omniture

Menjelang Sidang Kemuncak Khas PBB: Negara-negara Industri Hadapi Risiko Terlepas Sasaran Pembangunan Mampan Baharu

Bertelsmann Stiftung
2015-09-08 12:05 423

BERLIN, 8 September 2015 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) and http://www.presseportal.de/nr/7977/ -

Kebanyakan negara perindustrian dalam OECD masih belum bersedia untuk menghadapi ikrar kemampanan masyarakat antarabangsa itu. Banyak di antara negara-negara tersebut masih jauh daripada mencapai objektif dasar global yang akan diterima pakai oleh ketua-ketua negara atau kerajaan di Sidang Kemuncak Pembangunan Mampan Bangsa-bangsa Bersatu bulan ini. Malah, terdapat risiko yang mana sasaran bagi banyak petunjuk akan terlepas sepenuhnya. Defisit terbesar bagi negara-negara perindustrian ini terletak pada tingkah laku pengeluaran dan penggunaan yang kurang mampan bagi negara-negara tersebut. Selain itu, dalam banyak keadaan, sistem ekonomi mereka turut mencetuskan trend ke arah ketidaksaksamaan sosial.

Ini merupakan hasil kajian perbandingan kesemua 34 buah negara OECD yang dijalankan oleh Yayasan Bertelsmann dari Jerman tentang asas 34 petunjuk bagi 17 Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) akan datang bagi tahun 2030. Kajian tersebut merupakan yang pertama di dunia yang mengkaki secara sistematik status semasa bagi setiap negara ini, secara individu dan melalui perbandingan antara satu sama lain. Gambaran ini seterusnya mengenal pasti negara-negara yang dapat bertindak sebagai model peranan berkaitan Sasaran Pembangunan Mampan tertentu, di samping turut menunjukkan defisit yang nyata masih wujud. Dengan itu, kajian tersebut menyediakan rangka tindakan bagi tujuan pencapaian SDG dalam masa 15 tahun akan datang.

Menurut kajian tersebut, negara-negara yang berkedudukan terbaik untuk mencapai sasaran baharu PBB ini ialah empat buah negara Scandinavia iaitu Sweden, Norway, Denmark, dan Finland, diikuti dengan Switzerland di tempat kelima. Negara-negara dengan kedudukan terendah ialah AS, Greece, Chile, Hungary, Turki dan Mexico.

Aart De Geus, Pengerusi Yayasan Bertelsmann, menyatakan dengan jelas: "Penyelidikan kami merupakan ujian tekanan pertama bagi negara-negara perindustrian. Analisis turut menunjukkan kita juga perlu berusaha dengan keras. Hal ini menunjukkan negara-negara perindustrian kini menghadapi risiko terlepas Sasaran Pembangunan Mampan baharu."

Penyiasatan itu selanjutnya mendedahkan perbezaan besar antara negara-negara individu berkenaan pelbagai sasaran. Ketidaksaksamaan sosial, terutamanya, kini telah mencapai tahap yang mencatat rekod di negara-negara perindustrian dan dilihat terus meningkat. Bagi 23 buah negara OECD, 10 peratus golongan terkaya dalam populasi tersebut kini menerima sekurang-kurangnya 40 peratus yang termiskin. Pendapatan 10 peratus golongan terkaya di AS mencapai 1.7 kali ganda pendapatan 40 peratus golongan termiskin manakala di Chile, nilainya adalah 3.3 kali ganda lebih besar. Di negara-negara seperti Slovakia, Slovenia, Norway, Republik Czech dan Denmark, pendapatan adalah kurang tertumpu dan ini membuktikan ketidaksaksamaan bukanlah perkembangan yang tidak dapat dielakkan.

Perbezaan besar turut dilihat dengan jelas, contohnya, dalam pencemaran alam sekitar. Negara-negara seperti Australia, Kanada, Poland, dan Mexico membebaskan lebih enam kali ganda karbon dioksida bagi setiap unit output ekonomi berbanding Sweden atau Norway. Bahagian tenaga boleh diperbaharui turut berbeza dengan jelas antara negara. Korea Selatan, United Kingdom, dan Belanda menggunakan kurang daripada 4 peratus tenaga boleh diperbaharui. Secara perbandingan, Iceland, Norway, dan Sweden telah mencapai bahagian sebanyak lebih 47 peratus, yang sedang diperluaskan secara berterusan tanpa menyekat pertumbuhan ekonomi.

Melalui kata alu-aluannya berkaitan kajian itu, Kofi Annan, bapa spiritual bagi Sasaran Pembangunan Alaf Baharu, menyeru usaha lebih bersungguh-sungguh daripada negara-negara kaya di dunia: "Saya amat berterima kasih kepada Yayasan Bertelsmann kerana mengetengahkan isu ini dengan huraian yang begitu terperinci. Kajian ini diharap akan mencetuskan debat perubahan tentang kelestarian dan keadilan sosial di banyak negara berpendapatan tinggi. Kita bertanggungjawab terhadap planet kita dan penghuninya."

Untuk maklumat lanjut: www.bertelsmann-stiftung.org

Pakar kami:
Dr. Christian Kroll
Telefon: +49/5241-81-81471
Tel. Bimbit: +49/173-6601646
E-mel: christian.kroll@bertelsmann-stiftung.de

Source: Bertelsmann Stiftung
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Environmental Issues Environmental Policy Survey, Polls & Research