omniture

Cat® Phones Lancarkan Telefon Pintar Cat® S30 Baharu Secara Eksklusif di Showstoppers, IFA 2015

Cat phones
2015-09-04 00:00 478

BERLIN, 4 September, 2015 /PRNewswire/ -- Tambahan terkini kepada portfolio mudah alih lasaknya yang pelbagai - Cat® S30 - Dibina Tahan Lasak  

Cat® phones hari ini melancarkan telefon pintar Cat® S30 yang lasak - sebuah telefon lasak mampu milik yang menawarkan ciri-ciri lasak dalam rekaan mudah dipegang tanpa gelincir.

Telefon pintar itu, digambarkan sebagai "dibina lasak", merupakan hasil penyelidikan meluas dalam kalangan tukang profesional dan pengguna telefon Cat sedia ada, yang 69% daripadanya menyatakan persekitaran kerja menjadi faktor ke atas keputusan mereka untuk membeli telefon lasak. [1]

Bagi menangani keperluan ini, Cat S30 telah dibina untuk kerjaya lasak dan meneruskan warisan Caterpillar dalam mengeluarkan produk yang berketahanan dan berkualiti. Menampilkan ciri-ciri lasak yang hebat dalam keseluruhan rekaannya, S30 menyertakan segalanya daripada badan mudah dipegang dan bahan berkekuatan tinggi yang memiliki pensijilan IP68 dan Mil SPEC 810G. Telefon lasak kalis air ini juga menampilkan hayat bateri yang panjang dan teknologi fungsi bersarung tangan serta didatangkan dengan versi terkini Android™ (Lollipop).

"Dengan semakin banyak syarikat beralih kepada mudah alih, amat penting bagi telefon pintar memenuhi tuntutan yang berkaitan dengan tugasan sepanjang hari dan S30 memenuhi keperluan sesiapa yang bekerja dalam persekitaran mencabar," kata Oliver Schulte, Ketua Pegawai Eksekutif, Bullitt Mobile. "Sebagai salah satu telefon Cat generasi baharu, ia turut merapatkan jurang antara telefon ciri dan pintar, hasil daripada butang navigasi fizikal yang disertakan bersama skrin sentuh 4.5" pada harga yang mampu dimiliki."

Ciri-ciri penting Cat S30 termasuk:  

Bateri Berkapasiti Besar
Kalis Jatuhan sehingga 1.8 Meter
Kalis Air, Debu dan Hentakan
Teknologi Berfungsi Sarung Tangan
Teknologi Penjejakan Jari Basah
Tahan Minyak & Gris, Bahan Berkekuatan Tinggi
Skrin Corning® Gorilla® Glass 3

Bullitt Group akan mempamerkan Cat S30 di meja B06, antara jam 6 - 9 malam di acara Showstoppers pada 3 September 2015.

--------------------------------------------------

1. Tinjauan Pengguna Telefon Lasak Cat, Jun 2015

Dijual pada harga 329 EURO, S30 akan tersedia mulai September, maklumat lanjut boleh didapati di http://www.catphones.com

Untuk melihat imej, kunjungi: https://www.dropbox.com/sh/qvxzhmuec0g17lw/AABco5JszaTsYOu_5xDmWoBxa?dl=0

Latar belakang peranti dan aksesori Cat:

Jenama Cat melambangkan kepercayaan, ketahanan, keandalan dan kualiti. DNA Cat terdapat dalam setiap telefon mudah alih dan aksesori Cat yang ditawarkan oleh Bullitt Mobile Ltd. dan memberikan pengalaman tanpa batasan dengan mobiliti mantap. Suatu produk baharu telah dihasilkan untuk komunikasi tanpa wayar yang memenuhi pelbagai keperluan kehidupan yang mencabar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon dan aksesori Cat®, kunjungi http://www.catphones.com

Latar Belakang Bullitt Group 

Diasaskan pada tahun 2009 oleh Colin Batt, David Floyd dan Richard Wharton, Bullitt mereka bentuk, mengilangkan, memasarkan dan menjual peranti elektronik pengguna melalui kerjasama dengan jenama-jenama global. Ia merupakan pemegang lesen Caterpillar Inc. untuk peranti mudah alih dan aksesori 'lasak' serta Ministry of Sound dan Ted Baker untuk produk audio. Berpangkalan di Reading, produk-produk Bullitt dijual di lebih 60 buah negara dan Syarikat itu hadir dalam pasaran-pasaran penting di seluruh dunia termasuk Taiwan, Taipei, UK dan AS.

Pada Julai 2015, Bullitt Group telah dinamakan sebagai salah sebuah syarikat paling cepat berkembang di UK, tersenarai pada kedudukan ke-7 dalam The Sunday Times HSBC International Track 200

http://www.catphones.com

Source: Cat phones
Keywords: