omniture

Pameran Produk Pintar di IFA Berlin, Haier Tangani Isu Yang Telah Mencabar Industri Perkakasan Rumah Global Selama Lebih Seabad

Haier
2015-09-06 10:48 356

BERLIN, 5 September 2015 /PRNewswire/ -- Perkakasan rumah telah membawa perubahan besar kepada kehidupan harian sejak penciptaannya lebih seabad lalu, namun banyak yang mempunyai masalah berterusan dan menjadi ancaman kepada kesihatan kita. Mesin basuh umumnya mempunyai ruang dalaman yang tidak dapat diakses atau dibersihkan; peti sejuk tidak dapat mengekalkan kekeringan makanan kering. Sempena IFA 2015 yang diadakan di Berlin, Jerman pada 4 September, pengeluar perkakasan rumah China, Haier menunjukkan siri perkakas rumah pintar yang dapat menangani beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh industri itu selama lebih seabad, menjadikan pameran ini sebagai tumpuan penting bagi acara tersebut.

Perkakasan pintar menyelenggara sendiri daripada Haier secara automatik dan pintar menyelesaikan masalah keselamatan, kesihatan serta pembersihan dengan beralih daripada kawalan pasif kepada sistem pengesanan, penggeraan dan juga pengaktifan yang proaktif, memberikan pengalaman yang lebih baik, pintar dan sihat kepada para pengguna tanpa memerlukan campur tangan manusia. Pameran ini termasuk penyaman udara Dizun baharu dan peti sejuk pengasingan basah dan kering.

Penyaman udara boleh menjadi tumpuan bakteria dan kuman dalam persekitaran lembap apabila ia mengumpulkan bahan pencemar. Penyaman udara Dizun baharu mencegah perkara ini dengan membersihkan penukar haba dalaman secara automatik dan membuang debu mengikut masa, seterusnya dengan jayanya menyelesaikan masalah jangka panjang dalam industri serta menghapuskan sumber pencemaran udara sekunder.

Peti sejuk Haier, dengan menggunakan teknologi pengasingan kering dan basah yang dirintis oleh syarikat itu, melalui ciri kawalan kelembapan automatik, dapat mencegah makanan yang disimpan pada bahagian kering menjadi lembap serta mengelakkan makanan yang disimpan pada bahagian basah daripada menjadi kering, seterusnya menonjolkan jenama tersebut dalam segmen peti sejuk.

Haier telah menjadi peneraju dalam menangani beberapa cabaran yang dihadapi oleh sektor ini selama lebih seabad, hasil daripada sistem inovatif terbukanya. Syarikat itu telah bertegas dalam pelaksanaan konsep inovatifnya bagi menjadikan seluruh dunia sebagai kampus R&D (penyelidikan & pembangunan) dengan menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat terbaik di peringkat dunia melalui platform terbuka serta mewujudkan rangkaian sumber inovatif global yang kini melibatkan lima pusat R&D utama di seluruh dunia. Sementara itu, platform Hope terbuka dalam talian oleh Haier terus memanfaatkan penyelesaian inovatif yang hebat dari seluruh dunia dan mengubah keperluan membeli masyarakat awam kepada produk-produk dan penyelesaian praktikal dengan pesat.

Wakil Media:

Pan Jingjing
+86-155-8986-8657
panjingjing@sdpr.com.cn

Tong Jian
+86-186-7846-3696
tongjian@sdpr.com.cn

Source: Haier
Keywords: Consumer Electronics