omniture

honor 7 Tawarkan Kepintaran dan Gaya untuk Warga Digital di Eropah

Peranti Mudah Alih Logam Sepenuhnya daripada honor Bebaskan Kreativiti Dalaman Anda ketika Bergerak
honor
2015-08-29 01:18 677

LONDON, 29 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- honor hari ini memperkenalkan telefon pintar tercanggihnya, honor 7 versi Eropah. Peranti logam sepenuhnya ini, yang disasarkan kepada warga digital, dibina khusus untuk penggunaan sebelah tangan dan termasuk pelbagai fungsi pintar inovatif serta kemampuan multimedia yang dikendalikan melalui butang pintar khususnya dan pembaca cap jari yang mampu membaca isyarat.  

honor7
honor7

Berucap di acara pelancaran produk itu di London tengahari ini, George Zhao, presiden honor, berkata: "honor 7 merangkumkan falsafah dan misi kami untuk memungkinkan pengalaman internet mudah alih yang hebat untuk generasi serta era internet. Dimensi tepat dan kemasan logam pada peranti ini menawarkan faktor bentuk optimum dan rasa premium, di samping kemampuan multimedia dan ciri-ciri pintarnya mengilhamkan tindakan dan kreativiti."

Zhao turut mengulas tentang hasil separuh pertama 2015 bagi honor di acara tersebut, menyebut angka hasil sebanyak AS$2.63 bilion. Beliau mengaitkan kejayaan itu kepada pelaburan teknologi mantap honor, penyasaran yang khusus buat warga digital, dan penggunaan kerjasama strategik untuk meningkatkan pengalaman internet mudah alih. Sebagai jenama perintis, honor akan terus melabur dalam pasaran-pasaran penting seperti India, Rusia, United Kingdom, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dll.

Antara faktor kejayaan yang dipetik Zhao, beliau menganggap kerjasama adalah yang paling penting. Rakan-rakan kerjasama yang diingini honor, kata beliau, tidak terhad kepada saluran jualan, tetapi merangkumi semua kepentingan warga digital, termasuk hiburan dan perkhidmatan mengikut permintaan.

Melalui kerjasama yang luas ini, honor kekal komited untuk memperkukuh ekosistemnya dan meneguhkan kedudukannya sebagai perintis global yang komited untuk memberikan pengguna pengalaman internet mudah alih lancar yang membolehkan mereka meluahkan kreativiti mereka.

"honor 7 jelas memperlihatkan komitmen dan kemampuan kami," kata Zhao. "Kini, terpulang kepada kami untuk membawa pengalaman internet mudah alih yang dimungkinkannya ke tahap baharu dengan rakan-rakan kerjasama di Eropah yang berkongsi visi kami."

Seiring dengan usaha ini, honor akan terus mendapatkan maklum balas daripada para pelanggannya, yang akan dipertimbangkan dalam pembangunan produk-produk akan datang.

Pelancaran honor 7 versi Eropah berlangsung serentak dengan pelancaran peranti honor baharu untuk dipakai di pergelangan tangan. Dilengkapi dengan paparan skrin penuh bulat 1.06 inci dan G-sensor menerajui industri yang dikuasakan oleh algoritma canggih, peranti itu merupakan alat penjejak kesihatan terhebat, memberikan pengguna kebolehan untuk memantau diri sendiri dengan mudah serta tepat apabila melakukan senaman atau aktiviti sukan. Nama produk tersebut akan dipilih melalui pertandingan global, yang mana individu yang menghantar nama yang dipilih itu akan menerima semua produk honor bagi lima tahun akan datang. Peranti boleh dipakai yang belum dinamakan ini akan disesuaikan dengan peranti iOS dan Android.

Ciri-ciri honor 7 

Binaan logam kukuh dengan rekaan sebelah tangan ergonomik

Badan logam penuh honor 7 disaluti lapisan seramik, menawarkan kemasan premium yang jelas. Sarung 5.2 inci peranti itu yang ergonomik serta butang dan sensor yang ditempatkan dengan teliti membolehkan pengendalian sebelah tangan ergonomik yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Teknologi cap jari lebih pintar yang memenuhi keperluan pengguna

Pembaca cap jari logam tanpa bingkai honor 7 membolehkan pengesahan cap jari 360 darjah dilakukan dengan pantas dari pelbagai sudut dan menampilkan kemampuan pembelajaran sendiri yang meningkatkan ketepatan imbasan melalui rakaman semula cap jari yang telah didaftar semasa digunakan. Pembaca itu turut menyokong kawalan isyarat intuitif yang membolehkan pengguna melakukan semuanya daripada menjawab panggilan hingga mengambil gambar.

