omniture

Denave Buka Pusat Penghantaran Telejualan Malaysia; Perluas Operasi Global

Denave
2015-09-07 13:35 275

NEW DELHI dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 September 2015 /PRNewswire/ --

Denave, sebuah organisasi yang membolehkan jualan global, mengumumkan pembukaan Pusat Penghantaran Telejualannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Denave telah menyediakan perkhidmatan di rantau APAC selama lebih sepuluh tahun dan penubuhan Pusat Penghantaran merupakan sebahagian daripada strategi Denave untuk meluaskan kehadiran globalnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150904/762525)

Dengan Pusat Penghantaran baharu ini, Denave akan menyediakan perkhidmatan penjanaan permintaan berpandu telejualan kepada para pelanggan tempatan selain di rantau APAC. Bermula dengan kapasiti sebanyak 70 sumber, rancangannya adalah untuk meningkatkannya kepada empat kali ganda sepanjang satu tahun akan datang.

Mengulas tentang kejayaan ini, En. Snehashish Bhattacharjee, Ketua Pegawai Eksekutif Global di Denave, berkata, "Kami mula menerokai pasaran luar India pada tahun 2004 dan telah menyaksikan potensi dan kejayaan yang hebat. Setelah bertapak di India, Singapura dan London, operasi di Malaysia merupakan perkembangan logik untuk memanfaatkan bakat serta potensi yang terdapat di rantau APAC. Ini merupakan lanjutan kepada komitmen jangka panjang kami untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan menjana peluang pekerjaan. Kami tidak sabar untuk menyaksikan pusat Penghantaran Malaysia menjadi perintis dalam sasaran kami untuk menetapkan standard emas dalam Pembolehan Jualan."

Menambah kepada kenyataan ini, En. Umang Khanna, Ketua Telejualan Global di Denave, berkata, "Kami teruja dengan permulaan baharu ini dan kami mengalu-alukan kakitangan Denave baharu untuk ke Pusat Penghantaran KL. Mereka kini adalah sebahagian daripada organisasi yang memberi tumpuan untuk memacu masa depan pembolehan jualan. Kami tidak sabar untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan bagi perkhidmatan strategi SMB dan Penembusan Awan kami."

Ini merupakan pusat penghantaran keempat Denave; India, Singapura dan London merupakan tiga pusat penghantarannya sebelum ini.

Latar Belakang Denave: 

Denave merupakan sebuah syarikat pembolehan jualan yang memberi tumpuan untuk mendorong pertumbuhan hasil para pelanggannya melalui pelbagai tawaran perkhidmatan. Syarikat ini telah membina kepakaran dalam berbagai-bagai industri melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat global dan mengambil pendekatan akhir dengan kesedaran penyelesaian untuk menyampaikan amalan terbaik dalam jualan dengan memanfaatkan individu, proses serta teknologi bagi mendorong hasil. Denave kini berada di 5 buah benua, 19 buah negara dan lebih 500 buah bandar di seluruh dunia dan mempunyai kekuatan tenaga kerja melebihi 5000 kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi http://www.denave.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Shubhra Sinha - Komunikasi Pemasaran
Shubhra.Sinha@denave.com

Source: Denave
Related Links:
Keywords: Outsourcing Businesses Telecommunications Corporate Expansion