omniture

Frost & Sullivan Beri Penghormatan kepada DERMALOG dengan Anugerah Biometrik bagi Pencapaian di Afrika

DERMALOG Identification Systems GmbH
2015-08-24 08:04 366

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 24 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

Syarikat perunding Frost & Sullivan telah menganugerahkan pengeluar biometrik terbesar Jerman, DERMALOG dan penyelesaian serta produk khususnya untuk Afrika dengan "Anugerah Syarikat Biometrik Terbaik Afrika 2015". DERMALOG secara khususnya berjaya dengan penggunaan yang meluas di bank Nigeria.  

-Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/8896 -

Pada petang Khamis, di hab ekonomi Afrika Selatan, pengeluar biometrik Jerman DERMALOG telah diberi penghormatan dengan "Anugerah Syarikat Biometrik Terbaik Afrika 2015". Anugerah itu diberikan kepada syarikat yang berpangkalan di Hamburg itu atas pencapaian cemerlangnya di dua puluh buah negara Afrika. Dengan ini, DERMALOG telah menjadi syarikat biometrik yang terkemuka di Afrika.

Satu faktor penting bagi penerimaan anugerah tersebut juga adalah portfolio inovatif pengimbas cap jari dan sistem biometrik daripada DERMALOG. Di negara-negara seperti Angola, Ghana, Tanzania dan Zambia, syarikat ini menyumbang secara mapan dan tegas dalam menyelesaikan cabaran-cabaran tempatan seperti kecurian identiti, korupsi, demografi, dan migrasi selain pembangunan ekonomi negara-negara tersebut.

Di Nigeria, DERMALOG kini bekerjasama dengan Central Bank dan 23 buah bank lain dalam sebuah projek besar yang melaluinya, semua pelanggan bank di negara itu didaftarkan melalui biometrik DERMALOG. Pelanggan menerima nombor pengesahan bank yang membolehkan semua urus niaga mereka disempurnakan dengan selamat dan andal melalui cap jari. Pada tahun 2013, DERMALOG memenangi tender antarabangsa daripada Nigerian Central Bank untuk projek yang bernilai 50 juta dolar.

Sementara itu, penggunaan biometrik daripada DERMALOG telah berjaya mendaftar lebih 18 juta pelanggan di Nigeria. Setakat ini, kira-kira 10,000 identiti bertindih dan pendaftaran berbilang telah dielakkan setiap hari, seterusnya mengelakkan penipuan serta penggubahan wang haram dalam sektor kewangan hasil daripada keandalan kemudahan tersebut. DERMALOG ABIS (Sistem Pengenalan Biometrik Berautomasi) telah mengesan lebih satu juta individu yang cuba mendapatkan identiti bertindih atau berbilang. Dengan menggunakan pengimbas cap jari dan perisian DERMALOG, semua bank yang mengambil bahagian dapat memastikan dalam setiap urus niaga, identiti adalah sepadan dengan pelanggan kerana pelanggan perlu hadir sendiri untuk melakukan pendaftaran.

Peneraju inovasi biometrik yang berpangkalan di Hamburg itu terus membina kejayaannya di negara Afrika Barat itu. Dalam masa terdekat, pelanggan bank berdaftar akan turut dapat mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM dan membayar di mesin tunai menggunakan cap jari mereka.

DERMALOG Identification Systems, yang beribu pejabat di Hamburg, Jerman, merupakan pengeluar biometrik terbesar Jerman dan salah sebuah syarikat utama dunia bagi pengenalan biometrik. Para jurutera dan saintis komputer terus berusaha membangunkan produk-produk baharu dan inovatif. Portfolio produk terdiri daripada kawalan sempadan biometrik kepada kad ID biometrik serta kemudahan "FingerLogin" dan juga "FingerPayment" baharu. Selain Jerman dan Eropah, pasaran-pasaran utama DERMALOG melibatkan Afrika, Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Di Jerman, DERMALOG telah membekalkan lebih 20,000 pengimbas cap jari kepada pejabat-pejabat pendaftaran dan pihak-pihak berkuasa imigresen. Cap jari disimpan dalam pasport baharu, kad ID, dan permit kediaman. Sementara itu, DERMALOG telah menyediakan 150,000 pengimbas cap jari tambahan ke lebih 70 buah negara. Pemasangan besar ABIS (Sistem Pengenalan Biometrik Berautomasi) daripada DERMALOG telah dihantar ke lebih 130 pelanggan kerajaan di seluruh dunia.

DERMALOG turut menyediakan penyelesaian untuk bank-bank dan pengeluar ATM seperti Wincor Nixdorf, yang telah menyediakan lebih 1,000 ATM di seluruh dunia dengan teknologi cap jari daripada DERMALOG, dengan itu menggantikan PIN yang kurang selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.dermalog.com.

Wakil akhbar
DERMALOG Identification Systems
Perhubungan Media
Jon Augestad
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel.: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
E-mel: Jon.Augestad@dermalog.com
http://www.dermalog.com

Sumber: DERMALOG Identification Systems GmbH

Source: DERMALOG Identification Systems GmbH
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards