omniture

JOHN WALKER & SONS XR™ 21 Year Old Inspirasi Art Deco Kembalikan Kehebatan Tahun 1920an

Diageo GTME
2015-09-07 16:00 531

SINGAPURA, 7 September 2015 /PRNewswire/ -- Gaya anggun dan rekaan mewah merupakan teras gerakan Art Deco yang berkembang di seluruh dunia pada tahun 1920an. Semasa tempoh inilah Sir Alexander Walker - cucu John Walker - telah dilantik sebagai Komander Kesatria Darjah Empayar British. Warna yang beraneka dan bentuk menonjol yang sinonim dengan era tersebut memberikan visi gaya ikonik dan kecanggihan yang menginspirasikan rekaan baharu lagi menakjubkan bagi Wiski Scotch JOHN WALKER & SONS XR™ 21 Year Old yang diadun mewah.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150903/263616)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150903/263617)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150903/263628)

JOHN WALKER & SONS XR 21 Year Old kini ditampilkan dalam kotak emas baharu, indah dan bergilap, yang dihiasi palang berukir yang mengimbau Kesatriaan Sir Alexander Walker.

Penyiring 1 liter JOHN WALKER & SONS XR 21 Year Old dinomborkan secara individu yang elegan, mencerminkan rekaan agung era Art Deco, disediakan untuk pengguna bercita rasa di outlet Travel Retail seluruh dunia.

Sir Alexander Walker dikenali kerana seni pembuatan wiski dan kepakaran keusahawanan beliau yang mana, menjelang tahun 1920, telah menyaksikan wiski JOHNNIE WALKER® dibawa daripada empat penjuru Scotland ke empat penjuru dunia. JOHN WALKER & SONS XR 21 Year Old merupakan adunan hebat dengan kelembutan dan kedalaman yang dihasilkan untuk meraikan Kesatriaan beliau. Ia mengandungi wiski yang diperam selama sekurang-kurangnya 21 tahun dan diambil daripada simpanan JOHNNIE WALKER yang amat jarang didapati - termasuk daripada tempat penapisan yang tidak lagi wujud.

Jim Beveridge, Pakar Pengadun JOHNNIE WALKER, berkata: "JOHN WALKER & SONS XR 21 Year Old dihasilkan menggunakan wiski yang amat jarang didapati daripada tong oak yang disimpan lama. Adunan yang hebat dan mempunyai beberapa lapisan ini disertai rasa vanila dan madu keemasan sera mempunyai rasa yang amat lembut. Ia sebaiknya dinikmati dalam sebuah bekas minuman, disertakan dengan air yang disejukkan."

Peter Fairbrother, Pengarah Urusan Diageo Global Travel and Middle East, berkata; "Kami berbesar hati untuk menawarkan pembotolan 1 liter JOHN WALKER & SONS XR 21 Year Old ini secara eksklusif kepada para pelancong. Ia merupakan hadiah terbaik untuk peminum wiski paling mewah melalui gaya yang tidak dapat mereka beli di tempat lain - cenderahati sempurna daripada perjalanan mereka."

Botol 1 liter JOHN WALKER & SONS XR 21 Year Old kini disediakan secara eksklusif melalui jualan runcit pelancongan (RRSP $178) dan versi 75 cl terdapat dalam jualan runcit pelancongan serta secara domestik ($138USD). Versi 1 liter kini boleh didapati di lapangan terbang Changi serta Hong Kong, dan kedua-dua versi ini turut disediakan di seluruh dunia.

LATAR BELAKANG DIAGEO 

Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi menakjubkan melalui jenama-jenama dalam kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, serta Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama-jenama kami, dan prestasi kami, kunjungi kami di http://www.diageo.com. Kunjungi sumber minum secara bertanggungjawab global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif, dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Perkataan JOHN WALKER & SONS XR, lambang Figura Melangkah dan logo berkaitan adalah tanda niaga. © John Walker & Sons 2015. 

SUMBER  Diageo GTME

Source: Diageo GTME
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services