omniture

Huawei Bekerjasama dengan Southern Cross University Australia Bina 'Pendidikan yang Lebih Terhubung'

Sidang kemuncak pendidikan menangani trend dan cabaran yang membentuk masa depan pendidikan
Huawei
2015-09-06 09:41 415

GOLD COAST, Australia, 4 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- Huawei, dengan kerjasama Southern Cross University (SCU), menganjurkan Sidang Kemuncak Pendidikan 2015 di Gold Coast, Australia. Acara yang berlangsung selama dua hari itu, yang bermula pada 3 September, bertemakan "Membina Pendidikan yang Lebih Terhubung" dan berfungsi sebagai forum perbincangan penting untuk menangani trend serta cabaran membentuk masa depan pendidikan dalam era digital. Lebih seratus lima puluh orang telah hadir, termasuk para pentadbir Jabatan Pendidikan dan Latihan di Queensland, wakil-wakil penganalisis industri kanan daripada IDC, wakil-wakil kanan bagi rakan kerjasama Huawei serta para pelanggan daripada industri pendidikan seperti Peking University dan Blackboard, selain pakar-pakar dan ahli-ahli akademik yang mengkhusus dalam pendidikan digital dari serata dunia.

Profesor Peter Lee, Naib Canselor SCU, membuat pembentangan di sidang kemuncak itu.
Profesor Peter Lee, Naib Canselor SCU, membuat pembentangan di sidang kemuncak itu.

"Teknologi maklumat kian mengubah cara kita mengajar, belajar dan mentadbir dalam dunia pendidikan. Di Huawei, kami komited untuk berkolaborasi dengan para pelanggan dan rakan-rakan kerjasama dalam industri ini untuk membangunkan seni bina ICT pintar, tangkas dan inovatif yang diperlukan bagi mewujudkan pendidikan yang lebih terhubung," kata En. Dong Wu, Naib Presiden Jabatan Jualan Penyelesaian Rangkaian Perusahaan, Enterprise Business Group, Huawei.

Mengulas tentang topik tersebut, Massimiliano Claps, Ketua Penyelidikan Kerajaan, Kesihatan dan Pendidikan, IDC EMEA, berkata: "Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tradisional kini digantikan dengan kaedah pembelajaran hibrid dan pelbagai yang melaluinya, para pelajar menjadi tumpuan khusus bagi proses pembelajaran itu. Guru-guru bukan lagi sekadar pensyarah dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada bilik darjah. Dengan transformasi digital, pembelajaran dalam talian yang terperibadi semakin mendapat momentumnya."

Apabila merujuk kepada rangkaian baharu yang dibina melalui kerjasama dengan Huawei di SCU, Naib Canselor, Profesor Peter Lee berkata, "SCU merupakan institusi dengan berbilang kampus. Kami perlu mengemas kini kemudahan rangkaian kami untuk memenuhi jangkaan pelajar, termasuk penggunaan peranti mudah alih di kampus, selain kemampuan untuk mengadakan sidang video di seluruh kampus kami. Dengan Huawei, SCU akan membina rangkaian yang tangkas dan andal untuk memberikan pengajar serta pelajar dengan akses rangkaian pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Keterhubungan internet dan pemindahan data berkelajuan tinggi akan turut meningkatkan operasi serta pengurusan harian. Infrastruktur rangkaian yang maju akan menjadi bahagian penting dalam memacu perkembangan SCU pada masa depan."

Sue Bryant, Pengarah Pemasaran Penyelesaian ICT, Huawei South Pacific, berkata: "Penyelesaian kampus pintar Huawei direka untuk menyepadukan pelbagai sumber pendidikan di kampus-kampus melalui rangkaian tangkas yang dapat disesuaikan dengan mudah bagi memenuhi keperluan yang berbeza. Penyelesaian ini membolehkan pelanggan meningkatkan keandalan dan kestabilan sistem maklumat mereka dan mengurangkan operasi rangkaian serta tekanan penyelenggaraan -- dan seterusnya kos -- dengan memanfaatkan pengurusan maya. Kami menjangka teknologi ICT ini akan meningkatkan kecekapan pembelajaran dengan drastik dan membantu memacu transformasi bagi seluruh industri."

Seiring dengan fokus berterusannya terhadap inovasi infrastruktur ICT, Huawei beriltizam untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kerjasama dan para pelanggan bagi menyediakan institusi-institusi pendidikan rendah, universiti-universiti dan sekolah-sekolah vokasional dengan penyelesaian ICT yang inovatif, termasuk produk-produk dan perkhidmatan kampus yang tangkas, awan pendidikan serta bilik darjah pintar. Huawei telah membantu beratus-ratus sekolah membina sistem maklumat pintar dan saluran perkhidmatan tangkas. Institusi-institusi penting yang menggunakan penyelesaian ICT Huawei termasuk Imperial College London, Newcastle University, Peking University, Tsinghua University, Southern Cross University dan Northern Michigan University.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama di peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei dalam talian di www.huawei.com 

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/0861508263

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements