omniture

Hisense Lancarkan TV Pintar Melengkung 4K ULED(TM) Siri H10 - Kategori 65"

Hisense
2015-08-31 10:23 436

NEW YORK, 31 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Hisense melancarkan TV Pintar Melengkung Hisense 4K ULED Siri H10 - Kategori 65" dalam satu acara yang diadakan di Edison Ballroom dan dihoskan oleh pengulas NBC Sports, Leigh Diffey. ULED merupakan teknologi paparan LCD yang mencetus perubahan, daripada syarikat elektronik China itu.

Sewaktu pembentangan itu, Hisense menjelaskan yang TV ULED dihasilkan untuk bersaing dengan kualiti gambar TV OLED dan TV SUHD® pada harga lebih rendah.

TV ULED 4K Melengkung itu menawarkan rangkaian dinamik yang luas untuk imej yang lebih terperinci, jelas dan tajam. Teknologi kawalan cahaya belakangnya menawarkan kawalan kecerahan merentasi 240 zon dan bukan untuk keseluruhan paparan. Dengan "puncak Pintar", ULED Hisense itu mempertingkatkan masa respons hitam ke hitam dan membenarkan cahaya belakang LED merangsang kecerahan puncak bagi zon tertentu. Tambahan lagi, TV ULED 4K Melengkung itu mempunyai peningkatan imej medan gelap yang menyerlahkan butiran cerak tertentu dalam kawasan gelap bagi sesebuah imej seterusnya menghasilkan gambar yang lebih tampak hidup pada skrin.

TV ULED 4K Melengkung itu menampilkan teknologi Filem Peningkatan Titik Kuantum (QDEF) 3M™ yang menghasilkan lebih 100% daripada standard warna semasa yang menghasilkan julat warna yang lebih pelbagai, untuk warna dan tona yang lebih diperkaya, lebih terang, serta lebih luas. Ini mempertingkatkan julat warna pada skrin dan membenarkan pengguna melihat lebih banyak warna berbanding sebelum ini.

Dengan resolusi 3840x2160 dan kadar segar semula 120Hz, TV ULED 4K Melengkung memaparkan paparan dengan butiran terperinci atas skrin, menghasilkan gambar yang lebih lancar dan memberi pengguna pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan dengan rekaan mewah dalam keselesaan kediaman mereka sendiri.

Semasa menghasilkan TV itu, Hisense menambah lengkungan pada skrin itu untuk menyamai lengkungan mata anda lalu memberikan lebih kedalaman serta sudut tontonan. Lengkungan itu mempertingkatkan kualiti gambar dan memberikan pengalaman hiburan rumah mirip pawagam sebenar.

"Di Hisense, kami sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan teknologi inovatif bagi memastikan produk-produk kami berada di barisan hadapan dalam dunia yang sentiasa berubah," kata Dr. Lin Lan, Naib Presiden Eksekutif Hisense Group, dan Pengurus Besar Hisense International Co., Ltd. "Kami berbangga kerana dapat mempamerkan TV ULED 4K Melengkung kami dan kami percaya ia akan memberi pelanggan kami kualiti tinggi yang mereka inginkan pada harga yang berpatutan."

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services Trade show news