omniture

Panduan Lengkap untuk Festival Teater Wuzhen

Wuzhen Tourism Co., Ltd.
2015-09-03 07:25 409

WUZHEN, China, 3 September 2015 /PRNewswire/ -- Festival Teater Wuzhen kali ke-3 akan diadakan mulai 15 hingga 24 Oktober. Pihak jawatankuasa telah mengeluarkan satu panduan lengkap untuk membantu para pelawat menikmati Festival Teater tersebut.

Festival Teater Wuzhen mempersembahkan 73 persembahan menarik daripada 12 buah negara dan daerah tahun ini. Nibelungen! The Ring Cycle, persembahan oleh Teater Thalia, Hamburg, adalah salah satu drama atas pentas paling luar biasa yang menggabungkan skrip pentas, iaitu daripada penulis drama terkenal Jerman, Hebbel, dan juga penulis kontemporari persembahan moden berinspirasikan mitos kuno dan legenda, Wagner. Ini merupakan peluang keemasan untuk menghayati persembahan yang berlangsung selama tujuh jam setengah ini. Pementasan akan dipersembahkan hanya pada 20 dan 21 Oktober.

Selain itu, pengarah Peter Brook, Pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Tony, Presiden Kehormat untuk Festival Teater Wuzhen ke-3, akan membawakan hasil terbaharu beliau, The Valley of Astonishment, pada 23 dan 24 Oktober.

Wuzhen telah menyiarkan semua maklumat persembahan melalui laman sesawang rasminya supaya para pelawat festival dari serata dunia dapat merancang lawatan mereka.

Lima kategori lawatan disusun khas untuk dipilih pelawat: Pelan Grand Slam yang membolehkan pelawat menikmati persembahan sebanyak mungkin, Pelan Terkenal Kumpulan, Pelan Avant-garde yang mengandungi persembahan baharu terbanyak, Pelan Komedi mengandungi semua persembahan komedi yang dilakonkan di atas pentas, serta Pelan Hujung Minggu yang disuaikan khusus untuk pelawat yang hanya boleh melawat Wuzhen pada hari minggu. Para pengunjung juga boleh merancang tempat makan, tempat menginap, dan pengangkutan secara dalam talian seterusnya merancang lawatan teater unik mereka sendiri.

"Pada masa kini, maklumat dipindahkan dengan pantas. Sebagai pelopor trend ini, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyampaikan semua maklumat yang diminta sepantas mungkin demi memberikan pengalaman pengembaraan yang lebih baik," kata Chen Yu, Pengarah Urusan untuk Festival Teater Wuzhen.

Untuk mendapatkan jadual Festival Teater Wuzhen ke-3, sila lawati:
http://www.wuzhenfestival.com/en/Schedule.aspx

Untuk maklumat lanjut tentang Festival Teater Wuzhen, sila lawati: www.wuzhenfestival.com, atau dail: +86-573-8873-2588

Latar Belakang Festival Teater Wuzhen

Festival Teater Wuzhen 2015 akan berlangsung di pekan terapung berusia 1,300 tahun, Wuzhen, sejam perjalanan dari Shanghai. Tema festival tahun ini ialah Pancaran, melambangkan pewarisan seni dan budaya sebagai cara untuk memupuk seni kretif dalam kalangan generasi muda. Kebanyakan persembahan akan diadakan di Panggung Besar Wuzhen dan Teater Laman Purba yang bersejarah di pekan ini.

Source: Wuzhen Tourism Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel