JACKSONVILLE, Florida, 2 September 2015 /PRNewswire/ -- APR Energy plc (LSE:APR), peneraju global bagi penyelesaian kuasa pantas, berbesar hati mengumumkan projek 102MW di Myanmar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Loji Terbaik 2015 oleh majalah POWER dalam kategori berkuasa gas.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150901/262631
Loji kuasa 102MW Kyaukse APR Energy terletak di selatan Mandalay, sebuah bandar kedua terbesar di negara itu yang mana hampir 42 juta orang tidak mendapat akses kepada tenaga elektrik. Loji segera itu telah dibangunkan dalam masa hanya 90 hari dan merupakan salah satu loji terma terbesar di negara itu, membekalkan kuasa yang mencukupi bagi memenuhi keperluan lebih enam juta orang. Dijana oleh sumber gas asli semula jadi Myanmar, loji itu menampilkan modul kuasa gas mudah alih emisi rendah Cat® generasi terkini dan menawarkan salah satu penyelesaian penjanaan kuasa terbersih di Myanmar.
"Kami amat berbesar hati apabila dinamakan sebagai pemenang Anugerah Loji Terbaik oleh majalah POWER. Myanmar merupakan sebuah ekonomi yang berkembang pantas dengan potensi hebat," kata Clive Turton, pengarah urusan APR Energy rantau Asia Pasifik. "Loji kami di Kyaukse menyediakan negara ini dengan akses kepada bekalan elektrik yang andal, membantu mengisi kekosongan kuasa kritikal yang mana tiga perempat daripada populasi tidak mendapat akses kepada bekalan elektrik yang andal."
"Kejayaan loji itu mencerminkan usaha bersungguh-sungguh oleh kakitangan dan kontraktor kami – yang kebanyakannya merupakan penduduk tempatan – untuk membangunkan dan mengendalikan kemudahan ini dalam masa hanya 90 hari selepas pemeteraian kontrak, serta komitmen hebat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh kerajaan Myanmar. Hal ini menunjukkan faedah segera yang dapat diberikan oleh penyelesaian kuasa pantas ini seperti yang kami sediakan dalam membantu negara-negara membangun mengembangkan ekonomi mereka dan meningkatkan kualiti hidup rakyat mereka," tambah Turton.
Kontrak bagi loji tersebut, yang telah ditandatangani pada Februari 2014, merupakan perjanjian pertama yang dimeterai antara syarikat yang berpangkalan di A.S. dan kerajaan Myanmar bagi tujuan penjanaan kuasa sejak penghapusan sekatan. APR Energy dianugerahkan kontrak itu kerana kemampuannya menyempurnakan projek dalam tempoh masa yang mencabar dan kecekapan teknologi penjanaan kuasanya. Setelah menghasikan kapasiti penjanaan permulaan sebanyak 82MW pada April 2014, APR Energy telah memasang 20MW tambahan semasa suku pertama tahun 2015 untuk mengimbangi pengurangan kuasa hidro semasa musim kering tahunan pada musim bunga. Klik di sini untuk menonton video pendek tentang projek tersebut.
Latar Belakang APR Energy
APR Energy merupakan penyedia utama di peringkat dunia bagi kuasa turbin mudah alih yang pantas. Penyelesaian pantas, fleksibel dan khidmat penuh kami memberikan pelanggan dengan akses pantas kepada tenaga elektrik andal di mana-mana dan pada bila-bila masa diperlukan, selama mereka memerlukannya. Menggabungkan teknologi canggih dan menjimatkan bahan bakar dengan kepakaran yang menerajui industri, loji segera kami yang besar membantu mengurus bandar-bandar, negara-negara dan industri-industri di seluruh dunia, dalam pasaran negara maju serta membangun. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.