yes-bank-art-bengaluru-2015/

Uzma Ifran - Pencetus Konsep dan Penganjur, 'Art Bengaluru' berkata, "Pasaran seni India kini mempunyai pembeli berkualiti dan bercita rasa tinggi. Di peringkat global, seni semakin menjadi pilihan pelaburan alternatif. Dalam edisi 'Art Bengaluru' tahun ini, kami telah berusaha untuk menghimpukan artis-artis terkemuka dari seluruh dunia, dan memberikan orang ramai peluang untuk mengalami, di bawah satu bumbung, kepelbagaian bentuk seni yang disediakan. Festival ini bukan sahaja diwujudkan untuk peminat seni dan pengumpul. Kami berharap untuk mempromosikan pelbagai bentuk seni dan mewujudkan kefahaman yang lebih baik terhadap seni di bandar ini melalui inisiatif ini. Kami turut menggalakkan sekolah-sekolah untuk membawa pelajar-pelajar mereka bagi memanfaatkan festival ini."

Tema bagi festival tahun ini ialah 'Anjakan Paradigma'. Agar selaras dengan tema ini, 'YES BANK Art Bengaluru 2015' berharap untuk menggalakkan penerokaan seni daripada titik pandangan yang mencetus perubahan. Secara tradisi, seni dilambangkan oleh lukisan, ukiran klasik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun, konsep 'Seni' itu sendiri telah melalui perubahan yang besar. Dengan kemajuan teknologi, kini kita mempunyai peluang untuk menghayati bentuk-bentuk seni yang baharu secara sepenuhnya – pemasangan yang interaktif dan imersif. Ruang dalaman The Collection, UB City yang beraneka akan turut diubah agar selari dengan tema tahun ini. Bentley Mulsanne akan dipamerkan sepanjang festival ini, seterusnya membangkitkan suasana mewah di ruang festival ini.

Tahun ini, karya seni di festival tersebut diatur oleh Suresh Jayaram, seorang artis, sejarawan, pentadbir seni dan kurator dengan reputasi peringkat kebangsaan. Terdapat juga jelajah berpandu oleh En. Jayaram, selain panduan seni terlatih, untuk memberikan pengunjung kefahaman mendalam dan holistik terhadap festival ini serta karya seni yang dipamerkan.

Bagi mengekalkan kemeriahan festival ini, terdapat juga persembahan oleh ahli-ahli muzik terkemuka termasuk Talvin Singh dan Trilok Gurtu. EDM Nights dianjurkan oleh artis-artis International EDM; Project 46 dan Omnia turut termasuk dalam senarai persembahan.

'YES BANK Art Bengaluru 2015' akan bermula pada Jumaat, 21 Ogos 2015 dengan Majlis Perasmian Gemilang yang melibatkan pertunjukan Pemetaan Cahaya/Pancaran, menampilkan sejarah seni yang canggih. Ia akan turut menerangkan idea di sebalik 'Art Bengaluru'. Festival ini akan diadakan sehingga 30 Ogos 2015. Bagi membolehkan orang ramai membawa pulang cenderamata daripada acara tahun ini, 'Art Bengaluru' akan turut menyediakan Kedai Hadiah  yang menyediakan cenderamata, termasuk Buku 'YES BANK Art Bengaluru 2015' yang mendokumentasikan acara bersejarah ini selengkapnya.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150819/259689)

Source: Art Bengaluru
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment New products/services