HANOVER, Jerman, 8 September 2015 /PRNewswire/ -- SportContact 6 daripada Continental adalah tayar super sport untuk segmen kenderaan berprestasi tinggi yang dengan jelasnya mempertingkatkan pengendalian, kejituan kawalan, dan sesuai untuk kelajuan tinggi berbanding model terdahulu. Bagi membawakan penambahbaikan tersebut ke atas jalan raya - peningkatan prestasi sehingga 14% dalam sesetengah keadaan - para juruteknik di Hanover telah "mencipta semula" komposisi kimia pada bunga tayar, rekaan bunga tayar serta struktur tayar. Bermula pada saat ini, dimensi 41 boleh didapati untuk rim dengan diameter daripada 19 hingga 23 inci.
Dengan tayar musim panas yang baharu, Continental meneruskan legasi kejayaan tayarnya yang berprestasi tinggi. Tayar super sport baharu yang direka khusus untuk kereta sport tulen seperti Audi R8 atau Porsche 911 selain beberapa kenderaan mirip kereta sport seperti Siri M5 BMW atau AMG Mercedes. Pilihan tayar yang disediakan juga termasuk tayar yang disesuaikan untuk Tesla S yang dikuasakan elektrik. Continental menjangkakan segmen pasaran ini akan menjadi semakin terkenal dalam kalangan pelanggan dan meramalkan pertumbuhan pasaran tahunan menghampiri 10% untuk pelbagai saiz tayar bagi SportContact 6. Tayar berteknologi tinggi baharu itu sudah pun mendapat cop kualiti pertama mereka: Honda telah memperakui tayar itu untuk Civic Type R baharu sebelum pelancaran rasmi dilakukan dan mencatatkan rekod pusingan di atas Nordschleife, Nürburgring. Lebih banyak perakuan akan diperoleh daripada pengeluar-pengeluar kenderaan yang terkemuka.
Untuk butiran lanjut:
http://www.continental-tires.com/car/media-services/newsroom/2015-09-02-sc6-technology