LONDON, 9 September 2015 /PRNewswire/ -- Control Risks dan Oxford Economics hari ini melancarkan perusahaan pengurusan risiko inovatif - menyediakan perkhidmatan ramalan risiko politik dan ekonomi yang boleh disesuaikan.
Menghubungkan dunia geopolitik dan makroekonomi, kolaborasi itu menangani landskap risiko yang semakin saling terhubung seperti yang dihadapi oleh organisasi-organisasi antarabangsa.
Tindakan politik negara-negara jelas memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa dan aliran kewangan, yang seterusnya mengganggu persekitaran ekonomi serta perniagaan global. Situasi yang berubah di China, contohnya, menunjukkan perkaitan antara politik dan ekonomi ketika Beijing cuba mencari keseimbangan antara kuasa pasaran serta keutamaan politik.
Kesannya, syarikat-syarikat kini mencari bantuan pengurusan risiko yang lebih canggih untuk memantau dan menilai risiko yang kian muncul di seluruh dunia. Perkhidmatan ini, yang menggunakan alatan visual canggih dan boleh disesuaikan untuk dipadankan dengan risiko profil sesebuah organisasi tertentu, menyediakan rangka kerja untuk meramal risiko ekonomi serta geopolitik di 164 buah negara melalui kadaran yang sentiasa dikemas kini, profil mendalam, dan juga kemas kini yang berpandukan peristiwa.
Richard Fenning, Ketua Pegawai Eksekutif, Control Risks, berkata:
"Dengan menggabungkan kepakaran daripada rangkaian pakar sedunia Control Risks dengan kepakaran analitik pasukan ahli ekonomi Oxford Economics yang tiada tandingan, kami dapat menyediakan maklumat politik serta ekonomi yang diperlukan oleh syarikat-syarikat untuk berjaya dalam pasaran yang rumit pada masa kini."
Kerjasama ini menyatukan para pemimpin pasaran dalam analisis politik dan ekonomi, menggabungkan pengalaman 40 tahun Control Risks dalam pengurusan risiko politik, sekuriti dan integriti dengan kemampuan ramalan serta pemodelan global bertaraf dunia Oxford Economics untuk 200 buah negara, 100 industri dan 3,000 buah bandar. Dengan bergabung untuk membangunkan alatan langganan dan kemampuan penyelidikan bersama, kedua-dua firma ini dapat menyediakan analisis risiko paling lengkap di pasaran, meneliti rangkaian penuh risiko ekonomi serta geopolitik yang saling terhubung.
"Kefahaman terhadap saling hubungan antara risiko ekonomi dan politik adalah amat penting untuk para pelanggan kami, dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Control Risks untuk menghasilkan perkhidmatan yang dapat menyediakan asas untuk meraih keputusan yang lebih bermaklumat," ulas Adrian Cooper, Ketua Pegawai Eksekutif, Oxford Economics.
Latar Belakang Control Risks
Control Risks merupakan sebuah firma pakar runding risiko global yang mengkhusus dalam risiko politik, sekuriti dan integriti. Syarikat ini membolehkan para pelanggannya memahami dan mengurus risiko ketika menjalankan operasi dalam persekitaran yang kompleks atau berisiko. Melalui kombinasi perkhidmatan yang unik, capaian geografi yang luas dan menggunakan kerjasama rapat dengan pelanggan, Control Risks membantu organisasi-organisasi menyelesaikan masalah mereka dengan berkesan dan mencapai peluang-peluang baharu di seluruh dunia. http://www.controlrisks.com
Latar Belakang Oxford Economics
Oxford Economics merupakan salah satu firma penasihat global bebas yang utama di dunia, menyediakan laporan, ramalan dan alatan analitik untuk 200 buah negara, 100 sektor industri dan lebih 3,000 buah bandar. Model ekonomi dan industri global serta alatan analitik terbaik dalam kategorinya menyediakan kemampuan tanpa tandingan untuk meramal trend pasaran luar dan menilai kesan ekonomi, sosial dan juga perniagaannya. http://www.oxfordeconomics.com
Sumber: Control Risks and Oxford Economics