omniture

Pada 1957, BORGWARD Group merupakan Pengeksport Kereta Kedua Terbesar Jerman

BORGWARD Group AG
2015-08-27 18:29 358

STUTTGART, Jerman, 27 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

Merintis inovasi

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/115998/ -

Tidak lama selepas tercetusnya peperangan, perdagangan eksport mula mendorong industri automotif Jerman ke arah kedudukan yang didominasi olehnya masa kini. Pada tahun 1961, Republik Persekutuan itu merupakan pengeksport kereta terbesar dunia, dengan jualan di luar negara mencecah satu juta kenderaan setahun. Begitu juga pada tahun 1959, eksport membentuk 50.7 peratus daripada pengeluaran keseluruhan. Permintaan luar inilah yang membolehkan industri automotif Jerman membina kapasiti pengeluarannya yang amat besar.

Dalam tahun-tahun sebelum 1954, BORGWARD Group hanya memenuhi keperluan pasaran domestik. Namun, pada tahun 1957, ia telah menjadi pengeksport kereta kedua terbesar Jerman di belakang Volkswagen, dengan jualan di luar negara mencecah 6,232 unit. Tahun berikutnye, angka ini meningkat kepada 11,363 unit, 72 peratus daripada pengeluaran keseluruhan di BORGWARD. Ini menjadikan kedudukan pengeluar kenderaan Bremen itu jauh di hadapan pengeluar lain dalam industri automotif Jerman, dengan purata bahagian eksport mencecah 48.2 peratus.

Sebaik sahaja perang berakhir, Carl F.W. Borgward mula menubuhkan loji syarikat di Argentina, Brazil, Indonesia, Sepanyol dan Afrika Selatan. Kebiasaannya, loji-loji ini beroperasi dalam mod CKD. Singkatan CKD bermaksud "komponen terurai sepenuhnya"("completely knocked down"). Ini bermakna pengeksportan bahagian-bahagian individu ke pasaran khusus yang mana ia dipasang untuk menjadi sebuah kenderaan lengkap, yang kemudiannya dijual.

Terdapat juga loji pemasangan BORGWARD yang lain di Chile, Mexico, Ireland, Antwerp dan Australia di Hartnett-Lloyd. Selain itu, FORGWARD mengasaskan syarikat jualannya sendiri di AS: BORGWARD Motors Corporation, yang berpangkalan di Boston. Sebagai seorang usahawan yang bijak, Carl F.W. Borgward dengan segera menyedari bahawa dengan mendorong pengeluaran akan membawa kepada kos unit yang lebih rendah-dan eksport seterusnya membolehkan syarikat itu memasarkan kenderaannya dengan harga yang lebih rendah. Pada masa yang sama, peningkatan eksport akan membantu menyerap kemerosotan domestik semasa musim sejuk Jerman, supaya pengeluaran dapat disebarkan secara sama rata sepanjang tahun. Semasa tahun 1950an dan 60an, permintaan terhadap kereta di Jerman merosot secara mendadak semasa bulan-bulan dalam musim sejuk yang menyebabkan hampir semua pengeluar kereta domestik terpaksa mengurangkan syif atau menghasilkan kereta untuk simpanan stok. Sebagai majikan yang bertanggungjawab, Carl F.W. Borgward memilih pilihan kedua, walaupun ini menggunakan jumlah modal yang agak besar. Namun, semasa tahun 1950an, jualan eksport berjaya mengatasi kemerosotan semasa musim sejuk ini.

BORGWARD Group dengan pantas mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran eksport. Bagi pasaran kereta dan trak dengan daya angkut sehingga satu tan metrik, lencana berbentuk berlian tersendiri milik BORGWARD telah menjadi kuasa dominan di Sweden, Belanda dan Norway. Mulai penghujung 1950an, eksport ke negara-negara bukan Eropah seperti AS, Kanada dan Afrika Selatan turut meningkat kepentingannya.

Khususnya popular di pasaran AS adalah kereta kompak buatan Jerman, yang terbukti popular dengan komuter yang mencari kereta kedua atau ketiga. Namun, pengeluar AS cepat bertindak balas dan menjelang tahun 1959 telah mengeluarkan kenderaan mereka sendiri dalam kategori ini. Akibatnya, eksport Jerman ke AS merosot sebanyak 115,340 kenderaan pada tahun 1960, penurunan sebanyak 19 peratus. Memegang bahagian besar dalam dagangan eksport, BORGWARD telah menerima tamparan hebat ekoran daripada kemerosotan ini.

Walau bagaimanapun, dengan fokus kukuhnya terhadap eksport dan keinginannya untuk menawan pasaran di seluruh dunia, BORGWARD telah menjadi peneraju pada tahun 1950an. Bagi BORGWARD hari ini, keinginan untuk menawan pasaran di seluruh dunia kekal sebagai cabaran besar bagi abad ke-21.

Maklumat Lanjut:

BORGWARD Group AG        Jürgen Schramek
Kriegsbergstrasse                 Ketua Komunikasi Produk
11    
70174 Stuttgart,                    Telefon +49-711-7941851043
Jerman                                 e-mel media@borgward.com          
http://www.borgward.com

Sumber: BORGWARD Group AG

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Transportation