LONDON, 1 September 2015 /PRNewswire/ -- Hasil dua tahun yang pertama daripada Daftar Antigumpal Global dalam Lapangan - Pemfibrilan Atrium (GARFIELD-AF) yang dibentangkan semasa di Kongres ESC 2015 mendedahkan bahawa semua punca kematian merupakan kejadian besar yang paling kerap berlaku dalam kalangan lebih 17,000 orang pesakit yang baru didiagnosis dengan AF, jauh melebihi kadar angin ahmar atau pendarahan parah. Hasil prospektif dua tahun ini daripada kohort 1 dan 2 menunjukkan kadar mortaliti adalah sebanyak 3.83% setiap orang setahun berbanding kadar angin ahmar sebanyak 1.25% setiap orang setahun dan kadar pendarahan parah adalah sebanyak 0.70% setiap orang setiap tahun. [1]
Tambahan hasil satu tahun daripada lebih 28,000 orang pesakit AF dalam kohort 1-3, menunjukkan kemungkinan kesan daripada komorbiditi ke atas risiko mortaliti, angin ahmar dan pendarahan parah yang meningkat. Pesakit yang menghidap penyakit ginjal sederhana hingga parah serta mereka yang mempunyai sejarah penginfarkan miokardium mempunyai kadar mortaliti yang lebih tinggi berbanding seluruh populasi (masing-masing 9.4% dan 6.9%, dibandingkan dengan 4.0%).[1] "Data daripada daftar GARFIELD-AF ini menunjukkan kepentingan komorbiditi dalam meramal keputusan pesakit dan boleh menawarkan panduan kepada pakar perubatan dalam merawat AF," kata Profesor Sam Goldhaber daripada Kolej Perubatan Harvard dan Hospital Brigham and Women. "Keputusan ini mencadangkan pakar perubatan patut mempertimbangkan untuk meningkatkan preskripsi antigumpal dalam kalangan pesakit AF dengan semua komorbiditi ini."
Maklumat daripada hampir 40,000 orang pesakit dengan AF merentasi empat kohort GARFIELD-AF berturutan itu dari tahun 2010 hingga 2015 menunjukkan peralihan dalam cara AF dirawat di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, para pesakit yang memulakan rawatan antigumpal bagi tujuan pencegahan angin ahmar meningkat daripada 57.4% hingga 71.1%. Penggunaan antagonis vitamin K (VKA) dan antiplatelet (secara bersama atau berasingan) menurun daripada 83.4% menjadi 50.6%, sementara penggunaan antigumpal oral antagonis bukan vitamin K (NOAC) dengan atau tanpa antiplatelet meningkat daripada 4.1% menjadi 37.0%.[1] "Perubahan dalam corak rawatan ini adalah sejajar dengan penggunaan terapi inovatif untuk mencegah angin ahmar," kata Profesor Ajay Kakkar, Profesor Bedah di Kolej Universiti London dan Pengarah Institut Penyelidikan Trombosis. "Namun begitu, cabaran yang masih kekal adalah bagi memastikan pesakit yang betul menerima terapi yang bersesuaian."
Profesor John Camm daripada Universiti St George, London menghuraikan lagi tentang corak rawatan yang didedahkan dalam GARFIELD-AF: "Walaupun kami melihat satu peningkatan dalam penggunaan terapi antipenggumpalan yang sesuai, GARFIELD-AF menunjukkan kepelbagaian yang ketara dalam kadar penyerapan NOAC antara negara. Analisis dalam kalangan lebih 20,000 orang pesakit yang baru didiagnosis dengan AF di seluruh Eropah daripada kohort 1-3 menunjukkan yang kepelbagaian ini berjulat antara 2.6% hingga 58.0%.[2] Maklumat berterusan yang dikumpul merentasi negara dan ketetapan penjagaan berbeza akan membantu pakar klinikal memahami dengan lebih baik cara untuk mempertingkat penjagaan dan hasil bagi pesakit AF."
