Ahli patologi di Singapura, Austria, Jerman, Belgium dan UK menggunakan Penyelesaian Patologi Digital Philips untuk mendorong diagnosis tercanggih
EINDHOVEN, Belanda, 9 September 2015 /PRNewswire/ -- Ketika bilangan ahli patologi berkurangan sementara populasi berusia dan kerumitan barah kian meningkat, Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) hari ini mengumumkan peningkatan penggunaan Penyelesaian Patologi Digitalnya yang terus bertambah oleh sistem kesihatan di seluruh dunia yang mempertingkatkan operasi mereka. Melalui Penyelesaian Patologi IntelliSite *, Philips membolehkan pertubuhan-pertubuhan kesihatan mencipta semula aliran kerja histopatologi tradisional, mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti, serta meningkatkan keyakinan dalam membuat diagnosis.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150908/264234
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150908/264235
Melalui penelitian sampel tisu pesakit, patologi memainkan peranan penting dalam melakukan diagnosis, pengurusan dan pencegahan daripada pelbagai penyakit, termasuk barah. Memandangkan kos penjagaan kesihatan dan tekanan terhadap kualiti semakin meningkat, patologi digital dapat membantu menambah baik kecekapan serta kualiti diagnosis barah. Beberapa institusi patologi berkapasiti tinggi dan berangkaian di seluruh dunia telah melaksanakan platform patologi digital Philips, yang menawarkan pendekatan bersepadu untuk menambah baik aliran kerja, mempertingkatkan kemampuan kolaborasi untuk mempercepatkan rawatan, menyatukan data pesakit dan membolehkan laluan pertumbuhan yang fleksibel untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada tisu tumor.
"Makmal patologi moden sentiasa menerima tekanan untuk meningkatkan daya pemprosesan dan kecekapan sambil menambah baik kualiti," kata Russell Granzow, Pengurus Besar Philips Digital Pathology Solutions. "Memandangkan peralihan ke arah perubatan terperibadi memerlukan data patologi yang dapat membimbing terapi yang tepat untuk pesakit yang tepat pada masa yang tepat, Philip mendorong evolusi ke arah aliran kerja terdigit untuk memastikan ahli-ahli patologi diperkasakan bagi memenuhi standard industri."
Di seluruh dunia, institusi-institusi utama memanfaatkan pengalaman Philips dalam transformasi digital klinikal untuk membantu makmal patologi mengambil langkah seterusnya dalam penambahbaikan aliran kerja serta mempercepatkan perkongsian pengetahuan antara para penyedia perkhidmatan kesihatan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Hans Driessen
Philips Digital Pathology Solutions
+31 6 10 610 417
hans.driessen@philips.com
Steve Klink
Philips Group Communications
+31 6 1088 8824
steve.klink@philips.com
Latar Belakang Royal Philips
Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) merupakan sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan pelbagai, memfokuskan untuk menambah baik kehidupan orang ramai melalui inovasi bermakna dalam bidang-bidang Kesihatan, Gaya Hidup Pengguna dan Pencahayaan. Beribu pejabat di Belanda, Philips mencatatkan jualan tahun 2014 sebanyak EUR 21.4 bilion serta menggaji sekitar 108,000 orang pekerja dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 buah negara. Syarikat ini merupakan peneraju dalam penjagaan jantung, penjagaan akut dan penjagaan kesihatan di rumah, kemudahan pencahayaan menjimatkan tenaga dan penggunaan pencahayaan baharu, selain pencukuran serta dandanan lelaki dan juga penjagaan kesihatan mulut. Berita daripada Philips boleh didapati di www.philips.com/newscenter.
* Penyelesaian Patologi IntelliSite Philips bertanda CE untuk diagnosis primer di EU dan Health Canada. Di A.S. Penyelesaian Patologi IntelliSite Philips diluluskan oleh FDA untuk kegunaan diagnostik dalam penilaian ekspresi HER2 dalam barah payudara dan ditawarkan untuk penggunaan penyelidikan (RUO).