omniture

Wuzhen Tourism Co., Ltd. Umumkan Jadual Pengunjung Musim Sejuk 2015/16

Wuzhen Tourism Co., Ltd.
2015-09-08 08:26 303

WUZHEN, China, 8 September 2015 /PRNewswire/ -- Dengan cuti Krismas yang hanya beberapa bulan lagi, Lembaga Pelancongan Wuzhen kini melancarkan jadual acara bagi tahun 2015 dengan tujuan untuk memperkenalkan para pengunjung kepada tarikan kebudayaan dan gastronomi tersendiri bagi pekan air purba itu dengan cara yang lebih menjimatkan.

"Kami melancarkan jadual acara lebih awal untuk memenuhi keperluan pelancong global," jelas Yao Jie, pengurus besar jabatan jualan, Wuzhen Tourism Co., Ltd. "Melancong dari luar negara memerlukan lebih masa untuk melakukan persediaan dan lebih awal orang menempah tiket serta hotel, lebih banyak wang yang akan mereka jimatkan."

Antara sorotan bermusim adalah Festival Biri-biri Wuzhen China ke-6, yang diadakan mulai akhir Disember 2015 hingga awal Februari 2016. Acara ini menunjukkan kepentingan biri-biri Hu - yang diternak secara khusus di kawasan Tenggara China - dalam budaya tempatan, menawarkan pengalaman budaya makanan yang segar dan unik kepada pengunjung dari seluruh dunia. Daging yang disediakan khas itu digunakan dalam pelbagai resipi tradisional Wuzhen, dan pengunjung turut diundang untuk mengundi hidangan kegemaran mereka.

Selain itu, mulai awal Februari, Wuzhen akan menyepadukan budayanya dalam sambutan Tahun Baharu China, memberikan pelancong dengan peluang untuk mengalami sendiri Tahun Baharu Lunar gaya Wuzhen. Satu pilihan yang terbuka untuk pengunjung adalah peluang untuk mengalami dongeng rakyat China di Rumah Tetamu Wuzhen, makan bersama keluarga tuan rumah pada Malam Tahun Baharu, dan berdoa untuk mendapat nasib yang baik pada tahun akan datang.

Bagi mereka yang mencari suasana karnival, pesta jalanan akan menghimpunkan hidangan Wuzhen seperti periuk panas, buku lima khinzir panggang bergaram dan puf tauhu bergoreng yang disumbat daging khinzir kisar, serta minuman istimewa seperti teh kacang salai dan wain beras, semuanya dihidangkan di atas meja sepanjang seratus meter yang mengabadikan semangat keraian itu dengan sempurna.

Wuzhen Tourism Co., Ltd telah mewujudkan kombo hotel butik dan hidangan bagi menjadikannya lebih mudah kepada para pengunjung yang ingin menempah percutian mereka lebih awal serta menikmati keseronokan dan juga keraian untuk Tahun Baharu China. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.wuzhen.com.cn/english/index.asp dan www.ewuzhen.com

Latar Belakang Wuzhen

Wuzhen merupakan pekan air China purba tradisional yang terletak sejauh sejam pemanduan dari Shanghai. Dengan sejarah selama 1,300 tahun, Wuzhen menggabungkan lebih 10 landskap kebudayaan termasuk muzium rakyat dan kediaman selebriti dengan unsur seni kontemporari serta kemudahan pusat peranginan moden bagi menawarkan pengalaman santai yang tiada bandingan kepada para pengunjung.

Source: Wuzhen Tourism Co., Ltd.
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel