omniture

JA Solar bakal Bekalkan 70 MW Modul kepada Moree Solar Farm Australia

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-08-31 09:49 355

SHANGHAI, 31 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) (JA Solar), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan Moree Solar Farm (MSF) 70 MW Australia telah mula memasang kumpulan modul solar yang disediakan oleh JA Solar sejak Jun. Sebagai pembekal eksklusif MSF, JA Solar akan terus menghantar modul JAP6-315 dan JAP6-310 untuk memenuhi semua keperluan modul 70 MW. Awal tahun ini, MSF telah diiktiraf oleh IJ Global sebagai transaksi solar terbaik 2014 di rantau Asia Pasifik. Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan, pencapaian dan inovasi dalam tenaga dan pembiayaan infrastruktur.

MSF terletak 10 km di selatan Moree, di bahagian utara New South Wales. Projek ini dimiliki oleh Fotowatio Renewable Ventures ("FRV"). Pembiayaan projek yang berjumlah $164 juta, termasuk geran $102 juta daripada Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Australia (Australian Renewable Energy Agency) dan $47 juta pembiayaan hutang daripada Clean Energy Finance Corporation, telah terkumpul pada Ogos 2014, manakala pembinaan ladang tersebut bermula pada November 2014.

Andrea Fontana, Pengurus Negara Australia FRV, mengulas, "Moree Solar Farm kini merupakan ladang solar terbesar yang sedang dibangunkan di Australia. Setelah siap, MSF akan menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk menjana hampir 15,000 buah rumah di New South Wales dan mengurangkan hampir 95,000 tan pencemaran karbon setiap tahun. Selain itu, ia akan mewujudkan lebih 100 pekerjaan dalam tempoh pembinaannya."

Xie Jian, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi JA Solar, menambah, "Permintaan dalam pasaran Australia selama ini telah tertumpu kepada solar atas bumbung untuk kegunaan kediaman. Sebagai pembekal utama modul PV di Australia, JA Solar telah menumpukan dalam menyediakan modul silikon monokristal dan polikristalnya yang amat cekap untuk pemasangan atas bumbung dalam pasaran ini. Kini, kami berbesar hati kerana dapat menyaksikan bukan sahaja projek berskala besar seperti Moree Solar Farm di Australia, tetapi juga menjadi penyumbang penting kepada projek ini. Kami yakin pelancaran MSF akan bertindak sebagai asas untuk peluang berpotensi bagi menjalinkan kerjasama dalam lebih banyak projek solar berskala besar di Australia pada masa akan datang."

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO

Sumber: JA Solar Holdings Co., Ltd.

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services