omniture

Asia Plantation Capital Semai Benih Industri Kayu Gaharu Masa Depan Malaysia

Asia Plantation Capital
2015-09-07 20:03 2137

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 September 2015 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital dengan sukacitanya mengumumkan, sebagai sebahagian daripada strategi perluasan terancang syarikat Asia Plantation Capital di Malaysia, fasa pertama penyemaian kini telah disempurnakan di ladang Batu Pahat.

Kilang yang baru dibina di Masai, Johor Bahru untuk tujuan penyulingan dan pemprosesan kayu gaharu Asia Plantation Capital
Kilang yang baru dibina di Masai, Johor Bahru untuk tujuan penyulingan dan pemprosesan kayu gaharu Asia Plantation Capital
Asia Plantation Capital bersedia menanam anak benih di Ladang Batu Pahat, Johor, Malaysia
Asia Plantation Capital bersedia menanam anak benih di Ladang Batu Pahat, Johor, Malaysia

Satu usaha sama telah dibentuk untuk mengurus ladang kayu gaharu khusus yang luas di luar Kuala Lumpur, yang mana spesies Aquilaria Sinensis ditanam khusus untuk pasaran bernilai tinggi di China. Sejajar dengan tujuan ini adalah pembukaan kilang penyulingan dan pemprosesan serpai kayu yang canggih milik syarikat Asia Plantation Capital di Johor.

Selain mengkhusus dalam kayu gaharu, Asia Plantation Capital menanam pelbagai spesies balak dan tanaman lain yang bernilai tinggi. Syarikat itu kini membawa sistem dan teknologi canggih mereke ke Malaysia yang diterajui dan dibangunkan olehnya sejak sepuluh tahun lalu di Thailand, India dan Sri Lanka.

Di Thailand, Asia Plantation Capital kini memiliki dan mengurus lebih 1.5 juta pokok kayu gaharu sebagai sebahagian daripada portfolio globalnya yang kian berkembang dengan lebih 7.5 juta pokok. Syarikat itu mempunyai pelbagai estet dalam portfolionya, dari Sakhon Nakhon di bahagian timur laut, ke Hua Hin di selatan, menjadikan Asia Plantation Capital sebagai penanam komersial terbesar di Thailand pada masa kini, menggajikan (semasa musim puncak), lebih 1,000 orang pekerja.

Di Malaysia, Asia Plantation Capital kini telah menanam sejumlah 13,400 anak-anak pokok Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Crassna di ladang baru di Batu Pahat, sebagai fasa pertama projeknya yang berterusan. Fasa kedua akan mula dengan serta merta, dimana kira-kira 27,000 pokok akan ditanam, di samping tapak semaian canggih yang akan dibina berhampirannya bagi menempatkan kira-kira 500,000 anak-anak pokok.

Ladang terbaru Asia Plantation Capital di Batu Pahat terletak 100 kilometer di bahagian utara Johor Bahru, dan 5 kilometer dari Simpang 241 di Lebuh Raya Utara Selatan. Ladang itu terletak di lokasi yang ideal untuk para pengunjung dan pelajar dari Singapura, Johor serta Kuala Lumpur, selain para petani tempatan dan juga daerah-daerah lain. Kemudahan itu dianggap oleh Asia Plantation Capital sebagai ladang contoh yang menunjukkan dan menggunakan teknik yang terkini dalam penanaman serta pertanian. Ladang itu mempunyai sistem keselamatan 24 jam, dan sistem pengawasan moden; bukan sahaja untuk mengawasi kehadiran pelawat yang tidak diingini, tetapi juga untuk memantau perkembangan anak-anak pokok.

Dalam satu temu bual semasa segmen radio pagi BFM 89.9, 'Breakfast Grill', Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Berhad, Steve Watts, menjelaskan strategi perluasan syarikat itu ke Malaysia. "Sebagai sebahagian daripada pelaburan US$50 juta kami di negara ini, kami ingin meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam pembangunan global kayu gaharu," kata beliau. "Ini melibatkan bukan sahaja kilang baharu kami di Johor, yang mana kami mempunyai kilang penyulingan kami sendiri - selain kemudahan untuk menghasilkan serpai kayu yang disemai serta produk-produk berkaitan kayu gaharu lain - tetapi termasuk juga pemerolehan ladang kami sendiri serta beberapa usaha sama dengan para petani tempatan; khususnya mereka yang mempunyai stok tetapi tidak mempunyai akses kepada proses inokulasi yang sangat penting."

