SINGAPURA, 9 September 2015 /PRNewswire/ -- PayPal, peneraju global dalam pembayaran, hari ini mengumumkan mereka akan membuat penambahan signifikan pada polisi Perlindungan Penjual bagi enam pasaran di Asia – Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, dan Vietnam. Perluasan perlindungan itu akan merangkumi barangan tidak ketara seperti e-tempahan tiket perjalanan, tiket acara, bayaran teksi, perkhidmatan, dan banyak lagi, yang menggunakan urus niaga tanpa kebenaran. Dengan model dan teknologi risiko yang utama dalam industri, PayPal adalah satu-satunya syarikat pembayaran yang menawarkan perlindungan sedemikian kepada pembeli dan penjual di Asia Tenggara dengan cara yang selamat dan tak bergeser.
Di bawah program ini, PayPal akan memberikan perlindungan yang diperluas apabila pelanggan memfailkan caj balik tanpa kebenaran, atau tuntutan tanpa kebenaran terhadap penjual untuk perkhidmatan atau produk tidak ketara[1]. Penjual akan berpeluang untuk respons kepada tuntutan tersebut dalam tempoh masa yang sesuai beserta bukti ketika pesanan dibuat. Hal ini akan meningkatkan keyakinan kepada penjual di Asia Tenggara semasa berdagang secara tempatan atau antarabangsa, sama ada menjual barangan fizikal atau barangan tidak ketara.
Menurut kajian Frost and Sullivan, perolehan keseluruhan daripada e-dagang B2C di enam negara terbesar Asia Tenggara akan bertambah pada CAGR 37.6 peratus untuk mencapai AS$34.5 bilion menjelang tahun 2018[2]. Sebahagian daripada nilai itu, produk tidak ketara merupakan bahagian terbesar dalam urus niaga e-dagang di Asia Tenggara. "Kami komited untuk melindungi kepentingan peniaga yang menjadi rakan kami semasa menjual dalam talian," kata Rahul Shinghal, Pengurus Besar, PayPal Asia Tenggara. "PayPal membantu pertumbuhan perniagaan rakan peniaga kami dengan Perlindungan Penjual yang lebih teratur dan selamat. Dengan pelancaran ini, rakan peniaga kami akan dapat mengembangkan perniagaan mereka merentasi sempadan dengan lebih agresif tanpa perlu risau tentang penipuan."
Lisa Yeo, Naib Presiden Kanan, Operasi Kumpulan, Asia Travel, "Kami sangat gembira kerana Perlindungan Penjual PayPal kini meliputi produk tidak ketara, termasuk kategori pelancongan. Penambahbaikan ini memberi lebih keyakinan bahawa kami memiliki rakan di PayPal yang melindungi kami daripada tuntutan palsu dan caj berbalik. Tanpa perlu terlalu risau, kami dapat memberi tumpuan yang lebih dalam menggembirakan para pelanggan kami. Keadaan ini memberi kami keyakinan yang tinggi untuk menggunakan PayPal bagi membuat tempahan."
Untuk keperluan kelayakan dan terma serta syarat-syarat penuh, sila baca Persetujuan Pengguna PayPal. Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh diperoleh melalui laman sesawang negara masing-masing.
[1] Majoriti pengguna dan penjual tidak perlu melalui proses Pengesahan 2 Faktor kecuali diminta oleh sistem Risiko PayPal.
[2] Produk-produk yang dikecualikan daripada perlindungan ini ialah kenderaan, hartanah, perniagaan, Barangan Digital, pembayaran terus PayPal. Untuk keperluan kelayakan dan terma serta syarat-syarat penuh, sila baca Persetujuan Pengguna PayPal.
[3] "Pertumbuhan pesat dan pengukuhan dijangkakan bagi pasaran e-dagang Asia Tenggara", Frost & Sullivan, 4 Julai 2014.
Latar Belakang PayPal
Di PayPal (NASDAQ:PYPL), kami meletakkan pengguna sebagai keutamaan kami bagi setiap yang kami lakukan. Ditubuhkan pada tahun 1998, kami terus berada di barisan hadapan dalam revolusi pembayaran digital. Tahun lalu, kami telah memproses 4 bilion pembayaran dan 1 bilion daripadanya dibuat melalui peranti mudah alih. PayPal memudahkan pengguna untuk berhubung dengan wang mereka dan orang lain, membantu mereka mengakses dan memindahkan wang mereka dengan selamat serta menawarkan pilihan bagaimana mereka mahu membayar atau dibayar. Dengan 169 juta akaun pelanggan aktif, kami telah mewujudkan ekosistem pembayaran yang terbuka dan selamat yang dipilih oleh pengguna dan perniagaan untuk menjalankan urus niaga secara dalam talian, di kedai, dan pada peranti mudah alih. PayPal ialah platform pembayaran global yang sebenar dan tersedia kepada mereka yang berada dalam 203 pasaran, membolehkan pelanggan menerima bayaran dalam lebih daripada 100 mata wang, mengeluarkan wang ke dalam akaun bank mereka dalam 57 mata wang dan menyimpan baki dalam akaun PayPal dalam 26 mata wang. Untuk maklumat lanjut tentang PayPal, lungsuri about.paypal-corp.com. Untuk mendapatkan maklumat kewangan PYPL, lungsuri investor.paypal-corp.com.
HUBUNGI:
Nitha Sri,
Edelman Singapura,
+65-6733-1110
Nitha.sri@edelman.com
Liru Chan,
PayPal,
+65-8606-1092
lnchan@paypal.com