GARFIELD-AF merupakan pendaftaran bakal berterusan terbesar pesakit AF yang baru didiagnosis dan sekurang-kurangnya satu faktor risiko angin ahmar tambahan. Pemahaman dunia sebenar berterusan yang sedang dikumpul daripada Daftar GARFIELD-AF kini ditukarkan menjadi bukti daripada dunia sebenar yang membantu memaklumkan dan mengenal pasti bidang yang boleh terus diusahakan oleh komuniti perubatan untuk memperbaiki hasil pesakit.
Tambahan data GARFIELD-AF di rantau serta populasi pesakit tertentu telah dibentangkan semasa Kongres ESC 2015:
Kawalan antagonis Vitamin K di Asia Timur dan Asia Tenggara[3]
Maklumat daripada GARFIELD-AF menunjukkan bacaan INR yang kurang, sela masa lebih lama antara bacaan dan nilai INR lebih rendah di Asia Timur dan Asia Tenggara (n=3,627) berbanding dengan negara-negara di rantau lain di dunia (n=13,546). Bagi kalangan pesakit yang baru didiagnosis AF yang menerima VKA di Asia Timur dan Asia Tenggara, keputusan menunjukkan:
Angin ahmar, pendarahan parah, dan mortaliti dalam pemfibrilan atrium yang baru didiagnosis dengan penyakit ginjal kronik sederhana hingga parah: keputusan daripada GARFIELD-AF[4]
Keputusan satu tahun daripada 17,159 orang pesakit dengan AF menunjukkan perbezaan antara pesakit dengan penyakit ginjal kronik sederhana hingga parah (n=1,760) dan mereka yang tidak menghidap atau mengalami penyakit ginjal kronik sederhana (n=15,399):
Latar belakang Daftar GARFIELD-AF
GARFIELD-AF merupakan satu inisiatif penyelidikan akademik bebas, dipimpin oleh jawatankuasa pandu antarabangsa yang dinaungi oleh Institut Penyelidikan Trombosis (TRI), London, United Kingdom.
Inisiatif ini merupakan kajian pemerhatian, berbilang pusat, antarabangsa bagi pesakit yang baru didiagnosis dengan AF. Ia akan mengikuti 57,000 orang pesakit daripada sekurang-kurangnya 1,000 pusat di 35 buah negara di negara-negara benua Amerika, Eropah Timur dan Barat, Asia, Afrika serta Australia. Hampir 45,000 orang pesakit telah direkrut dalam empat kohort berturutan antara Disember 2009 dan Julai 2015. Kohort kelima dan terakhir akan memulakan pengambilan pada awal Ogos 2015.
Pemahaman semasa AF adalah berdasarkan data yang dikumpul dalam percubaan klinikal terkawal. Walaupun ia penting untuk menilai keberkesanan dan keselamatan rawatan baharu, percubaan ini tidak mewakili amalan klinikal harian, oleh itu, ketidakpastian masih wujud tentang beban dan pengurusan kehidupan sebenar bagi penyakit ini. GARFIELD-AF ingin menyediakan pemahaman tentang impak terapi antigumpal ke atas komplikasi tromboembolus dan komplikasi pendarahan yang dilihat dalam populasi pesakit ini. Ia akan menyediakan pemahaman yang lebih baik tentang peluang yang mungkin wujud bagi memperbaiki penjagaan dan hasil klinikal antara kumpulan pesakit berperwakilan, berkepelbagaian dan merentasi populasi berbeza. Ini seharusnya membantu pakar perubatan dan sistem penjagaan kesihatan untuk menggunakan inovasi dalam cara yang sesuai bagi memastikan hasil yang terbaik untuk para pesakit dan populasi.
