omniture

Rundingan Peringkat Tinggi A.S.-China Tahunan Kali Keenam tentang Perkongsian antara Masyarakat Berakhir dengan Jayanya

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2015-08-25 16:31 330

BEIJING, 25 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Rundingan Peringkat Tinggi A.S.-China kali keenam tentang Perkongsian antara Masyarakat (CPE) telah diadakan baru-baru ini di Washington, D.C. yang mana Naib Perdana Menteri China Liu Yandong telah menghadiri sesi plenari.

Kemajuan besar telah berjaya dicapai semasa pusingan rundingan ini: kedua-dua pihak mengesahkan mereka melaksanakan 104 perjanjian yang disempurnakan pada tahun 2014, menunjukkan tarikan istimewa dan potensi besar perkongsian budaya. Selain itu, kedua-dua pihak mencapai 119 perjanjian baharu yang merangkumi tujuh bidang termasuk pendidikan, sains dan teknologi, budaya, kesihatan, sukan, wanita serta belia.

Naib Perdana Menteri China itu berkata CPE telah menjadi penentu arah bagi menggalakkan kefahaman lebih baik antara masyarakat China serta Amerika dan acara itu bertindak sebagai asas yang mantap untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam beberapa bidang, selain menjadi pemacu bagi ikatan yang lebih erat antara kedua-dua negara itu. Pada masa depan, Naib Perdana Menteri itu menjangkakan China dan A.S. dapat menjadikan hubungan mereka itu lebih mesra, kukuh, meluas serta lebih fleksibel.

Semasa kunjungannya ke A.S., Naib Perdana Menteri itu telah bertemu dengan kumpulan pertama program pertukaran belia China-A.S. yang utama, ZhiXing China – Fellowship Pemimpin Muda A.S.-China Perfect World, dan mengalu-alukan mereka ke China untuk mengalami sendiri negara itu. Program tersebut merupakan salah satu hasil Rundingan Peringkat Tinggi A.S.-China Tahunan kali kelima tentang Perkongsian antara Masyarakat, dan merupakan program pertukaran jangka panjang. Ia dilaksanakan oleh Persatuan Pendidikan China bagi Pertukaran Antarabangsa dan Fellowship Eisenhower, serta dibiayai oleh syarikat China, Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd. Program ini merupakan usaha proaktif oleh China dan A.S. untuk meningkatkan perkongsian budaya dengan menarik para peserta perniagaan dan persendirian. Program ini menampilkan sepenuhnya dan secara langsung trend baharu dalam mengembangkan saluran perkongsian budaya dengan memanfaatkan kuasa sosial.                        

Naib Perdana Menteri itu menyebut semasa acara tersebut, beliau telah meluahkan pendapatnya semasa bertemu dengan para pegawai kanan Amerika bahawa untuk mengukuhkan perkongsian budaya, kedua-dua China dan A.S. perlu menarik sumber-sumber perniagaan dan persendirian.

Perfect World yang berpangkalan di China telah menjalankan usaha untuk meningkatkan perkongsian budaya dan pendidikan negara itu sejak beberapa tahun lalu. Syarikat ini telah mengambil bahagian dan menyokong program ZhiXing China dengan harapan untuk menyempurnakan tanggungjawab sosialnya pada peringkat antarabangsa dan memberikan sumbangan terhadap komunikasi budaya China di peringkat global. Sasaran utama program ini adalah untuk budaya-budaya yang membentuk tamadun dunia bagi memperoleh kefahaman lebih baik terhadap satu sama lain.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet