omniture

WSO2.Telco, Usaha Sama Antara Axiata Group dan WSO2, Lancarkan Platform API Sumber Terbuka untuk Pengendali Telekomunikasi: Axiata Group Sebagai Pelanggan Pertama di Asia Tenggara

WSO2.Telco
2015-09-09 09:00 410

SAN FRANCISCO dan COLOMBO, Sri Lanka, 9 September 2015 /PRNewswire/ --

Dibangunkan oleh syarikat telekomunikasi untuk syarikat telekomunikasi, platform sedia awan dan dipacu API, WSO2.Telco memperkasakan pengendali mudah alih dengan lapisan kolaborasi tangkas untuk membina perkhidmatan digital, memanfaatkan kerjasama internet dan meningkatkan hubungan digital dengan pelanggan mereka

Hari ini menandakan pelancaran WSO2.Telco Inc., (http://wso2telco.com) hasil kolaborasi rapat selama 18 bulan antara Axiata Digital Services dan WSO2 Inc. Usaha sama ini menyatukan pasukan pakar yang menghasilkan platform teknologi baharu WSO2.Telco yang radikal, direka untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pengendali telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan digital berkonteks kepada pelanggan mereka serta untuk bekerjasama dalam era terhubung.

Platform WSO2.Telco telah pun memacu Axiata Group dengan lima buah syarikat beroperasi terhubung kepada Hab API Kumpulan. Ia merupakan penyelesaian sedia awan baharu yang membolehkan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dengan mudah mengadakan lapisan kolaborasi tangkas dengan API berpusat-Sesawang. Platform ini mewakili pencapaian baharu dalam penyelesaian perusahaan sumber terbuka yangboleh diskala, membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi mendedahkan, mengurus dan melaksanakan berbilang perkhidmatan rangkaian dengan hanya sebahagian kecil kos sistem legasi.

Kumi Thiruchelvam, Ketua Pegawai Eksekutif WSO2.Telco, berkata "API merupakan nadi perusahaan dan Internet. Platform kami menyediakan cara yang ringkas dan menjimatkan kos untuk pengendali mempercepatkan transformasi digital dengan pantas. Syarikat itu, yang telah pun mendapat keyakinan daripada pelanggan-pelanggan terkemuka, merupakan hibrid sempurna yang dibentuk oleh kumpulan telekomunikasi utama serta syarikat teknologi sumber terbuka yang berwawasan-dengan teknologi teras dan juga kefahaman mendalam terhadap keperluan yang dihimpunkan dalam satu ruang."

Platform API WSO2.Telco yang modular, terbina di atas perisian tengah (middleware) WSO2 yang memenangi anugerah, membantu pelbagai kes pengguna telekomunikasi. Pelanggan, rakan kerjasama, sistem dalaman dan luaran, serta perkhidmatan dapat disepadukan dalam ekosistem perniagaan yang terhubung, adaptif dan juga kolaboratif. MNO dengan mudah dapat bermula dengan penyelesaian awan atau di premis dan kemudian mengembangkan sistem untuk merangkumkan pengurusan serta pelaksanaan API canggih untuk kes-kes pengguna daripada pembilan kepada pengiklanan, e-kewangan, e-kesihatan, e-kerajaan, mesin-ke-mesin (M2M) dan banyak lagi.

Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services (ADS) berkata, "Misi ADS adalah untuk menyumbang kepada pendapatan syarikat-syarikat beroperasi kami selain mewujudkan nilai jangka lebih panjang melalui kerjasama dan pengambilalihan dalam ekosistem digital. Untuk berjaya, kami perlu menyamai atau melangkaui ketangkasan perniagaan dan teknikal rakan kerjasama berpotensi serta pesaing kami. Platform API WSO2.Telco yang kami cipta merupakan pemungkin perniagaan penting yang telah pun berfungsi untuk Axiata. Pembukaan teknologi ini kepada komuniti yang lebih luas dapat menghapuskan sekatan secara signifikan dalam menjalankan perniagaan dan akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk semua."

Dr. Sanjiva Weerawarana, pengasas, ketua pegawai eksekutif dan ketua arkitek WSO2, berkata, "Kami menyaksikan peningkatan permintaan yang pesat daripada Ketua-ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan Ketua-ketua Pegawai Maklumat (CIO) daripada seluruh industri telekomunikasi serta industri lain untuk bersaing dalam ekonomi API menggunakan penyelesaian yang dipacu oleh teknologi sumber terbuka kami yang memenangi anugerah. Usaha sama WSO2.Telco kami dengan ADS secara signifikan memajukan strategi kami untuk menyampaikan penyelesaian secara berperingkat yang disesuaikan dengan keperluan sektor-sektor industri. Melalui WSO2.Telco, kami telah mewujudkan organisasi-organisasi yang berdedikasi untuk memimpin perkembangan berterusan bagi platform pembolehan perkhidmatan digital yang terbukti di lapangan untuk syarikat-syarikat telekomunikasi."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.wso2telco.com dan twitter @WSO2Telco atau hubungi +44-7946-342903 

SUMBER  WSO2.Telco

Source: WSO2.Telco
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion Joint ventures New products/services