omniture

Komputer Lapangan Ultra Lasak NAUTIZ X8 Keluaran Handheld Mendapat Ciri-ciri Penambahan Baharu Yang Boleh Disesuaikan

Handheld Group
2015-08-25 15:00 353

LIDKOPING, Sweden, 25 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Handheld Group, pengeluar utama komputer mudah alih lasak, hari ini mengumumkan ciri-ciri pek tambahan untuk PDA lasak, NAUTIZ X8 keluarannya. Kefungsian baharu itu akan menjadikan NAUTIZ X8 lebih versatil untuk pekerja lapangan dalam sebilangan segmen pasaran, termasuk perhutanan, tinjauan, pembinaan, khidmat lapangan, projek-projek gudang dan logistik.

Nautiz X8 dibina untuk membolehkan pengumpulan data yang cekap dan andal dalam persekitaran yang paling sukar. Dengan ciri-ciri amat lasak dengan kuasa pemprosesan hebat, saiz skrin dan keterlihatan dalam cahaya matahari, X8 kian menjadi amat popular dalam sektor GIS, ukur tanah, keselamatan awam, perhutanan dan ketenteraan.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150821/260163)

Handheld kini menawarkan tiga pek tambahan yang menambahkan ciri-ciri serba boleh untuk Nautiz X8:

  • Pek Tambahan Bluetooth Jarak Jauh (LRBT) Nautiz X8 menampilkan modul u-blox LRBT, yang membolehkan komunikasi jarak jauh sehingga 300 meter. Pilihan ini khususnya sesuai untuk penyelesaian perhutanan, tinjauan dan pembinaan lanjutan.
  • Pek Tambahan Kod Bar Nautiz X8 menampilkan modul pengimej (Zebra SE4750SR) dengan pembidik LED, yang menyediakan prestasi imbasan kompetitif tanpa mengorbankan rekaan, kelasakan atau pengalaman pengguna. Pilihan ini adalah sesuai untuk pekerja dalam khidmat lapangan, projek-projek gudang dan logistik.
  • Pek Tambahan Asas Nautiz X8 merupakan penutup tambahan kosong untuk tambahan pilihan anda. Ia meningkatkan kebolehsuaian dan kefleksibelan  Nautiz X8 bagi keperluan pelanggan yang khusus. Ia turut membolehkan pengguna memasang aksesori khas di bawah penutup menggunakan antara muka proprietari.

Pek tambahan Nautiz X8 baharu akan disediakan pada bulan September. Semua versi penutup direka untuk mengekalkan klasifikasi IP67 Nautiz X8.

"Nautiz X8 merupakan komputer mudah alih lasak terbaik dunia, dengan skrin yang hebat dan ketahanan, keterhubungan, kuasa pemprosesan serta hayat bateri yang luar biasa - tanpa menjejaskan ergonomik atau rekaan," kata Jerker Hellstrom, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Penambahan baharu ini akan menjadikannya lebih versatil, boleh disesuaikan dan menarik untuk pengguna lapangan dalam pelbagai segmen industri. Kami berbangga kerana sentiasa bekerjasama dengan rakan serta pelanggan kami untuk memahami keperluan khusus mereka selain mencipta penyelesaiian yang benar-benar mereka inginkan dan dapat manfaatkan."

Nautiz X8 mempunyai kadaran perlindungan kemasukan IP67 dan dilindungi sepenuhnya daripada kemasukan debu, pasir dan air. Ia turut memenuhi piawaian ujian ketenteraan MIL-STD-810G untuk ciri-ciri daya tahan keseluruhan dan ketahanan terhadap kelembapan, renjatan, getaran, jatuhan, garam dan suhu melampau.

Pautan bermanfaat

Spesifikasi produk NAUTIZ X8

Imej berita

Handheld Group

Rangkaian produk Handheld

Apakah erti lasak?

"Tweet"kan:  

Komputer lapangan ultra lasak NAUTIZ X8 Handheld mempunyai ciri-ciri tambahan baharu yang boleh disesuaikan http://www.handheldgroup.com/expansion-caps

Latar Belakang Handheld

Handheld Group merupakan pengeluar komputer mudah alih, PDA dan tablet lasak. Handheld dan rakan kerjasamanya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap syarikat-syarikat dalam industri-industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group dari Sweden mempunyai pejabat-pejabat tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia, dan A.S. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com

SUMBER  Handheld Group

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services