GUANGZHOU, China, 26 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- DuPont Montelli® meraikan ulang tahunnya yang kesepuluh pada 6 Ogos 2015, dengan ratusan pelanggan perniagaan dan rakan-rakan kongsi dari China, India, ASEAN, AUNZ serta Rusia yang berkumpul bersama untuk berkongsi perjalanan mengagumkan mereka dengan bahan permukaan padu Montelli®.
DuPont™ Montelli® merupakan hasil usaha saintifik bagi mencipta bahan permukaan padu berkualiti untuk rekaan kediaman serta komersial yang mengagumkan. Direka bentuk secara khusus untuk menawan pandangan serta kekal lama, bahan permukaan padu Montelli® didatangkan dalam lebih 150 warna dan boleh dipotong mengikut kesesuaian serta dipasang untuk kemungkinan rekaan tanpa had.
"DuPont Montelli® akan terus menyediakan bahan canggih dan inovatif untuk struktur kediaman serta komersial, menyediakan permukaan yang lebih selamat dan juga tahan lama kepada para pengguna, arkitek, pereka, dan pemilik bangunan seluruh dunia," kata Farra Siregar, pengarah perniagaan Asia Pasifik, DuPont Building Innovations.
Pada masa akan datang, DuPont menjangkakan akan melihat trend pembandaran yang berterusan di Asia Pasifik dengan populasi pendapatan sederhana yang semakin bertambah dan kuasa membeli yang semakin meningkat dalam pasaran baru muncul di China, India, ASEAN serta Rusia.
"Montelli® berada dalam kedudukan yang mantap untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan ini, dan DuPont teruja untuk terus memenangi dan berkembang bersama rakan-rakan kongsi perniagaan pada masa akan datang," kata En. Junho Choi, pengurus perniagaan Global Montelli®.
Presiden DuPont Building Innovations Rajeev Vaidya turut bercakap semasa acara itu, menegaskan misi DuPont Building Innovations adalah untuk terus memberikan bahan yang canggih dan inovatif yang melindungi struktur kediaman serta komersial, menyediakan permukaan yang lebih selamat dan tahan lama kepada para pengguna, arkitek, pereka dan juga pemilik bangunan di seluruh dunia.
Ditubuhkan di Guangzhou pada tahun 2005, DuPont Montelli® telah memperluas perniagaannya ke 63 buah negara di seluruh dunia dan menawarkan produk-produk akrilik serta poliester dengan standard lebih tinggi dan juga kualiti yang stabil. Dengan memanfaatkan sains bertaraf dunia dan teknologi inovatif DuPont seluruh dunia, permukaan padu Montelli® akan terus berdaya saing dalam pasaran-pasaran yang baru muncuk. DuPont beriltizam untuk melabur dalam pembangunan dan penggunaan produk baharu bagi mengukuhkan kedudukan Montelli® sebagai peneraju dunia bagi permukaan padu.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150825/0861507900
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150825/0861507900-a