Daftar itu dimulakan pada Disember 2009. Empat ciri rekaan utama bagi protokol GARFIELD-AF yang memastikan gambaran yang menyeluruh dan mewakili AF adalah:
Pesakit yang terlibat mestilah telah didiagnosis dengan AF bukan-injap dalam tempoh 6 minggu sebelumnya dan mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko tambahan angin ahmar; oleh itu mereka menjadi calon berpotensi untuk terapi antigumpal bagi mencegah darah beku yang akan menyebabkan angin ahmar. Terpulang kepada penyelidik untuk mengenal pasti faktor (atau faktor-faktor) risiko angin ahmar seseorang pesakit, yang tidak perlu dihadkan kepada hanya yang berada dalam skor risiko yang telah ditetapkan. Pesakit akan dimasukkan sekali sama ada mereka menerima terapi antipenggumpal atau tidak, makan, strategi dan kegagalan rawatan semasa dan pada masa depan boleh difahami dengan baik berhubung dengan profil risiko tersendiri pesakit.
Daftar GARFIELD-AF dibiaya oleh geran penyelidikan tanpa-had daripada Bayer Pharma AG (Berlin, Jerman).
Beban AF
Sehingga 2% daripada populasi global menghidap AF.[5] Kira-kira 10 juta orang di Eropah[6], 5.1 juta orang di Amerika Syarikat[7] dan sehingga 8 juta orang di China menghidap AF.[8],[9] Dianggarkan prevalens ini akan bertambah sekurang-kurangnya 2.5 kali ganda menjelang tahun 2050[10] ketika populasi global meningkat usia[11]. AF memberi peningkatan lima kali ganda dalam risiko angin ahmar, [12] dan satu daripada lima bagi semua kes angin ahmar berlaku disebabkan oleh aritmia ini.[13] Angin ahmar iskemik yang berkait dengan AF selalunya membawa maut, dan pesakit yang selamat biasanya akan menjadi kurang upaya dengan lebih kerap dan teruk serta berkemungkinan besar akan mengalami serangan berulang berbanding pesakit dengan punca angin ahmar lain. Akibatnya, risiko kematian daripada angin ahmar berkaitan AF meningkat dua kali ganda dan kos penjagaan akan meningkat sebanyak 50%.[14]
AF berlaku apabila sebahagian atrium mengeluarkan isyarat elektrik yang tidak selaras. Ini menyebabkan ruang jantung mengepam terlalu cepat, dan tidak sekata, lalu tidak membenarkan darah dipam keluar sepenuhnya.[15] Akibatnya, darah akan bertakung, membeku, dan menyebabkan trombosis, yang merupakan pembunuh kardiovaskular nombor satu di dunia.[16] Jika darah beku keluar daripada atrium kiri, ia boleh tersekat dalam arteri bahagian tubuh yang lain, termasuk otak. Darah beku dalam arteri pada bahagian otak akan menyebabkan serangan angin ahmar. Sembilan puluh dua peratus daripada angin ahmar yang membawa maut terjadi disebabkan oleh trombosis.[17] Pesakit AF juga berisiko tinggi mengalami kegagalan jantung, kelesuan kronik, dan masalah ritma jantung lain.[18] Angin ahmar merupakan punca utama kematian serta ketidakupayaan jangka masa panjang di seluruh dunia - setiap tahun, 6.7 juta orang mati[16] dan 5 juta orang cacat kekal akibat daripadanya.[19]
Latar Belakang TRI
TRI merupakan sebuah yayasan amal dan institut penyelidikan berbilang disiplin yang dikhususkan untuk kajian trombosis dan kecelaruann berkaitan. Misi TRI adalah untuk menyediakan kecemerlangan dalam penyelidikan dan pendidikan trombosis, untuk membangunkan strategi-strategi baharu bagi mencegah serta merawat trombosis yang seterusnya memperbaiki kualiti penjagaan, memajukan hasil klinikal, dan juga mengurangkan kos penjagaan kesihatan. TRI merupakan ahli Rangkaian Sains Kesihatan Akademik Rakan Kongsi Kolej Universiti London.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.tri-london.ac.uk/garfield.
________________________
Institut Penyelidikan Trombosis London
Bangunan Emmanuel Kaye
Manresa Road
Chelsea
London SW3 6LR
Sumber: Thrombosis Research Institute