omniture

SIWI Gesa Perunding Ketengahkan Isu Air dalam Perjanjian Iklim

Stockholm International Water Institute
2015-08-31 10:31 346

STOCKHOLM, 31 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Minggu Air Sedunia telah tamat pada hari Jumaat, dengan SIWI menggesa para perunding iklim untuk memastikan air disepadukan secara menyeluruh dalam perjanjian iklim global 2015. 

Minggu Air Sedunia - bertemakan Air untuk Pembangunan - telah menarik seramai 3,300 orang peserta dari 125 buah negara, mewakili kerajaan, ahli-ahli akademik, masyarakat umum, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, sektor swasta, dan banyak lagi. Kedua-dua Minggu Air Sedunia dan Anugerah Air Stockholm meraikan jublinya yang ke-25.

Pengarah Eksekutif SIWI, Torgny Holmgren merumuskan suara Minggu itu apabila berkata: "air menghubungkan semua aspek dalam perubahan iklim. Perubahan iklim adalah perubahan air."

Impak perubahan iklim dirasai melalui air, dengan banjir, pola hujan yang tidak menentu, kemarau berpanjangan, dan lain-lain kejadian cuaca yang melampau.

Menteri Iklim dan Alam Sekitar serta Timbalan Perdana Menteri Sweden, Dr Åsa Romson, mengulangi mesej SIWI: "Jika air tidak diuruskan dengan betul dan pengurusan sumber air tidak disepadukan dengan baik dalam usaha iklim, impak iklim akan mendatangkan kesan signifikan kepada masyarakat kita - ia merupakan cabaran untuk semua negara."

Dr Benedito Braga, Setiausaha Negeri bagi Kebersihan dan Sumber Air untuk negeri São Paulo di Brazil dan Presiden Majlis Air Sedunia, berkata "Keselamatan air mungkin merupakan cabaran terbesar kepada manusia pada abad ini."

Dalam rayuan yang bersungguh-sungguh kepada para perunding di Paris, Presiden Kepulauan Marshall, Christopher J Loeak, berkata, beliau tidak pasti sekiranya beliau berani mengharapkan kenyataan yang jelas dalam perjanjian iklim itu. Namun begitu, beliau menjangkakan dunia bakal melakukan ikrar bersejarah yang bukan sahaja akan menyelamatkan negaranya, tetapi juga dunia.

"Hal ini merupakan satu perkara yang amat penting untuk menyepadukan dan menangani isu air dalam wacana iklim global, sementara Minggu Air Sedunia menjadi platform yang penting dalam perbincangan yang kolaboratif ini untuk Paris," simpul Menteri Minister Åsa Romson.

Sepanjang Minggu itu, tiga hadiah telah dianugerahkan. Anugerah Air Industri Stockhom telah diberikan kepada syarikat berpangkalan di Colorado, CH2M. Anugerah Air Junior Stockholm telah dianugerahkan kepada Perry Alagappan dari AS, oleh Y.M. Puteri Mahkota Victoria dari Sweden. Anugerah Air Stockholm telah diberikan kepada Rajendra Singh oleh D.Y.M.M Carl XVI Gustaf, Raja Sweden.

Gambar dan video: http://www.siwi.org/mediahub

Latar Belakang Institut Air Antarabangsa Stockholm (SIWI) http://www.siwi.org

Latar Belakang Minggu Air Sedunia: http://www.worldwaterweek.org
Sumber akhbar: http://www.worldwaterweek.org/pressroom

Hubungi: Britt-Louise Andersson, Pengarah Komunikasi, SIWI, britt-louise.andersson@siwi.org

Sumber: Stockholm International Water Institute

Source: Stockholm International Water Institute
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities Water Utilities Conservation/Recycling