Sambung Watts lagi, "Kami juga membentuk satu usaha sama dengan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak bagi menerokai lagi faedah kayu gaharu sebagai rawatan untuk penyakit barah. Ini termasuk ladang yang diurus oleh Asia Plantation Capital, tetapi dimiliki Universiti itu. Asia Plantation Capital turut berbangga produk-produk Malaysianya sudah pun diberikan status pematuhan Syariah oleh IBFIM."

Sebahagian daripada strategi syarikat itu adalah untuk berkongsi maklumat dan membantu mendidik petani tempatan tentang sistem yang diperlukan bagi mencapai hasil komersial dan alam sekitar yang terbaik daripada ladang kayu gaharu. Hanya sedikit petani, jika ada sekali pun, yang mempunyai model perniagaan bersepadu lengkap secara berperingkat yang dikendalikan oleh Asia Plantation Capital, sehinggalah untuk cawangan runcit dan borongnya sendiri dalam semua pasaran penting.

Steve Watts menambah, "Syarikat kami merancang mahu menawarkan program 'penanam luar' kepada petani tempatan. Berdasarkan permintaan pasaran, kami perlu mendapatkan sebanyak mungkin bekalan untuk masa depan, dan melalui kerjasama dengan petani tempatan, kami akan dapat memperluas, dan pada masa yang sama, mendidik serta menunjukkan faedah sistem dan juga penyelidikan terperinci yang kami kendalikan sejak sepuluh tahun lalu. Fasa 1 bagi program ini bermula tahun 2014, ketika kami menginokulasi pokok-pokok matang di Johor melalui sistem milik kami, dan baru-baru ini, di ladang luar kawasan Kuala Lumpur. Keputusan awalnya telah membuktikan sistem kami mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem lain dalam pasaran."

Simpul Watts, "Kami percaya, melalui sistem dan dasar kami untuk menyokong serta bekerjasama dengan para petani tempatan, kami dapat membantu memajukan Malaysia dalam pertumbuhan industri kayu gaharu global pada masa depan."

Kayu gaharu mendapat tempat dalam berita Malaysia baru-baru ini, disebabkan oleh jumlah rampasan kayu gaharu yang dituai secara haram yang dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan, bersama beberapa penahanan. Sudah jelas pasaran ini berubah secara signifikan sejak kebelakangan ini, dengan permintaan untuk kayu gaharu mampan dan dituai dengan sah kini sudah mantap serta semakin berkembang. Di kebanyakan kawasan, kayu gaharu yang tumbuh liar telah dituai sehingga ia hampir pupus, kerana nilainya yang tinggi di samping pembalakan haram yang dilakukan. Asia Plantation Capital merupakan salah satu daripada segelintir syarikat dalam sektor ini yang giat aktif membangunkan industri kayu gaharu yang sah, mampan, dan 'bersih', serta berharap dapat membangun lebih maju ke dalam pasaran baharu dan juga negara-negara lain.

Nota untuk Editor:

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +6013-774-1009

Zaahira Muhammad
Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:zaahira@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +6012-203-5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang-ladang baharu, dan kilang-kilang untuk tujuan pengeluaran kayu gaharu serta produk-produk lain yang berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Di Thailand, ladang-ladang dan projek-projek Asia Plantation Capital sudah pun dianggap secara meluas sebagai peneraju industri dari segi penubuhan, penanaman dan sistem saintifik maju yang menarik para pengunjung antarabangsa daripada pelbagai latar belakang institusi, komersial, kerajaan dan akademik.

Asia Plantation Capital Group merupakan syarikat pengendali dan pengurusan ladang mampan yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek-projek merentasi empat benua, serta mempunyai tenaga kerja melebihi 2,000 orang. Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ilmuwan terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang melaluinya, mereka bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang menerajui industri.

Dengan fokus kepada projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara berperingkat yang menawarkan gabungan faedah komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah mencipta "syarikat tiga dasar asas" yang berjaya serta dinamik.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150902/8521505709-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150902/8521505709-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Corporate Expansion