omniture

Lebih 60 Hartanah Resort Sertai RCI(R) Global Exchange Network Sehingga Suku Kedua 2015

RCI
2015-09-07 09:00 350

SINGAPURA, 7 September 2015 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju peringkat global dalam pertukaran percutian dan sebahagian daripada keluarga jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN), telah menambah 26 hartanah baharu kepada rangkaian pertukaran sekutunya semasa suku kedua 2015, meningkatkan bilangan hartanah bersekutunya kepada 58 hartanah dalam separuh pertama tahun ini. Penambahan ini termasuk dalam rangkaiannya iaitu sekitar 4,500 resort di lebih 100 buah negara.

"Kami terus mengotakan janji kami untuk menyediakan lebih kefleksibelan dan pilihan kepada 3.8 juta ahli kami yang melanggan RCI® dengan menawarkan lebih banyak pilihan percutian berbanding mana-mana syarikat pertukaran lain di dunia," kata Gordon Gurnik, presiden, RCI. "Dengan mengetahui resort-resort ini memilih RCI untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan percutian yang mereka tawarkan adalah suatu yang amat memuaskan dan merupakan testimoni terhadap perkhidmatan yang kami sediakan."

Grand Palladium Palace Ibiza Resort & Spa, yang terletak di pesisir pantai Playa d'en Bossa yang terkenal di Sepanyol, merupakan salah satu daripada hartanah terkini yang menyertai rangkaian RCI. Dari sini, tetamu dapat menikmati pantai-pantai yang terkenal, sukan air dan hiburan malam yang menjadi amat sinonim dengan pulau Ibiza. Grand Palladium menawarkan tetamu dengan kombinasi menyeronokkan yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti rekreasi luar, makan malam mewah dan pilihan hiburan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Hartanah itu menampilkan lebih 400 bilik yang luas dan anggun, dilengkapi kemudahan moden serta mewah termasuk tiga buah restoran a la carte bertema dan dua kolam air tawar.

Dengan mengembangkan koleksi resortnya yang kian bertambah di India, RCI mengalu-alukan Mirasol Water Park and Resort pada suku kedua. Hartanah ini terletak di Perkampungan Kadiya di Nani Daman, dan menawarkan rangkaian penginapan menarik selain kolam renang, spa untuk rawatan urut dan restoran. Satu perkara menarik tentang penginapan di resort ini adalah akses kepada Taman Air Mirasol untuk pengembaraan tiub air, taman permainan air kanak-kanak, gelungsur air, coaster air dan kolam ombak.

Program The Registry Collection® , iaitu program pertukaran mewah daripada RCI, mengalu-alukan Ocean Lodge di St. Simons Island, Georgia, Amerika Syarikat, sebuah hotel butik yang terletak secara strategik iaitu hanya beberapa langkah dari pesisir Lautan Pasifik. Tarikan yang boleh didapati di kawasan berhampiran termasuk golf, menaiki perahu dan berbasikal dengan santai di pantai tersebut. Di Ocean Lodge, keanggunan dunia lama bertemu kemewahan moden dengan hiasan serta kemudahan mewah di seluruh hartanah tersebut, termasuk kolam berkilauan serta teres dan ruang santai atas bumbung yang indah. Setiap suit menampilkan dapur lengkap dan beranda persendirian yang menghadap laut.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi RCI.com atau RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI

RCI merupakan peneraju dunia bagi pertukaran percutian bersama kira-kira 4,500 resort gabungannya di lebih 100 buah negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli dengan peningkatan kefleksibelan dan kepelbagaian dengan pengalaman pemilikan percutian mereka. Kini, melalui program RCI Weeks®, sistem pertukaran secara mingguan, dan program RCI Points®, sistem pertukaran berasaskan mata peringkat global yang pertama dalam industri ini, RCI menyediakan pilihan percutian secara fleksibel kepada 3.8 juta ahli yang melanggan RCI setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, program The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia seumpamanya dengan kira-kira 200 hartanah bersekutu sama ada yang disediakan untuk pertukaran atau sedang dibangunkan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada Wyndham Exchange & Rentals serta keluarga jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat media kami. RCI juga boleh ditemui di Facebook, YouTube dan Twitter.

Wakil media:

Steven Alessandrini
Steven.Alessandrini@rci.com
+1-(973)-753-8278

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services