Kemampuan prestasi dan talaan bagi mereka yang sentiasa terhubung

Dikuasakan oleh pemproses Kirin 935 lapan teras HiSilicon pintar dengan penawaran A53 serta 3GB RAM dan 16GB ROM, honor 7 memiliki kekuatan untuk menawarkan prestasi yang sentiasa lancar. Selain itu, papan litarnya yang berbentuk L mengelakkan kemungkinan berlakunya pemanasan lampau.

Menyentuh tentang keterhubungan, teknologi Signal+ Huawei dan rekaan dwiantena pintar secara automatik mengesan rangkaian dengan isyarat lebih kuat pada kelajuan 80 kali ganda berbanding peranti serupa.

Dipadankan dengan bateri 3,100mAh yang tahan lama, menawarkan masa menunggu dan penggunaan yang luar biasa serta kemampuan pengecasan pantas [1], honor 7 merupakan teman ideal bagi mereka yang sentiasa terhubung dan sentiasa aktif.

Kehebatan multimedia untuk membebaskan kreativiti dalaman anda

Kemampuan multimedia hebat daripada honor 7 sebahagiannya disokong oleh kamera belakang 20 MPnya, yang dikuasakan oleh sensor Sony IMX 230 dan teknologi fokus pantas PDAF honor yang membolehkan lensa apertur f/2.0nya merakam imej dalam keadaan cahaya malap dengan jelas sepantas 0.1 saat. Kamera hadapan 8MP pula menawarkan lensa apertur f/2.4 bersudut lebar dan denyar LED terbina dalam. Dilengkapi dengan kemampuan peningkatan imej honor 7 dan ciri panorama, ia merupakan alat yang tepat untuk mengambil gambar selfie mahupun groufie.

Bagi mereka yang gemarkan kreativiti, honor 7 menawarkan pelbagai penapis terperibadi, sementara mod Good Food menjadikan rakaman gambar makanan secara profesional diambil dengan begitu mudah. Peranti ini turut dilengkapi dengan kemampuan lukisan cahaya berevolusi yang membolehkan pengguna melakar imej artistik yang ceria.

Reka bentuk intuitif dan kefungsian pintar

Dibina untuk mendefinisikan semula pengalaman internet mudah alih, honor 7 menawarkan kemampuan pintar luar biasa yang dibantu oleh kekunci pintarnya, satu butang tambahan yang terletak di sebelah kiri peranti yang dapat digunakan untuk carian Google pantas semasa bergerak. Pembaca cap jari yang berkedudukan sempurna pada belakang peranti itu turut berfungsi sebagai picu kamera, membolehkan pengguna merakam gambar selfie tanpa perlu mengubah kedudukan honor 7.

Bagi kemudahan tambahan, honor menawarkan ciri-ciri suara intuitif, seperti kemampuan untuk dibangunkan dengan arahan ditetapkan, seperti "Dear honor". Ikuti arahan tersebut dengan "di mana anda" dan peranti itu akan memanggil anda untuk menunjukkan kedudukannya.

honor 7 turut menjadikan rakaman gambar skrin lebih mudah dengan ciri sentuhan ruas jarinya, membolehkan pengguna hanya menyentuh skrin dua kali dengan ruas jari mereka untuk rakaman skrin penuh yang segera.

Ketersediaan dan Aksesori

honor 7 akan disediakan dengan dua warna, Kelabu Misteri serta Perak Fantasi, dan dijual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Belanda dan Finland, dengan pasaran lain bakal mengiringi pada harga runcit disyorkan oleh honor bernilai 349.99 euro.

Latar Belakang honor

honor merupakan e-jenama peranti mudah alih utama kumpulan Huawei. Selari dengan slogannya, "honor, untuk yang berani", jenama ini telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan warga digital melalui produk-produk internet dioptimumkan yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, mengilhamkan tindakan, menggalakkan kreativiti serta memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan ini, honor telah membezakan kedudukannya dengan menunjukkan keberanian untuk melakukan sesuatu secara berbeza dan mengambil langkah yang perlu untuk menyediakan teknologi serta inovasi terkini untuk para pelanggannya.

[1] Pengecas pantas dijual secara berasingan

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150828/8521505573

Source: honor
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Expansion New products/services